Assalamualaikum..
Hye semua..
Setelah hampir sebulan kereta dengan Sha, semalam baru berkesempatan untuk pasang dashcam.. Itupun Sha ingatkan encik suami untuk buat temujanji dengan Sales Advisor (SA) tu.. Kalau tak memang lambat lagilah jawabnya.. Dashcam ini SA tu belanja.. Oleh kerana encik suami yang pergi pasang, jadinya Sha tak pastilah macam mana dashcam ini berfungsi.. Encik suami balik petang tu, dia bagi Sha kotak dashcam dan suruh Sha study.. huhuhu.. Malam tu masa hantar Imani mengaji, Sha rasa dashcam tu sangat mengganggu.. hahaha.. Mata asyik nak menengok ke situ ja.. Nantilah kita belajar macam mana nak guna dia ya..
70mai Dash Cam A200 Set
Ini kotak dashcam yang encik suami bawa balik..
Kedudukan dashcam ini bawah cermin pandang belakang.. Comel ja saiz dia..
Ini pula dekat cermin belakang.. Kiranya dia merakam di bahagian depan dan juga belakang..
Punca elektrik dia dari sini.. Jadinya kalau Sha nak caj telefon, kena cabutlah punca kuasa dashcam ini.. Gitulah cerita dia.. huhuhu..
Oh dashcam dia plug & play la kan. Sekarang penting ada dashcam ni jadi bahan bukti kalau ada apa2 berlaku kat jalan raya.
ReplyDelete