Friday, August 22, 2025

Kuda Merah Delima

Assalamualaikum..
Hye semua..

Oleh kerana Sha ini memang peminat warna merah, makanya yang baru pun kita ambil warna merah juga cuma kali ini warna Merah Delima (Ruby Red), tak lah segarang Merah Api (Fire Red).. Pilihan Sha tetaplah jenama Proton.. Cumanya dah tak dapatlah manual.. Manual dah tak ada, yang ada auto sahaja.. Jadinya kenalah juga pakai auto dan dah alang-alang tu kita ambil yang versi upgrade sedikit.. Kali ini Sha ambil plat negeri Perak.. Memang dah tetap duduknya di Perak kan.. Saga ini selamat sampai ke tangan Sha pada 21 Ogos 2025.. Berbeza ya pemanduan kali ini.. Kereta terasa ringan dan laju.. Memang perlukan masa untuk sesuaikan diri dengan kereta ini..

Kalau ikutkan masih tak selesai lagi sebab tinted dan dashcam belum pasang lagi.. Sha kena bawa sendiri kereta ke kedai di Rawang untuk pemasangan tinted.. Dashcam pula akan dipasang selepas selesai pemasangan tinted..

Bergambar masa penyerahan kereta..

Selamat dah sampai parking..

Buah tangan dari Proton.. Woven beg, pelindung cermin, payung, tisu, pen, pewangi kereta, pelapik, keychain, pemegang telefon dan juga thermos proton..

5 comments:

  1. Alhamdulillah...saga memang terasa ringan sikit...
    Zaman sekarang semua auto je dah..kikiki

    ReplyDelete
  2. Cantik warna merah... org kata warna merah ni confident tinggi bawa kereta hihii :D
    alhamdulilah byk dpt buah tangan dari proton..

    ReplyDelete
  3. ccantiknyaaaaa warna...... bau kedai...sedappppp

    ReplyDelete
  4. Happy dapat kunci baru serba baru..tahniah

    ReplyDelete

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..