Assalamualaikum..
Hye semua..
Pagi ini encik suami yang hantar Sha ke pejabat.. Sempatlah bersarapan bersama.. Petang pula Sha ikut ceramah agama Sakinah Dalam Keluarga, Barakah Dalam Kerjaya oleh Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri..
Sha sarapan awal sebab nak menderma darah namun tak berjaya juga.. HB Sha 12 ja kali ini.. Tak apa.. Minggu depan kita cuba lagi.. Encik suami risau lah juga sebab HB Sha kekal rendah dah tiga minggu berturut-turut..
Ambil ubat juga pagi ini dekat farmasi.. Dapatlah bekalan untuk 2 bulan..
Ringkasan: Sakinah Dalam Keluarga, Barakah Dalam Kerjaya oleh Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri
1. Keluarga yang sakinah bermula dengan hati yang dekat kepada Allah
Sakinah bukan sekadar rumah yang aman tanpa pergaduhan, tetapi ketenangan yang lahir apabila setiap ahli keluarga mengutamakan iman, solat, doa dan akhlak. Suami isteri perlu saling menghormati, bertolak ansur dan menjadikan kasih sayang sebagai asas rumah tangga.
2. Rezeki yang berkat lebih penting daripada rezeki yang banyak
Barakah bukan diukur melalui jumlah gaji semata-mata, tetapi bagaimana rezeki itu diperoleh dan dimanfaatkan. Pekerjaan yang dilakukan dengan amanah, jujur dan ikhlas akan membawa keberkatan kepada diri dan keluarga.
3. Kerjaya adalah satu ibadah
Setiap tugas, walaupun kelihatan kecil, boleh menjadi ibadah apabila dilakukan dengan niat kerana Allah. Menepati waktu, menjaga amanah, tidak culas dan memberi perkhidmatan terbaik merupakan sebahagian daripada akhlak seorang Muslim.
4. Kejayaan di tempat kerja bermula dari rumah
Rumah yang dipenuhi ketenangan akan melahirkan pekerja yang lebih fokus, sabar dan positif.
Begitu juga, pekerja yang membawa pulang akhlak yang baik akan mewujudkan suasana keluarga yang lebih harmoni.
5. Jangan abaikan keluarga demi kerjaya
Kerjaya penting, tetapi keluarga ialah amanah. Keseimbangan antara tuntutan kerja dan tanggungjawab terhadap pasangan, anak-anak serta ibu bapa perlu sentiasa dijaga.
Sempatlah berswafoto..
Sekali sekala topup ilmu macam ni syok juga.
ReplyDelete