Tuesday, November 3, 2026

Shishamo @ Balun Cafe, Slim River, Perak.

Assalamualaikum..
Hye semua..

Pertama kali Sha dengar sebenarnya pasal Shishamo ini.. Sha jumpa menu ini masa pergi Balun Cafe.. Sha dah lama sebenarnya tak ke sini.. Pertama kali Sha pergi tahun 2020.. Ini kali kedua Sha datang.. Asalnya nak makan roti nan, tapi pakcik yang buat roti nan tu tak sihat.. Jadinya tak adalah roti nannya.. Sha pula tak adalah lapar, jadinya Sha pun cubalah menu yang pertama kali Sha tengok iaitu Shishamo ini.. Memang Sha makan habis macam yang ada dalam buku menu tu.. Dari kepala sampai ekor.. Cumanya kena kunyah banyak sikitlah sebab ada tulang halus kan.. Memang penuh telur dekat bahagian dalam ikan tu.. Lupa pula nak ambil gambar ikan ini terbelah dua.. kikiki.. Punya teruja nak makan.. InsyaAllah kalau ada rezeki lagi Sha ke sini, Sha ambil gambar bahagian dalam ikan tu ye..

Ini rupa Shishamo bila sampai dekat meja Sha..

Shishamo (ししゃも) ialah sejenis ikan kecil dari Jepun yang biasanya dimakan seekor terus, termasuk kepala, tulang halus, ekor dan telurnya..

1 comment:

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..