Monday, September 8, 2025

Ritter Sport Fruity Duo

Assalamualaikum..
Hye semua..

Fruity Duo ni memang lain sikit daripada kebanyakan coklat Ritter Sport lain yang lebih fokus pada rasa coklat penuh atau kekacang.. Versi Fruity Duo ini ada lapisan coklat putih dan coklat gelap/susu yang digabungkan dengan inti berperisa buah beri..

Rasanya boleh digambarkan macam ni, mula-mula gigit kita akan dapat rasa manis lembut daripada coklat putih yang bagi sentuhan berkrim.. Bila kita kunyah masuk pula lapisan coklat gelap atau susu yang lebih pekat, ini akan beri rasa kontras manis bercampur sedikit pahit/berlemak.. Selepas itu kita akan dihidangkan pula dengan rasa masam dari buah beri yang meletup dengan meriahnya dan rangup..

Coklat ini buat kita tak rasa terlalu muak sebab ada keseimbangan antara manis coklat dan masam buah beri.. Sesuai untuk anda, kalau suka coklat tapi nak ada rasa buah yang menghasilkan kombinasi manis dan masam serentak..

Ritter Sport Fruity Duo (218g) - RM18.00

Ritter Sport tu rasa Crazy Casis, dimana inti dia redcurrent yang berkrim dan mengandungi ketulan buah redcurrent.. Bahagian yang bertulis Doo tu pula rasa Be My Barry, yang mana dalam dia ada rice crispies yang rangup dan ketulan buah rasberi dalam rasa yogurt yang mewah..

Dua warna dengan dua rasa yang berbeza namun mengujakan..

Dapatlah sebekas coklat.. Makan masa juga nak habis sebekas ini.. Saiznya besar..

1 comment:

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..