Sunday, October 13, 2024

Malaysia | Terompak Sana, Tertukar Sini (2024)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Layanlah juga bila Lina Pom Pom bergandingan dengan Zamarul.. Walaupun cerita ini santai dan kelakar namun ada pengajarannya tau.. Memang kenalah dengan keadaan zaman sekarang.. Kita hanya nampak kelebihan orang tapi kita tak tahu pun kesusahan orang.. Belum lagi orang dewasa yang sebuk dengan bisnes, media sosial sampai abaikan anak.. Keadaan orang sekarang yang susah nak cari kerja.. Majikan peras tenaga pekerja semahunya dan bila tak suka buang.. 

Sepasang suami isteri yang memiliki anak menghadapi masalah bila anak mereka kemalangan dan perlukan duit untuk pembedahan.. Oleh kerana kebuntuan, pasangan suami isteri ini telah merompak.. Masalah mula timbul bila mereka tertukar badan dan terpaksa melarikan diri.. 

Terompak Sana Tertukar Sini
Waktu Siaran: Jumaat, 13 September 2024, 9:00 malam
Pelakon: Elly Mazlein, Zamarul Hisham, Kartina Aziz, Ibad Yaala, Putri Delynna, Mandy Chong
Apabila Julia dan suaminya, Romi yang muflis dimaklumkan tentang kesihatan anaknya, mereka nekad untuk merompak demi mendapatkan dana namun insiden ajaib menyebabkan mereka tertukar badan. Romi terpaksa hadap drama kaum perempuan, Julia pula kena hidup jadi lelaki  Berjayakah mereka menemui jalan kembali kepada badan asal mereka?

5 comments:

  1. selalu juga ternampak sedutannya dalam tik tok

    ReplyDelete
  2. Hahahahah JD ingat cerita secret garden Korea. Tertukar badan 😂. Lucu sangat . Aissh sayangnya di astro ya kak. Tak ada masuk Netflix kah. Saya kalo nak nonton film Malaysia, mau tak mau lewat Netflix saja

    ReplyDelete
  3. ohhh cerita ni ke yang viral dekat tiktok tu. kelakar tengok zamarul jadi lembut, menjadi betul!

    ReplyDelete

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..