Assalamualaikum..
Hye semua..
Kami gerak dari Behrang jam 2.30 petang hari Jumaat menuju ke Kelantan untuk kenduri kahwin sepupu encik suami yang akan berlangsung pada hari Sabtu.... Awal perjalanan ini Sha bawa kereta terlebih dahulu sampailah ke Petronas di Hentian Rehat Simpang Pulai.. Encik suami isi minyak dan Sha beli roti buat alas perut sebelum gerak semula.. Lepas isi minyak, encik suami bawa kereta pula sampailah ke Kelantan.. Perjalanan ke Kelantan agak perlahan sebab bertembung dengan banyak lori.. Perjalanan balik pula lancar dan sangkut sekejap masa nak turun sebelum sampai Belum Rainforest Resort.. Ada kemalangan..
Keluar tol Kuala Kangsar untuk lalu ke Lenggong, kemudian naik Gerik menuju ke Kelantan..
Kami singgah dua kali di Masjid ini.. Masa nak ke Kelantan singgah solat Asar di sini.. Masa balik singgah solat maghrib..
Cerah lagi masa lalu disini..
Singgah makan malam di Jeli sebelum gerak semula ke hotel.. boleh tahan makanannya.. Ada lagi lauk lain yang Sha pesan iaitu tomyam campur, dengan pad krao pao..
Berkumpul di Homestay dulu sebelum ke dewan untuk majlis akad nikah dan bersanding..
Majlis bermula dengan upacara akad nikah..
Singgah beli colek dulu dekat sini.. Sakan jugalah bershopping disini.. kikiki..
Singgah masa dalam perjalanan balik..
Kami singgah makan di Gerik dan bertolak semula jam 9 malam Selamat sampai ke Behrang jam 11.30 malam..
oo sha di behrang ke? anak saya ada di sana kat poli.
ReplyDeletesedap nampak daging bakar ke lemak bakar tu kat nasi kerabu
Ha ah.. Sha tinggal dekat Behrang dalam kuarters Politeknik..
Deleteha ah.. Lemak bakar tu..