Thursday, March 5, 2026

Webinar Ramadan Sihat & Hijau: Transformasi Fizikal, Mental Dan Rohani

Assalamualaikum..
Hye semua..

Semalam berjaya sertai webinar anjuran Kolej Komuniti.. Dapatlah tambah-tambah ilmu dan cukupkan jam berkursus..

Objektif webinar diadakan adalah untuk:
1. Meningkatkan kesedaran tentang pembaziran makanan 
  • Memberi pengetahuan kepada peserta mengenai kesan pembaziran makanan 
terhadap alam sekitar, ekonomi dan nilai agama. 
2. Menghubungkan konsep Waste to Wealth dengan nilai Islam 
  • Memperkenalkan cara mengurus sisa dan lebihan makanan secara bijak, selaras 
dengan prinsip Islam seperti kesederhanaan, amanah dan tanggungjawab 
khalifah. 
3. Mempromosikan gaya hidup sihat dan sederhana 
  • Menggalakkan pemakanan seimbang, pengawalan nafsu serta disiplin diri 
sepanjang Ramadan untuk kesihatan fizikal dan mental. 
4. Menggalakkan amalan kitar semula dan pengurusan sisa 
  •Menyemai tabiat lestari melalui kitar semula, kompos, penggunaan semula bahan 
dan pengurangan pembaziran dalam kehidupan seharian. 
5. Membentuk komuniti yang lebih bertanggungjawab terhadap alam sekitar 
  • Menggalakkan peserta menjadi agen perubahan yang mengamalkan gaya hidup 
hijau dan beretika, serta menyebarkan kesedaran kepada keluarga, rakan, dan 
masyarakat.   

Penganjur: Kolej Komuniti Segamat 2
Webinar Ramadan Sihat & Hijau: Transformasi Fizikal, Mental Dan Rohani
Tarikh : 04 Mac 2026 (Rabu)
Masa : 8.15 pagi hingga 10.00 pagi
Atas Talian : Google Meet

1 comment:

  1. Semoga saja dengan mengikuti webinar ini, Orang2 akan semakin paham pentingnya tidak membuang makanan. Krn selain mubazir dalam Islam, untuk lingkungan pun tak bagus efeknya. Akan meningkatkan gas metana yg berbahaya

    ReplyDelete

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..