Wednesday, June 11, 2025

Rezeki Daging Korban 2025

Assalamualaikum..
Hye semua..

Semalam encik suami maklumkan tempat kerja beliau ada buat korban.. Encik suami turut terlibat dalam kerja-kerja kurban tersebut.. Jam 11.21 pagi beliau mesej maklumkan dapat daging.. Alhamdulillah Syukur.. Merasa juga daging korban.. Sha ingatkan setakat daging korban je lah.. Eh!! Jam 3.55 petang beliau maklumkan dapat lauk.. Memang ada masak-masak lepas siap bahagi-bahagi daging korban tu.. Tapi Sha tak jangkalah nak dapat.. Encik suami maklumkan dia tolong sampai habis.. Sampai ke pembersihan dan tanam-tanam semua.. Lepas tu tak sangka pula ada lauk lebih untuk beliau.. Sha pula ingatkan tak adalah banyak.. Bila balik rumah baru Sha tengok lauknya banyak betul, siap boleh simpan beku sebahagian lauknya.. 

Daging segar.. Ini kita simpan dulu.. Nanti baru masak..

1 bekas besar sup, 2 beg plastik lauk singgang dan 1 beg plastik masak kunyit..

Bila dah bubuh dalam periuk.. Puaslah makan daging arini.. Sha simpan sebahagiannya dekat tempat beku.. Nanti nak makan, panaskan aja.. Bukan boleh nak makan habis semuanya hari ini..

Masak kunyit tu dia buat stail rendang nasib.. Semua bahagian ada dalam masak kunyit tu.. Sha ada tergigit hati lembut.. Telan jelah dah gigit.. Menarik juga bila dia buat macam ini.. Sha tak sangka pula rasa hati lembu macam tu.. Sha memang tak makan hati lembu ke, hati ayam ke.. Ini kira pertama kali rasalah.. Menarik..

7 comments:

  1. Alhamdulillah rezeki 🤲🏻
    Hati, limpa, paru semua tu favourite PH :) memang sedap dimasak goreng kunyit gini

    ReplyDelete
  2. bestnyaa.. dpt banyak siap boleh beku kan.

    ReplyDelete
  3. Wahhh banyak tu kak, rezeki menolong

    ReplyDelete
  4. rezeki aaidilladha kan...
    semggu 2 ni mmg berlauk daging je laa ;-)

    ReplyDelete
  5. Waah banyak. Rezeki memang kak. Saya pernah makan Macam2 hati ini. Tp jujur tak suka memang. Hati ayam, sapi, kambing etc. Tak masuk memang 😅😅.

    ReplyDelete

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..