Sunday, June 15, 2025

Hujung Minggu Yang Mengejutkan

Assalamualaikum..
Hye semua..

Semalam Sha dan encik suami bawa anak-anak ke Aeon Rawang.. Buat kejutan untuk mereka.. Semalam ja yang encik suami lapang sebelum beliau sibuk dengan urusan kerja, jadinya terpaksalah Sha tolak beberapa acara.. Kami tunaikan permintaan Amani yang nak tengok cerita How To Train Your Dragon dan permintaan Imani yang nak tengok Karate Kid.. Puas hatilah anak-anak melayan cerita semalam.. Sempat mereka membeli belah di Daiso.. 

Sha yang memandu semalam.. Encik suami kepenatan menguruskan MIL.. Sempatlah Sha beli kopi di mesin Hentian Sebelah Rawang.. kikiki.. Sha emmandu dengan had laju 100 ke 110 sahaja.. Laju sikit bila memoton dan kekal duduk di lorong tengah.. Kadang tu ke lorong paling hujung bila tak ada kenderaan berat seperti lori atau bas.. Seram pula bila duduk belakang atau depan kenderaan berat ini..

Sampai-sampai je Aeon, masih awal.. Sha ajak Amani pusing-pusing dekat bahagian roti.. Yeah!! Sunshine dah masuk Aeon Rawang.. Lepas ini lagi sennaglah nak cari.. Meriah roti Sunshine dekat rak.. Harapnya lepas ini dia lajak lah pula sampai ke Tanjung Malim.. kikiki..

Encik Suami pula tapau jeans semalam dengah bahagianya.. Rezeki beliau sebab Levi's buat promosi hingga 70%.. Belilah 4 helai seluar baru.. Harga asal dalam 800 lebih juga tapi lepas diskaun dapatlah dalam 300 lebih.. Jadilah buat pakai pergi kerja dan jalan-jalan.. 

Cerita yang kami tengok.. Sementara nak tunggu tayangan Karate Kid tu sempatlah makan dan solat.. Encik suami ja terlambat sikit sebab surau lelaki penuh betul siap beratur orang nak masuk solat.. Surau perempuan, okay.. Masuk ja terus boleh solat.. Kami masuk ngam-ngam iklan habis.. Kira cun lah masa tu..

4 comments:

  1. Memang betul² layan anak² ni, puaskan hati dedua 👍🏻
    Banyak tu diskaun Levi's tu, berbaloi beli

    ReplyDelete
  2. Selamat berhujung minggu. Sempat habiskan masa berkualiti dengan anak-anak ye Sha. Mesti anak-anak happy sangat.

    ReplyDelete
  3. Seronok la anak2 dapat tunaikan permintaan mereka.

    ReplyDelete
  4. Kadang penat tak terkata, tapi bila tengok senyuman & gelak tawa diorang... hilang semua letih

    ReplyDelete

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..