Assalamualaikum..
Hye semua..
Alhamdulillah.. Hari ini selesai Sha buat puasa 6 di bulan Syawal.. Rezeki dapat buat awal sebab tak berjalan ke mana dan dah mula berkerja.. Tu yang boleh nak berpuasa.. Ada ja tetamu yang nak datang beraya ke rumah tapi terpaksalah Sha tolak sebab dah mula berkerja.. Bukan tak sudi nak menerima tapi memang tak dapat.. Tambahan pula pejabat dengan rumah terlalu jauh.. Kalau dalam lingkungan yang dekat, bolehlah lagi kita berjanji di waktu rehat.. Ini nak balik pun perlukan 20 minit.. Memang tak sempatlah..
Rabu lagi Sha dah berkerja, jadinya Sha ajaklah Amani untuk berpuasa sekali.. Amani tak nak puasa hari sekolah, jadinya bila masih cuti sekolah ini mudahlah dia nak ganti puasa.. Ada beberapa hari lagi untuk Amani.. Sha pula akan sambung puasa lagi pada hari Rabu untuk ganti puasa pula.. Sha memang suka buat puasa sunat dan puasa ganti secara berasingan.. Cumanya untuk puasa sunat tu kena buat awallah bila berpeluang sebab syawal waktunya singkat dan perempuan pula akan ada keuzurannya..
Esok kita raya.. Yeah!!

Bolehkah Niat Puasa Ganti & Puasa 6 Syawal Digabungkan?
FUQAHA MAZHAB SYAFI’IE
• Harus menggabungkan antara puasa wajib seperti qada’ Ramadan, nazar dan kaffarah dengan puasa sunat.
• Menggabungkan puasa qada’ Ramadan dengan puasa 6 syawal juga diharuskan.
• Meskipun diharuskan menurut mazhab Syafi’ie tetapi ganjaran atau pahala puasa yang diperolehi kurang sempurna, ini kerana lebih afdal dilakukan pada hari yang berlainan.
• Bagi mereka yang meninggalkan puasa Ramadan tanpa kuzuran, maka dia wajib mengqada puasa sesegera mungkin iaitu sejurus selepas hari raya pertama. Manakala sesiapa yang meninggalkan puasa Ramadan disebabkan keuzuran, maka digalakkan untuk menggantikan puasa tersebut secepat mungkin.
Sumber: Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan
Cie baru start puasa hari ni.
ReplyDeleteTerima kasih atas perkongsian.
ReplyDeleteAmmi baru nak mula harini tapi ammi gabungkan je qada dan puasa 6.
ReplyDeleteSelamat beraya Sha
Wah, bestnya dah habis puasa 6!
ReplyDeleteAlhamdulillah..dah selesai...
ReplyDelete