Saturday, April 12, 2025

Majlis Temu Murni Ibu Bapa Murid Tahun 6.

Assalamualaikum..
Hye semua..

Hari Isnin cikgu masukkan surat jemputan dan borang Google dalam group Whatsapp mengenai Majlis Temu Murni Ibu Bapa Murid Tahun 6 ini.. Sha terus isi menyatakan kehadiran.. Makanya Sabtu ke sekolahlah kita.. Masa zaman Amani, dia darjah 6 dalam zaman PKP jadinya tak adalah Majlis Temu Murni ini.. huhuhu.. 

Majlis yang bagus sangat pada Sha.. Sekolah menerangkan keperluan yang perlu mak ayah sediakan sebelum anak-anak melangkah ke sekolah menengah.. Awalnya diterangkan mengenai ujian psikometrik.. Masa ini baru tahu yang kita mak ayah boleh tengok keputusan ini di laman eprofile kerjaya.. Kemudian penerangan mengenai PAJSK (Pentaksiran Aktiviti Jasmani Sukan Kokurikulum).. Bermula tahun 2012, aktiviti Kelab, sukan dan badan beruniform ada markah dia..

Bahagian akhir adalah taklimat Permohonan Kemasukan Sekolah Menegah.. Masa ini mak ayah yang nak hantar anak ke sekolah asrama tak kisahlah aliran agama ke, MRSM ke ataupun SBP kenalah beri perhatian lebih sebab taklimat ini atas inisiatif pihak sekolah untuk mak ayah.. Macam Sha, memang pilih sekolah biasa ja.. Jadinya dengar ini sebagai ilmu tambahan dan kalau-kalau ada rakan tanya.. Paling penting bila mak ayah ken aisi sendiri, kena sentiasa peka dengan tarikh ujian, pilih pusat ujian yang berdekatan dan bolehlah mula beli buku-buku untuk ujian kemasukan sekolah berasrama dan juga hantar anak untuk tuisyen online.. Masa ini juga, cikgu akan minta mak ayah yang pernah melalui pengalaman menghantar anak ke sekolah berasrama untuk berkongsi pengalaman.. Mantapkan usaha sekolah ini.. 

Kemudian sebelum majlis berakhir cikgu maklumkan mengenai bayaran majlis untuk tahun 6, tuisyen dna juga lawatan.. Bila awal macam ini, bolehlah mak ayah bayar ansur ansur..

Jam 5.52 petang hari Isnin terus Sha isi tanda akan hadir..

Tanda hadir.. Seawal 8.30 dah sampai ke sekolah..

3 comments:

  1. Masuk darjah 6 dah kena fikir mana hala tuju selepas ini. Dah nak masuk alam sekolah menengah.

    ReplyDelete
  2. imani tak nak try apply SBP ke? manalah tahu ada rezeki...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sha memang tak apply SBP ke MRSM ke SMKA ke untuk Imani.. Sha lebih suka dia belajar di sekolah biasa dekat dengan Sha macam kakak dia..

      Delete

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..