Friday, July 24, 2026

Baucar Buku MADANI 2026

Assalamualaikum..
Hye semua..

Tahun ini pun anak-anak ini dapat baucar buku.. Bila dapat ja pengumuman untuk baucar ini, memang Sha suruh Amani & Imani beli cepat-cepat.. Sha pastikan diorang beli buku rujukan terlebih dahulu, barulah tambah bacaan ringan.. Kakak memang terus buatlah.. Cumanya tu lah, ada buku dia yang dibatalkan jadinya dia kena buat pembelian lagi sekali.. Kakak memang budget cukup-cukup RM100 tu termasuk kos penghantaran.. Jadinya tak payah tambah apa-apa duit..

Adik pula, awal-awal tu kena tambah duit.. Memang dia hulur duit dekat Sha untuk tambah, bila Sha cakap kena bayar atas talian dia tak jadi beli.. Hujung minggu baru ini, dia ajar kawan dia macam mana nak beli.. Jadinya dia buat pencarian buku baru supaya tak payah tambah duit.. Berjayalah juga beli akhirnya ngam-ngam dengan nilai RM100 tu..

Pembelian buku untuk pelajar sekolah menengah dibuat menggunakan laman sesawang Book Capital..

Ini buku-buku pilihan Amani..
1. BOT SPM Sejarah Tingkatan 4 dan 5
2. BOT SPM Matematik Tingkatan 4 dan 5
3. Experimental Hero (Kilat Fighters) - 2023
4. 4 komik siri putera - yang ini dibatalkan penjual.. tak pasti kenapa..

Ini pula pembelian kedua selepas 1 pesanan Amani dibatalkan..
1. BOT SPM Bahasa Melayu Tingkatan 4 dan 5
2. BOT SPM English Form 4 and 5
3. SIRI PUTERA 29: PERSAINGAN SIHAT

Ini pula pesanan Imani..
1. Teroka Sains 3: Uniknya Awak (Koleksi Terbaik Teroka Sains)
2. Fuiyooo Senangnya Sains Tingkatan 1 2 3
3. Tingkatan 1 2 3 Quick Revision Matematik

Inisiatif Baucar Buku MADANI 2026 menawarkan kredit digital bernilai RM100 kepada pelajar sekolah menengah dan mahasiswa IPT yang layak.. Penebusan dibuka dari 1 Julai hingga 31 Oktober 2026 melalui portal khas untuk pembelian bahan bacaan dan rujukan akademik.. 

Penerima wajib membeli sekurang-kurangnya satu (1) buku daripada kategori “Judul Khas Baucar Buku MADANI 2026”, yang merangkumi bidang Karya Sasterawan Negara, Karya Agung Dunia, Karya Pemenang Anugerah Sastera, Sejarah, Falsafah, Ekonomi, Geopolitik, Kecerdasan Buatan (AI), Teknologi, Teknologi Maklumat, serta Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) yang diluluskan oleh Jawatankuasa Penilaian.

Selepas itu, baki baucar boleh digunakan untuk membeli buku-buku lain yang tersedia di platform Book Capital, yang menawarkan lebih 950,000 judul buku merangkumi pelbagai kategori dan genre bacaan.

3 comments:

  1. Alhamdulillah. Dapat banyak jugak buku rujukan dgn nilai baucer RM100

    ReplyDelete
  2. Bagus juga program ni.. nanti nak tanya juga anak sedara, ada dapat tak baucer ni.. kadang derang ni tak amik tau, padahal layakk

    ReplyDelete
  3. bagus baucer buku ni
    selain dpt ringankan beban ibu bapa ia juga secara tak langsung pupuk minat membaca

    ReplyDelete

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..