Thursday, May 1, 2025

Mesyuarat Agung PIBG SMK kali Ke-15

Assalamualaikum..
Hye semua..

Semalam Sha hadir mesyuarat PIBG kali ke 15 untuk Sekolah Menengah pula.. Sha bawa usul juga semalam buat pertama kalinya.. Usul yang Sha bawakan ialah pendedahan awal ke mana hala tuju pelajar untuk pelajar tingkatan 3 dan 5.. Sha minta sekolah buat sesi tu pada awal tahun dan panggil ibu bapa sekali untuk sesi penerangan tu selain pihak-pihak luar seperti wakil dari Kolej Vokasional, MARA, Politeknik, Kolej Komuniti dan lain-lain.. Sha cadangkan macam ini supaya pelajar dan ibu bapa boleh bersedia lebih awal untuk hala tuju anak-anak..

Dapat cabutan bertuah tapi hadiahnya Sha tak ambil.. Sha bagi mak yang tak dapat hadiah..

Sha dapat sijil dan juga saguhati untuk AJK sesi 2024/2025 dan dilantik semula sebagai AJK Sesi 2025..

Mesyuarat PIBG kali ini sekolah buat melalui dua cara iaitu bersemuka dan juga atas talian tapi tetaplah tak ramai yang sertai.. huhuhu..

2 comments:

  1. bagus juga usul kak sha tu, sebab pemilihan untuk f4 tu penting. Kalau tak boleh carry boleh bagikesan pada spm

    ReplyDelete
  2. Usul macam tu yang penting. Tapi selalu dipandang enteng.

    ReplyDelete

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..