Assalamualaikum..
Hye semua..
Semalam Sha bersembang dengan ChatGPT.. Awalnya Sha tanya dia pasal satu aplikasi buku ini sebab curious gila tengok ada rakan FB yang kongsikan.. Sha cuma tangkap layar gambar tu dan kongsikan dengan ChatGPT.. Terus dia bagi tahu pasal aplikasi tersebut.. Siap bandingkan dengan beberapa lagi aplikasi pasal buku.. Cari untuk seronok-seronok tapi jumpa yang boleh guna untuk kerja juga..
Aplikasi tu nama dia The StoryGraph.. Lebih kurang macam Goodreads tapi lebih mesra pengguna dan menyeronokkan.. Seronok kalau tengok fungsi yang dikongsikan ChatGPT.. Sha belum betul-betul jelajah lagi.. Sha baru import masuk data dari Goodreads dalam The StoryGraph ja.. Selebihnya Sha tak jelajah pun lagi..
Perkara yang lebih menarik Sha nak kongsikan ialah mengenai aplikasi Libib.. Nama pelik tapi fungsi dia menarik gila untuk Sha yang berkerja di perpustakaan tanpa sistem.. Bayangkanlah bila orang tanya tajuk buku tu ada ke tak kat perpustakaan Sha, jenuhlah nak belek satu-satu buku dekat rak.. Tapi aplikasi Libib ini dia memudahkan kerja Sha.. Nak muat naik buku pun mudah sangat-sangat, cuma perlu imbas barkod pada buku sahaja.. Cumanya maklumat buku tu tak lah terperinci sangat tapi bolehlah sekadar untuk pencarian sama ada buku tu ada dalam Perpustakaan ke tak.. Kalau buku tu aplikasi libib ini tak jumpa, kita boleh masukkan secara manual.. Muat turun aplikasi ini dalam telefon pun okay sebab saiz dia kecik dan bila kita imbas barkod buku tu dia terus simpan dalam cloud bukan dalam telefon kita.. Sesuai untuk perpustakaan kecil yang ada tak lebih dari 5000 buku.. Kalau lebih kena bayarlah Libib ini..
Kelebihan Libib untuk kegunaan formal:
Multi-koleksi & label tersusun
Anda boleh cipta lebih daripada satu koleksi (contohnya: “Bahan Latihan”, “Rujukan Pelajar”, “Koleksi Perubatan”, dsb).. Setiap satu boleh diasingkan dan diurus secara sistematik..
Imbasan Kod Bar
Untuk kemas kini pantas, memang sangat berguna jika kita perlu rekod banyak bahan dalam masa yang singkat..
Akses Berbilang Peranti
Boleh buka akaun Libib dari komputer di tempat kerja dan juga telefon peribadi, jadi mudah untuk buat kemas kini di mana-mana.. Tak payahlah nak angkut buku keluar dari rak..
Boleh Set sebagai Perpustakaan Umum atau Peribadi
Kalau kita nak kongsikan katalog bahan kepada pengguna, boleh tetapkan koleksi sebagai public dan mereka boleh lihat melalui pautan sahaja (tak payah nak log masuk)..
Eksport Data
Untuk tujuan laporan atau simpanan rekod, Libib membenarkan anda eksport data dalam bentuk CSV, berguna untuk buat backup, atau sediakan laporan kepada bos..
Wah.. Bagusnya... Boleh buat sendiri je semua nie.. Senang nak cari nanti
ReplyDeleteKerja2 semakin mudah tapi kena celik it
ReplyDeletekalau sistem checking macam ni, perpustakaan sendiri tak sediakan ya?
ReplyDeleteTak semua perpustakaan ada sistem macam ini.. Ada ja perpustakaan kecil yang masih manual macam tempat Sha ini..
DeleteChatgpt ni memang bijak. Cepat bagi jawapan bila ditanya.
ReplyDeleteHebat dah zaman skrg... Blh tanya satu soalan semua nya keluar depan mata..
ReplyDeleteEh nampaknya bisa dipakai dalam mini library di rumah saya lah. Coba nanti saya baca lebih detil lagi cara2nya . So far perpustakaan pribadi saya memang tak pakai sistem apapun. Semuanya cari sendiri. Bgs juga kalo bisa di rekod kan
ReplyDelete