Friday, November 15, 2024

Temujanji Pertama & Terakhir O&G

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sha baru selesai temujanji di Klinik Pakar O&G untuk susulan dari SOPD.. Alhamdulillah.. Ini menjadi temujanji pertama dan terakhir Sha untuk klinik O&G ini.. Lega rasanya.. 

Sha menjadi pesakit pertama yang jumpa doktor.. Selepas beberapa soalan, doktor buat ultrasound untuk Sha.. Pertama di perut dan kedua di bahagian kemaluan.. Di bahagian kedua ini memang terus ke rahim.. Kita pesakit pun boleh tengok juga.. Ada monitor dekat bahagian kaki.. Memang doktor tunjukkan keadaan dalam rahim, dinding rahim, kilang telur.. Alhamdulillah semuanya dalam keadaan baik.. Sha dirujuk sebab simptom sakit di bahagian buah dada setiap kali nak haid dan juga haid yang tak menentu.. Doktor bagi tahu, walaupun haid Sha tak menentu Sha masih lagi haid 5 ke 6 kali setahun jadinya tak ada masalah.. Lagipun rahim dan dinding rahim Sha berada dalam keadaan baik.. Simptom yang Sha alami sebelum haid tu adalah normal dan haid yang tak teratur juga tak memerlukan Sha untuk makan ubat.. Tambahan pula Sha pakai implant, memang akan menyebabkan haid untuk tak teratur tu tinggi.. 

Periksa berat dan tekanan darah dulu.. Sha dapat nombor 1.. Cepatlah urusannya.. Sha suka sebab doktor punya penjelasan tu terang dan jelas.. Terang dengan bahasa yang mudah untuk kita faham.. Berat Sha 71.3kg.. Macam turun sikit..

4 comments:

  1. Alhamdulillah...takde perkara yang serius...

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah kalo hasil bagus ya kak 🤗. Apapun memang harus diperiksa utk yakin tak ada yg berbahaya

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah sihat-sihat selalu hendakNYA

    ReplyDelete

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..