Assalamualaikum..
Hye semua..
Filem yang pertama dulu, Sha pernah tengok tapi tak ingat ada tulis ke tak ulasan dekat blog.. Blog ini kadang Sha rasa macam ada masalah.. Ada entry yang hilang tak tahu ke mana.. Tak apalah, kita cerita yang terkini ini ja.. Okaylah filem dia.. Mula-mula tu macam tak faham sangat jalan cerita dia.. Tapi lepas bersembang dengan kawan sekerja, barulah macam boleh tangkap sikit-sikit..
Kisahnya bermula bila Opah meninggal dan Darma masih hilang tak dapat dikesan.. Lynn dan mak lang mula diganggu saka.. Mak Lang diletakkan di rumah jagaan bagi mengelakkan berlaku perkara yang tak diingini namun kemudiannya Lynn ingin membawa Mak Lang tinggal bersama dia.. Malangnya mereka tak berjaya keluar pun dari kampung disebabkan gangguan yang teruk dari saka tu.. Mujurlah ada Hafiz dan Tok Imam yang membantu.. Ingatkan semua perkara dah selesai tapi Lynn tetap menjadi mangsa.. Bukan dari saka sebaliknya dari orang yang tak disangka.. Ketika Lynn berjaya dilepaskan dari gangguan, tiba-tiba Darma muncul.. Filem pun habis.. huhuhuhu..
Macam akan ada sekuel ja..

Jangan Pandang Belakang 2: Aku Tahu Asal Usulmu
2024 ‧ Horror ‧ 1h 44m
Pelakon: Emma Maembong, Iedil Dzuhrie Alaudin, Khatijah Tan, Alif Hadi, Mawar Rashid, Ruminah Sidek, Melissa, Kel Narina
Plot: Kisah ini berterusan dengan keluarga Mak Lang, yang memiliki saka keluarga. Kematian Opah menyebabkan saka tersebut kehilangan tuan, dan ia mula mengikuti Mak Lang yang sudah tua. Lynn menjadi sasaran selepas mengalami pelbagai gangguan. Lynn perlu menghadapi banyak kejadian misteri yang mengganggu kehidupan sehariannya dan diselamatkan oleh Hafiz, seorang lelaki yang mempunyai perasaan terhadap Lynn.
No comments:
Post a Comment
Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..