Friday, October 18, 2024

ebook | Tidy by Emily Gravett

Assalamualaikum..
Hye semua..

Lama tak bersiaran dengan buku.. Jadinya kita bacalah buku bergambar yang pendek-pendek untuk mengembalikan emosi membaca.. 

Buku ini tentang seekor musang bernama Pete yang sangat obses dengan kebersihan dan kekemasan.. Pete memastikan segala-galanya bersih, malah sanggup mengubah hutan yang cantik menjadi tempat tandus kerana terlalu ingin hutan terlihat rapi.. Namun, akhirnya Pete menyedari bahawa keterlaluan menjaga kebersihan boleh membawa lebih mudarat daripada kebaikan.. Dengan menggunakan ilustrasi yang penuh warna dan gaya penceritaan yang lucu, Tidy menyampaikan mesej tentang pentingnya keseimbangan dalam menjaga alam sekitar.. Ia mengajar pembaca, terutamanya kanak-kanak, untuk tidak berlebihan dalam usaha mengekalkan kebersihan..

Sha baca dan selesai pada 17.10.2024..

Published March 21, 2017 by Simon & Schuster Books for Young Readers

No comments:

Post a Comment

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..