Assalamualaikum..
Hye semua..
Khamis (11/12/2025) ada jamuan perpisahan untuk 3 orang staf dari Unit Sumber dan Aset yang akan bertukar keluar dari HSR.. Sha tak dapat datang sebab bercuti rehat.. Pagi Jumaat (12/12/2025), Sha masuk kerja tengok ada bungkusan atas meja Sha.. Hadiah dari 2 staf yang akan bertukar keluar tu.. Semoga 2 adik manis yang akan bertukar keluar, dipermudahkan urusan di tempat baru.. Setahun 5,6 orang bertukar keluar dan masuklah orang baru.. Tak sempat nak membina hubungan mesra dan rapat sudah mengucapkan perpisahan.. Begitulah adat dunia.. Bersilih ganti berjumpa dan berpisah..
Bungkusan istimewa..
Sehelai tudung berwarna biru.. Bila ambil gambar jadi warna lain pula..
Hari ini melaram pakai tudung baru.. Cantik bila bawah cahaya pagi..
Ini dalam kereta, guna cahaya flash camera telefon.. Lain jadi warnanya..
keluar bermacam jenis warna.. sebab tu kalau nak beli baju, seller dah pesan awal "warna mungkin lain, kerana ada kesan cahaya".. hahaha
ReplyDeleteAlhamdulillah. Dpt hadiah yg diidamkan.
ReplyDelete