Friday, July 31, 2026

Kecoh Sekejap Kerana Seekor Ular

Assalamualaikum..
Hye semua..

Petang semalam kecoh dalam group kuarters kami bila ada staf lelaki kongsikan perihal kemunculan seekor ular.. Petang semalam memang ada staf dengar bunyi berdesir berdekatan dengan koridor rumah beliau tapi tak jumpa pun ularnya.. Elok staf lelaki tu lalu, ular tu melintas.. Mujurlah ada buluh, terus staf lelaki tu bunuh.. Kalau tengok gambar dan video, besar juga saiz ular tu.. 

Kebetulan hari Rabu sebelum tu, kawasan sekitar kuarters baru lepas di potong rumputnya.. Memang lapang dan bersihlah kawasan persekitaran kuarters ini.. Agaknya ular tu cari tempat sejuk kot.. 

Kemudian ada staf dari blok atas maklumkan juga beliau jumpa anak ular tedung mati di kawasan parkir.. Bila macam ini memang risaulah sebab anak-anak ini suka main dekat kawasan bawah kuarters ini.. Sha yang rajin briskwalk pun jadi seram.. 

Mati dah kena pukul.. Ini dekat laluan motor bangunan sebelah dengan bangunan Sha.. Antara dua bangunan ini ada taman permainan kanak-kanak..

Buluh yang digunakan untuk membunuh..

Kalau tengok video ini, agak besar dan panjang juga saiz ularnya..

No comments:

Post a Comment

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..