Assalamualaikum..
Hye semua..
Sha dah lama sebenarnya cari air yogurt perisa mandarin oren ini.. Asyik nampak iklan dia ja tapi susah betul nak jumpa.. Ini pun kebetulan jumpa masa merayap dekat Mr. DIY hari tu.. Perkara pertama yang menarik perhatian Sha semestinya aroma buah mandarin yang segar.. Sebaik sahaja diminum, rasa masam manis buah oren mandarin terus menyapa, kemudian diikuti dengan kelembutan yogurt yang menjadikan keseluruhan rasa lebih seimbang..
Sha suka kerana rasa yogurtnya tidak terlalu masam, manakala rasa mandarin pula tidak terlalu kuat sehingga menenggelamkan rasa susu.. Gabungan kedua-duanya terasa cukup harmoni dan mudah dinikmati walaupun anda bukan peminat yogurt tegar.. Satu pilihan yang sesuai untuk mereka yang ingin mencuba sesuatu yang sedikit berbeza daripada minuman yogurt berperisa biasa..
Farm Fresh Mandarin Orange Yogurt Drink (200ml) - RM2
No comments:
Post a Comment
Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..