Thursday, April 2, 2026

Sambal Bilis Rangup: Cili Kering & Tempe

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sha nampak dah sambal ini dari awal puasa tapi macam teragak-agak nak beli.. Risau tak seperti yang diiklankan.. Selalu tu bila beli, ikan bilisnya sikit ja dan tak rangup mana pun.. Sudahnya Sha beli juga.. kikiki.. Sha beli pada 11 Mac 2026 dan sambal sampai pada 17 Mac 2026.. Sambal dia memang okay sangat.. Tak payah nak simpan dalam peti ais lepas buka.. Cuma kena letak dalam bekas bertutup eloklah.. Mudahlah untuk Sha.. Kena dengan selera Sha.. Sambal dia cukup rasa dan tak melampau pedasnya.. Kalau korang nak versi pedas, boleh pilih yang cili padi.. Versi cili kering ini pedas-pedas manja.. 


Ini yang ada tempe.. Walaupun tempe dia tak berapa nak nampak tapi ada ja cuma dia potong nipis jadi bila gaul tu dia pecah.. Ikan bilis dia memang banyaklah.. Paling Sha suka sebab dia kekal rangup tau.. Sha buka sambal ini pada 18 Mac 2026 dan kerangupan ikan bilis tu kekal sampai 31 Mac 2026.. 

Yang ini Sha buka pada 31 Mac 2026 lepas yang tempe tu habis.. Cili kering ini hanya ada ikan bilis sahaja.. Tetaplah sama keadaan ikan bilis dia.. Rangup dan banyak.. Memang puas hatilah..

1 comment:

  1. Aiiiih kak, lihat dari bentuk pun dah sukaaaa lah. Kliatan isi banyak 😍😍😍. Mudah kalau dibawa traveling juga kan. Banyak sangat bumbu dan sambal yg saya nak cari saat nanti ke KL 🤣

    ReplyDelete

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..