Friday, October 9, 2026

Suntikan Depo-Provera

Assalamualaikum..
Hye semua..

Susulan temujanji Implant pada Julai hari tu, Sha diberi tarikh untuk ambil suntikan Depo semalam.. Sepatutnya Sha buang implant bulan Oktober ini tapi tarikh untuk bulan Oktober dah penuh.. Tarikh paling awal yang Klinik Ibu & Anak boleh bagi Sha ialah Disember.. Jadinya kenalah Sha ambil suntikan Depo ini dulu sebelum tarikh keluarkan implant sampai.. Kali ini buat dekat Sg. Behrang ja, tak payah nak ke Tanjung Malim dah.. Lama betul Sha tak ke sini untuk pemeriksaan, selalu tu datang ambil buku perancang ja.. Lepas jururawat buat pemeriksaan urine, berat dan tekanan darah, Sha diminta ke Klinik Komuniti Behrang 2020 untuk suntikan sebab jururawat bertugas untuk suntikan tu tak dapat ke Sg. Behrang.. Makanya ke Klinik Komunitilah kita.. Selamat dah di cucuk..

Sarapan dulu sebelum jumpa jururawat.. Sha makan nasi lemak sambal kerang, encik suami makan nasi lemak telur mata dan teh o panas..

Kemain tebal buku perancnag Sha.. Buku kecik tu sampai dah koyak-koyaklah.. kikiki..

Suntikan Depo-Provera (atau dikenali sebagai suntikan Depo).
Berikut adalah maklumat ringkas mengenai suntikan ini:
• Jenis Hormon: Mengandungi hormon progestogen atau progestin sintetik.
• Cara Berfungsi: Ia menghentikan ovulasi (pelepasan telur), memekatkan lendir pangkal rahim, dan menipiskan dinding rahim untuk mencegah persenyawaan.
• Kekerapan: Diberikan setiap 3 bulan sekali (12 hingga 14 minggu).
• Lokasi Suntikan: Disuntik pada bahagian otot atau bawah kulit di kawasan bahu, punggung, atau tangan

1 comment:

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..