Tuesday, May 13, 2025

ebook | YTJT! oleh Syaz Eym

Assalamualaikum..
Hye semua..

Buku ini Sha baca dalam keadaan emosi yang tak berapa okay.. Tak okay dengan keadaan lelaki dan perempuan curang di mana-mana.. huhuhu.. Awal buku ini pun dah menceritakan keadaan 2 buah keluarga yang porak peranda bila pasangan curang.. Namun bila berlaku masalah, yang nak menanggungnya anak-anak.. Betapalah orang dewasa selalu terlupa yang mereka akan melalui keadaan tak disangka pada penghujung usia mereka.. huhuhu.. Awalnya memang berkisarkan hubungan yang berantakan dan pada penghujung usia, bakti anak di perlukan.. Namun disebalik kisah itu, ada satu lagi kisah sedih yang berlaku dalam buku ini iaitu bila manusia tersasar jauh dari agama.. Hanyut hingga terlantar derita, namun akhirnya keinsafan datang sebelum nyawa diambil..

Penulis ini selalu mainkan perasaan Sha tau.. Kalau buat cerita sedih tu memang menangis dibuatnya.. Menangis meleleh-leleh tau, bukan setakat berair mata.. Menci.. Hahaha.. Ya cerita ini ada pengajarannya, bukan setakat cerita.. Bermula dengan sakit hati, kemudian kelakar tiba-tiba sedih dan akhirnya Gembira.. Nasib baik gembira, kalau tak emmang nak amuk dekat penulis dia.. Hahaha.. 

Published May 1, 2025

1 comment:

  1. Hihihi! Terima kasih kak sha sebab sudi baca dan hayati cerita YTJT ni :)

    ReplyDelete

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..