Sunday, August 17, 2025

Vida Asam Jawa, Aiskrim Soda & Sirap Ros

Assalamuaalikum..
Hye semua..

Kedai ECO kembali menurunkan harga untuk makanan dan minuman sahaja menjadi RM2.40.. Makanya masa jalan-jalan di bahagian makanan dan minuman, Sha ternampak tin Vida yang cantik.. Bila belek-belek rupanya perisa baru.. Makanya jomlah kita ambil untuk cuba.. Teruja betul Sha tengok corak pada tin, cantik ya amat.. kikiki..

Vida Asam Jawa, Aiskrim Soda & Sirap Ros

Ini gambar bahagian tepi tin.. Pokok asam jawa, suasana kampung dan setaman bunga ros.. Betul-betul mencerminkan rasa air tu..

Vida Asam Jawa (325ml) - RM2.40
Air asam jawa tak terlalu masam.. Ada rasa asam jawa tu dan bila digabungkan dengan karbonat tu dia jadi unik tapi sedap.. Rasa dia best dan tidaklah terlalu masam.. Ngamlah dengan tekak Sha.. 

Vida Aiskrim Soda (325ml) - RM2.40
Air dia ini ada rasa kemudian yang pelik.. Bila kita minum tu dia macam tertinggal rasa yang tak boleh nak diterangkan.. Bolehlah..

Vida Sirap Ros (325ml) - RM2.40
Air dia warna putih tapi bau ros tu memang ada.. Sha membayangkan yang airnya warna merah sebab sirap kan, sekali hampa.. Rasa airnya taklah begitu ketara yang ianya sirap ros.. Ada tapi lembut ja.. Manis pun tak.. Kira okaylah.. Bau ros tu pada Sha lebih menyerlah dan tertinggal di lidah tapi tidaklah terlalu kuat..

No comments:

Post a Comment

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..