Friday, February 6, 2026

Perjanjian Sewa Rumah #1

Assalamualaikum..
Hye semua..

Semalam Sha mohon cuti untuk ke LHDN Teluk Intan bagi menyelesaikan urusan setem perjanjian sewa rumah.. Sebenarnya ini kali kedua Sha buat.. Sha pernah buat setem perjanjian sewa rumah ini pada 2018.. Lepas tu memang tak buat dah.. Penyewa kelima ini kita buat balik.. Kalau dulu manual dan kena ke kaunter LHDN, kali ini lebih mudah sebenarnya.. Boleh buat atas talian ja, cuma Sha tak jumpa bagaimana.. Bila sampai di LHDN Teluk Intan, petugas kaunter tu dia bantu kita untuk buat setem tu secara atas talian menggunakan telefon.. 

Sha salah jalan, sebab tu tak jumpa.. Sha cari di aplikasi bukan di website.. Walhal dah minta tolong ChatGPT, tetaplah tak berjaya juga.. Kelakar pun ada.. Jadinya bila Sha dah jumpa, kenalah kongsikan dengan pembaca juga sebagai maklumat tambahan kalau berminat nak buat.. Sha berjaya buat myTax dan muat turun aplikasi dia tapi stamping ini kena buat di laman sesawang dia bukan aplikasi dia.. Tu yang tak jumpa-jumpa.. 


Apa Itu e-Stamp LHDN untuk Perjanjian Sewa Rumah?
e-Stamp ialah kemudahan atas talian yang disediakan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) untuk proses setem perjanjian sewa rumah, tanpa perlu ke kaunter. Ringkasnya, lepas perjanjian sewa ditandatangani, dokumen tersebut perlu disetem supaya ia sah dari sudut undang-undang. Sekarang, semua itu boleh dibuat secara digital.

Apa yang Perlu Dibuat?
1. Daftar / log masuk ke portal MyTax LHDN - https://mytax.hasil.gov.my/
2. Pilih menu - Perkhidmatan ezHasil - Duti Setem - e-Duti Setem
3. Klik untuk teruskan - Individu - klik nama sendiri - Borang Permohonan - penyeteman
4. Isi maklumat yang diperlukan
5. Muat naik Perjanjian Sewa Rumah (ini kena pastikan ada tandatangan kedua-dua pihak dan salinan ic kedua-dua pihak).
5. Buat bayaran duti setem (ini akan dikira mengikut tempoh perjanjian)
6. Cetak atau simpan resit e-Stamp sebagai bukti (bolehlah beri satu kepada penyewa, dan simpan sendiri satu salinan).

Bila Perlu Buat e-Stamp?
Perjanjian sewa perlu disetem dalam tempoh 30 hari dari tarikh ia ditandatangani.
Jika lewat, boleh dikenakan denda.

Kenapa e-Stamp Penting?
1. Melindungi hak penyewa dan tuan rumah
2. Memudahkan urusan jika berlaku pertikaian
3. Dokumen lebih kemas, sah dan teratur
4. Tak perlu beratur panjang di pejabat LHDN

1 comment:

  1. Waalaikumussalam... terima kasih berkongsi info yang sangat berguna. Alhamdulillah, tak perlu ke kaunter dah.

    ReplyDelete

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..