Monday, November 30, 2015

27 November

Assalamualaikum..
Bertambah lagi usiaku..
Alhamdulillah masih lagi sihat dan ceria bersama keluarga tersayang..
Sempena my bufday..

Bufday Card yang pertama diterima pada 16.11.2015

Hadiah bufday

Yang nie je x dapat tebus..
Kekangan masa dan tiada citer menarik..
huhuhu...


Dikesempatan ini saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang mengirimkan ucapan sama ada di Blog, FB, Insta mahupun WhatsApp...
Sesungguhnya ingatan kalian amat saya hargai..
semoga kalian sentiasa berada dalam rahmat Allah..

Masalah kencing Kotor

Assalamualaikum..
Mesti ramai yang pernah menghadapi masalah kencing kotor ini kan..
Meh sha share sikit pasal masalah ini..

Kencing Kotor
Saluran kencing merupakan sistem penapisan badan kita untuk membuang segala sisa cecair. Air kencing bergerak dari buah pinggang melalui tiub kecil yang dikenali sebagai ureter ke pundi kencing, di mana air kencing itu disimpan. Air kencing akan keluar dari badan kita melalui saluran uretra.

Jangkitan saluran kencing (UTI) merupakan keradangan saluran kencing. 80% daripada kes-kes ini adalah disebabkan oleh kuman bakteria Escherichia coli (E.Coli)

Bakteria ini boleh menyebabkan:
Jangkitan bahagian bawah saluran kencing atau jangkitan pada pundi kencing yang dikenali sebagai sistitis.

Jangkitan yang lebih serius ialah di bahagian atas saluran air kencing atau jangkitan pada buah pinggang yang dipanggil pielonefritis. Keradangan uretra atau uretritis.

Kaum wanita adalah lebih mudah mendapat UTI kerana saluran uretra mereka lebih pendek dari lelaki, menjadikan bakteria lebih mudah merebak naik ke sistem saluran kencing. UTI jarang berlaku di kalangan kaum lelaki.

Tanda dan Gejala
  • Kerap terasa hendak membuang air kecil tetapi gagal untuk mengeluarkan air kencing yang banyak.
  • Terasa sakit dan pedih ketika membuang air kecil. 
  • Air kencing mengandungi darah, berkabut atau berbau busuk. 
  • Terasa tidak selesa di bahagian bawah abdomen. 
  • Terasa sakit ketika melakukan hubungan seks. 
  • Demam dan seram sejuk.

Komplikasi

Jika jangkitan ini tidak dirawat di peringkat awalnya, ia boleh membawa kepada penyakit pielonefritis, apabila bakteria merebak naik ke buah pinggang.

Jadi pastikan minum banyak air masak dan jangan tahan kencing ye. Sekiranya rakan-rakan mempunyai gejala-gejala seperti di atas silalah dapatkan nasihat dan rawatan dari doktor.

Sunday, November 29, 2015

Kranberi dan Khasiatnya

Assalamualaikum..
Sha nak share minuman kegemaran sha..
Cranberry.. Seriously sedap..
Sebenarnya sha x pernah minumpun..
Tapi disebabkan pernah menghadapi masalah kencing kotor dan juga nyaris terbentuk batu karang, maka bermulalah kesukaan sha pada Cranberry.. Sha minum atas nasihat doktor..
Kranberi nie nak cari yang jus dia sahaja agak susah di kawasan tempat tinggal sha ini.
Yang sha jumpa seperti diatas dan juga jenama Marigold (Apple Cranberry).
Kedua-duanya sedap dan bagus untuk melawaskan kencing..

Bersama entry ini, Sha sharekan sekali kebaikan kraberi untuk manfaat bersama ye.


Kranberi atau nama saintifiknya vaccinium macrocarpon bukan sahaja sedap dimakan, malah mempunyai khasiat pemakanan mahupun khasiat ubatannya yang tersendiri. Dikatakan bahawa pengembara Eropah yang menjelajah benua Amerika pada zaman dahulu boleh hidup dengan hanya berbekalkan buah kranberi kering dalam perjalanan mereka. Amalan ini menunjukkan bahawa mereka menyedari akan khasiat dan agen penyembuhan yang terdapat pada buah kranberi.

Pokok kranberi adalah pohon renek yang tumbuh secara liar di dalam kawasan belukar. Daunnya berbentuk bujur dan berwarna hijau pekat pada bahagian atas daun manakala bahagian bawah daun berwarna hijau kelabu.

Buah kranberi kaya sumber vitamin C, mineral dan serat, serta astrigen kuat dengan kandungan asid tinggi dan gula asli yang rendah. Buahnya juga rendah karbohidrat. Setengah cawan kranberi dikatakan hanya mempunyai 4 gram karbohidrat dan 2 gram serat di mana ¨÷ (1/3) daripadanya adalah serat larut. Buah kranberi juga adalah sumber kalsium, magnesium, kalium dan fosforus serta vitamin A, vitamin B1 thiamin, vitamin B2 riboflavin dan vitamin B2 niasin kompleks.

Cegah jangkitan saluran kencing dan batu karang
Dikatakan antara khasiat ubatan kranberi adalah untuk mencegah dan melegakan gejala-gejala jangkitan saluran kencing. Disebabkan oleh kebaikan inilah, ramai wanita yang mengamalkan meminum jus kranberi untuk merawat masalah jangkitan saluran kencing.

Malah, terdapat kajian yang menunjukkan bahawa sebatian yang terdapat dalam kranberi boleh mencegah L.Coli daripada pada sel-sel di sekitar dinding saluran kencing dan menyebabkan jangkitan. Buah kranberi juga amat baik dimakan oleh wanita hamil. Kandungan vitamin C yang tinggi dalam buah ini menjadikan buah ini boleh dijadikan sebagai buah pilihan bagi mencegah jangkitan pundi kencing dan sistitis (cystitis).

Kandungan asid quinik dalam kranberi dikatakan mampu mengurangkan kalsium berion sekaligus mengurangkan risiko pembentukan batu karang. Ini bermakna jus kranberi amat bagus dalam mencegah masalah pembentukan batu karang. Meminum jus kranberi dalam jumlah yang kecil dalam masa beberapa kali seminggu dikatakan mampu melindungi diri daripada mengalami masalah sembelit dan juga diarea. Namun begitu, jangan meminum terlampau banyak kerana seperti juga buah-buahan lain, pengambilan berlebihan mampu membawa kepada masalah sakit perut.

Rangsang kulit lebih cerah dan muda
Buah kranberi juga mengandungi sejumlah bahan sebatian flavonoid dan polyphenolic. Flavonoid dikatakan berfungsi sebagai antioksidan dan mengurangkan risiko atherosclerosis. Penyelidikan berterusan juga mencadangkan bahawa kranberi menawarkan pertahanan semulajadi menentang atherosclerosis. Pengambilan buah kranberi dikatakan mampu mengurangkan risiko penyakit jantung.

Radikal bebas merosakkan kolagen dalam kulit dan kemudian menyebabkan kulit wajah berkedut, hilang kelenturan, kusam serta menjadi kemerah-merahan. Buah kranberi mengandungi nilai kandungan kemampuan penyerapan radikal oksigen atau ORAC yang amat tinggi. Pengambilan kranberi dikatakan mampu merangsang kulit lebih cerah dan nampak lebih muda.

Bukan itu sahaja kebaikan buah kranberi, ia juga mampu mencegah bakteria daripada melekat pada gigi, sekaligus menjadikan gigi berada dalam keadaan bersih dengan lebih lama. Buah kranberi dikatakan mempunyai agen bagi memusnahkan bakteria berbau busuk yang terbina di dalam mulut dan membawa kepada nafas berbau.

Buah kranberi juga bagus untuk kanak-kanak kerana ia dikatakan mampu membantu menguatkan dan menyihatkan pembesaran otot dan tulang, menjaga kulit dan mengurangkan risiko jangkitan. Khasiat buah kranberi juga dikatakan dapat meminimumkan kesan kebanyakan penyakit berkaitan dengan kanak-kanak.

Manfaat Jus Kranberi Dalam Jangkitan saluran Kencing dan Batu Karang
1) Kranberi paling popular untuk mencegah jangkitan saluran kencing dan batu karang, biasanya wanita mengandung yang mengalami masalah kencing kotor atau jangkitan pundi kencing memang digalakkan oleh doktor untuk mengambil jus kranberi atau makan kranberi kering tetapi sila pastikan kranberi yang kurang gula atau organik.

2) Ia juga mencegah dan melegakan gejala-gejala jangkitan saluran kencing. Kerana kebaikan inilah, wanita digalakkan mengamalkan meminum jus kranberi untuk merawat masalah jangkitan saluran kencing atau mengelakkan jangkita saluran kencing tetapi sekali lagi diingatkan sila dapatkan kranberi organik yang kurang manis.

3) Terdapat kajian yang dijalankan , menunjukkan bahawa sebatian yang terdapat dalam kranberi boleh mencegah L.Coli daripada pada sel-sel di sekitar dinding saluran kencing dan menyebabkan jangkitan.

4) Buah kranberi segar juga amat baik dimakan oleh wanita hamil. Kandungan vitamin C yang tinggi dalam buah ini menjadikan buah ini boleh dijadikan sebagai buah pilihan bagi mencegah jangkitan pundi kencing dan sistitis (cystitis).

5) Kandungan asid quinik dalam kranberi dikatakan mampu mengurangkan kalsium berion sekaligus mengurangkan risiko pembentukan batu karang. Ini bermakna jus kranberi amat bagus dalam mencegah masalah pembentukan batu karang.



Walaupun terdapat pelbagai khasiat dan kebaikan buah kranberi, namun begitu pengunaannya perlulah mendapat nasihat pengamal perubatan terlebih dahulu bagi mengelakkan kemudaratan di kemudian hari.

Saturday, November 28, 2015

Peringatan Mesra Buat Perempuan

Assalamualaikum..
Buat kaum hawa yang disayangi..
semoga peringatan ini berguna untuk anda..
Berhati-hatilah ye..
Perempuan paling mudah terdedah dengan bahaya..

Semoga berguna..

Peringatan mesra dari perempuan untuk perempuan..
 
1. Kurangkan selfie.
Kita tak tau kalau2 selama ni tiap kali awak post gambar, ada mata yang sentiasa memerhati. Dah lama jatuh cinta dengan awak. Dah lama imagine nak "bersama" awak. Nak jadikan awak milik dia. Jangan kata mustahil, zaman sekarang ni manusia makin gila.

2. Jangan check in rumah sendiri.
Tolonglah.... jangan check in alamat sendiri.  Bila-bila masa orang boleh datang rumah awak.

3. Jangan up status tinggal sorang kat rumah.
Dah lah check in alamat sendiri, siap bagitau dunia tengah sorang-sorang kat rumah. "Boringnya. My hubby out station lagi. Tinggal dengan anak bulus je. Ada yang nak teman?" Haaa...jap lagi ada yang datang betul-betul baru tau erti penyesalan. Kalau yang jenis tak pernah check in alamat sendiri, pun perlu elakkan bgtau awak tengah keseorangan. Sebab apa? Ada je kawan diluar alam maya yg tau rumah awak & tak semuanya baik.

4. Jangan post no plat kereta
Ye... tau kereta tu atas nama awak. Hasil titik peluh awak. Kalau nak post gambar, at least tutup no plat. Bahaya. Dari no plat je boleh tau semua personal details kita. Kalau info tu dapat kat orang jahat?

5. Jangan sibuk nak check in semua tempat yang awak pergi.
Sampai pejabat check in, tingkat 73 klcc. Lunch check in, kedai mamak belakang klcc. Habis kerja, pergi jogging check in taman klcc. Nak balik rumah check in jem kat akleh sambil selfie nampak muka cantik & lambang kereta mahal kat stereng. Sampai rumah check in, sampai dah my home sweet home no.38-4-7 kondo mewah, jalan orang kaya, kl.
Bahaya! Bahaya! Bahaya! Nak-nak lagi kalau status tu setting public. Satu dunia boleh tengok.

6. Hadkan apa yang perlu dikongsi difacebook.
Baru beli gelang emas lip lap lip lap macam mami jarum, tak payah post kat fb. Dapat bonus rm10k seeloknya jangan up kat fb. Jangan terlalu pamerkan kemewahan & kekayaan awak kat fb. Bukan sebab taknak orang kata riak, itu isu lain. Tapi demi keselamatan awak.

Harap bermanfaat. Semoga kita semua dilindungi dari perkara buruk & kejahatan manusia.
Mohon sebarkan!

Friday, November 27, 2015

Mualim Diisytihar Daerah Baharu

Utusan Malaysia

SYUKRI SHAARI
27 November 2015 1:00 AM
IPOH 26 Nov. - Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah akan mengisytihar daerah baharu iaitu Mualim yang berkeluasan 93,435 hektar awal tahun depan, bersempena dengan sambutan ulang tahun keputeraan baginda.
Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Abdul Puhat Mat Nayan berkata, daerah Mualim terdiri daripada tiga mukim iaitu Slim, Ulu Bernam Barat dan Ulu Bernam Timur yang meliputi bandar Tanjung Malim, Slim dan Proton City.
“Perasmian daerah Mualim ialah bersempena dengan sambutan ulang tahun keputeraan baginda tuanku. Majlis pengisytiharan daerah tersebut akan diadakan pada 11 Januari 2016, pada pukul 10 pagi di Majlis Daerah Tanjung Malim,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar bersempena ulang tahun hari keputeraan Sultan Nazrin pada esok, di sini hari ini.
Mengulas lanjut, Abdul Puhat memberitahu, terdapat beberapa lagi majlis perasmian bangunan-bangunan kerajaan dan agensi kerajaan yang bakal dilangsungkan bersempena dengan sambutan ulang tahun keputeraan baginda.
Katanya, baginda dijadual merasmikan Tenaga Nasional Berhad (TNB) Jana Manjung 4 di Manjung pada 4 Januari 2016 dan diikuti pula Kompleks Bersepadu Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia negeri (RTM Perak) serta Konsert Diraja pada 9 Januari 2016 di Ipoh.
“Baginda juga bakal merasmikan Pusat Latihan Teknologi Tinggi (ADTEC) Taiping pada 23 Februari. Selepas itu, baginda sultan ber­kenan merasmikan pula Bangunan Majlis Daerah Kampar pada 1 Mac 2016.
“Baginda dijadual merasmikan bangunan Pusat Penyelidikan Perkembangan Kanak-Kanak (NCDRC) Kampus Sultan Azlan Shah, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) di Tanjung Malim pada 19 Mac 2016. Selepas itu, pada 29 Mac pula, baginda akan merasmikan Bangunan Institut Latihan Statistik Malaysia di Sungkai.
“Seterusnya, baginda sultan akan merasmikan Sekolah Kebangsaan Tanah Hitam di Chemor pada 5 April, diikuti Kem Batalion 18 Pasukan Gerakn Am pada 23 April dan akhir sekali Perak Agro Tourism Resort di Tanjung Tualang pada 30 April 2016,” jelas beliau.
Menurut Abdul Puhat, bersempena dengan sambutan ulang tahun keputeraan itu turut dianjurkan Larian Hari Keputeraan Sultan Nazrin Shah pada Ahad ini di Jalan Tun Razak, Kuala Kangsar.

Baja Urea 46%

Assalamualaikum..
Meh nak share pasal baja..
Pada yang minat menanan kena tau pasal baja ini..

Baja ini digunakan untuk menggalakkan pertumbuhan daun..
Bak kata suami saya.. Baja Urea ini umpama nasi yang kita makan..
hehehe.. barulah subur pokok yang ditanam..

Kalau untuk pokok comel-comel.. Bubuh dalam sesudu camtu jer..
Sebulan sekali jer.. Jangan bubuh banyak-banyak.. Karang kejung pula pokok-pokok tu.. hehehe..

Semoga bermanfaat ye..

Harga : RM2.00
Berat : 350gm 

Thursday, November 26, 2015

Kebaikan Lemon

Assalamualaikum..
Selamat pagi semua..
Jom Sha sharekan Kebaikan Lemon..

Lemon ni memang sedia maklum dengan dua khasiatnya yang terulung iaitu
  • Sebagai antibakteria dan antiviral yang kuat serta sebagai kuasa untuk boost immune system. 
  • Sebagai ‘ubat kurus’ kerana jus limau membantu dalam proses pencernaan dan sebagai ‘pembersih’ hati
Lemon mengandungi asid citric, Calsium, Magnesium, Vitamin C, Bioflavonoids, pectin dan limonene yang meningkatkan tahap imun sistem kita dan melawan sebarang jangkitan.

12 Kebaikan dan faedah Minum Air Lemon kepada kita:-
  1. Minum air lemon sebaik sahaja bangun tidur boleh melegakan dan mengelakkan masalah penghadaman seperti kembung perut, gastrik dan pedih ulu hati.
  2. Lemon bersifat antiseptik dan mempunyai kesan ‘pembersihan’ yang baik kepada hati, buah pinggang dan darah. Hati kita bekerja untuk perkumuhan dan penapis, apabila ia dibersihkan, kita akan merasa lebih bertenaga dan bersemangat untuk membuat kerja.
  3. Minum air lemon pada waktu pagi memberi bekalan vitamin C semulajadi yang baik untuk kita. Ia juga memberi folate dan minerals seperti potassium, kalsium dan magnesium untuk tubuh.
  4. Kandungan mineral yang tinggi dalam lemon menyebabkan ia boleh bersifat alkali dan membuang asid dalam badan.
  5. Air lemon membantu dalam perkumuhan dan mengelakkan sembelit atau cirit-birit.
  6. Minum Air Lemon boleh meningkatkan kesihatan kulit. Kandungan Vitamin C dalam lemon boleh membantu memperbaiki masalah kulit, lemon juga bersifat membersih, antibiotik dan antioksidan yang lebih penting untuk kulit.
  7.  Limonoid glucosides adalah sejenis flavonoid yang ada dalam lemon, kajian mendapati ia ada ciri-ciri anti-karsinogik yang boleh membantu mengelak barah.
  8. Air Lemon membantu hati menghasilkan lebih hempedu yang membantu menghadam lemak degil.
  9. Ciri-ciri antibakteria yang terdapat pada lemon boleh membantu merawat sakit tekak. Jika anda mengalami sakit tekak, minum seteguk air lemon dalam beberapa jam.
  10. Air lemon boleh membantu mengurangkan mukus atau lendir dan kahak yang terhasil dalam badan.
  11. Terdapat banyak sumber yang mengaitkan faedah dan kelebihan air lemon dalam membakar lemak dan membantu untuk kurus.
  12. Air Lemon adalah sumber paling baik dalam menghilangkan bau mulut di awal pagi. Ia mengandungi ciri-ciri antioksida dan antibiotik yang juga boleh membantu mengurangkan bau badan.

Keistimewaan Lemon:

a) Menghilangkan acne
Lemon mengandungi citric acid yang sangat berkesan dalam merawat acne. Vitamin C yang dijumpai dalam lemon ini adalah sangat penting untuk kulit yang sihat dan bersinar
Caranya: Dengan menggunakan jari atau cotton ball tu, letakkan sedikit jus lemon ke tempat acne tu dan biarkan semalaman. Bilas pada esok pagi. Mula-mula memang rasa pedih tapi bila dah selalu buat dah tak rasa apa. Campurkan satu bahagian lemon yang telah diperah dengan satu bahagian madu. Letakkan campuran ini dikawasan acne tersebut dan biarkan sekurang-kurangnya setengah jam. Bilas dengan air. Lakukan dua kali sehari (satu awal pagi, satu lagi malam). Tapi kalau acne ni dah teruk atau ada luka, mintak nasihat dari doctor sebelum memulakan rawatan ye.

b) Menghilangkan rasa takut dan cemas
Kajian membuktikan lemon balm mempunyai effect menenangkan dan seterusnya boleh menghilangkan keletihan, kelesuan, penat, pening, rasa cemas, takut dan stress.
Lemon oil juga dipercayai dapat meningkatkan konsentrasi dan kepekaan. Sebab tu lah banyak kita jumpa air freshner berbau lemon kan?
Caranya: Kalau stress, percikkan beberapa titisan lemon balm essential oil atas sapu tangan dan hidu.
Tiada lagi ulser mulut.

c) Lemon bersifat antibacteria dan antiviral. Membantu mempercepatkan penyembuhan ulser mulut.
Caranya: Campurkan lemon yang telah diperah dengan air suam dan kumur dengan solution ni at least 3 kali sehari. Mula-mula memang rasa pedih tapi lama-kelaman nanti dah tak rasa apa

d) Merawat demam bagi orang dewasa.Caranya: Campurkan sebiji perahan lemon dengan secawan air panas yang telah dicampur madu. habiskan pada waktu tu jugak, tak perlu simpan-simpan. Minum setiap 2jam sehingga demam tiada lagi!

e) Selesema dan Sakit Tekak
Bila kita selesema ni, lemon sangat membantu sebab ia boleh merawat secara dalaman dengan membekalkan Vitamin C yang diperlukan kepada sel pertahanan badan dan secara luaran melalui sifat antiviralnya untuk membunuh virus pada mucous (kahak/hingus) dalam hidung dan tekak
Caranya: Campurkan sebiji lemon yang telah diperah dengan air suam dan minum setiap 2jam
Sekiranya sakit tekak, tambahkan 1 sudu kecil garam laut (5ml) ke dalam 1 cawan air suam dan 1 biji perahan lemon. Berkumur sampai ke tekak 3 kali sehari selama 1 minit untuk setiap sesi.
Kalau ada tonsil, berkumur setiap 2 jam sekali selama 30saat dengan sebiji perahan lemon. Dongak sedikit bagi membolehkan sifat antibac dan antiviral lemon ni bertindak pada tekak. Lepas tu telan la jus ni untuk membolehkan sifatnya yang boleh boost immune sistem ni pulak bertindak dalam badan

f) Merawat kutil dan ketuat (corn and calluses)
Caranya: Letakkan potongan lemon setebal 5mm pada kutil dan balut dengan kemas. Biarkan semalaman. Sapukan kawasan yang dijangkiti dengan lemon essential oil yang pekat dan belum dicairkan juga membantu proses penyembuhan. Sapu dengan cotton ball atau Q-tip untuk mengelakkan dari terkena kawasan yang tidak dijangkiti.

g) Merawat Eczema
Lemon Wrap mungkin dapat membantu anda yang terkena jangkitan kulit
Caranya: Tambahkan 8 titik lemon essential oil kepada 1 cawan (250ml) air suam and 1 sudu besar (15ml) madu. Madu juga mempunyai kesan anti radang dan menguatkan lagi healing power of lemon tadi Rendamkan kain ke dalam campuran tadi, perah, dan letak kain tu di kawasan jangkitan selama 15 minit, 2 ke 3 kali sehari. Bukan sahaja mengurangkan jangkitan, malah mengurangkan perasaan ingin menggaru.

h) Merawat Keletihan
Sekiranya kita letih sangat-sangat, especially kepada world traveller.
Caranya: Cucuk lemon dengan straw dan sedut je. Ini boleh menjadi ubat dan pada masa yang sama sebagai refreshment Tambahkan lemon pada air minum biasa, ia boleh menjadi antiseptic dan mengelakkan penyakit akibat allergy pada sumber air minum yang berbeza-beza
Lemon oil juga boleh merangsang brain activity. Jadi bila rasa letih, tambahkan 4 titik lemon oil kepada bekas aromatherapy yang telah diisi air. Ataupun minum segelas air lemon selang beberapa jam

i) Hypertension
Bawang putih, bawang merah dan lemon apabila bergabung boleh melawan hypertension.
Caranya: Tambahkan 3 crushed bawang putih dan 1 chopped onion kepada 1liter susu rendah lemak ataupon susu soya. Reneh atas api selama 5 minit. Tapiskan dan sejukkan. Tambahkan 3 biji perahan lemon dan minum sepanjang hari Dan sekiranya ada penghidap kolestrol tinggi, kuasa pectin yang ada dalam lemon boleh merendahkan kolestrol, InsyaAllah

j) Melegakan sengatan serangga berbisa
Caranya: Sekiranya penyengat masih ada, amik tweezer dan tarik dia.
Urut di tempat yang terkena gigitan tu dengan 1 atau 2 titis lemon oil, campurkan dengan 1sudu sudu kecil madu. Untuk buat insect repellent, tambahkan 20 titis lemon oil kepada 1 cawan (250ml) air dan spray ke udara. Dah la berbau wangi, siap boleh halau serangga lagi. Ataupon boleh juga rendam cotton ball dalam lemon oil dan letak je dalam bilik. Sekiranya nak buat aktiviti di luar rumah, boleh sapukan kulit yang tak ditutupi baju dengan lemon oil ataupon boleh sapukan dengan 1/2 oz sunflower oil yang telah dicampurkan dengan 10 titisan lemon oil

k) Menidurkan Insomnia
Kajian menunjukkan lemon balm yang digabungkan dengan beberapa calming herbs seperti chamomile dapat mengurangkan keresahan dan membantu untuk tidur.
Dalam kajian ini 18 orang volunteers menerima 2 single dosage lemon balm extract ( 300mg dan 600mg) selama 7 hari. 600mg dose of lemonbalm meningkatkan mood dan meningkatkan ketenagan dan kepekaan

l) Menyelamatkan perut
Setiap kali makan, minumlah sebiji lemon yang diperah kedalam air suam.
Asid pada lemon akan merangsang penghasilan asid dalam perut dan aktiviti otot perut.
Selamat tinggal Varicose Vein!
Caranya: Tambah 6 titis lemon oil kepada 50ml wheat germ oil, 2 titis cypress dan 2 titis juniper oil
Gunakan campuran ini setiap hari untuk mengurut kaki dari bawah ke atas, in the direction of the heart. Untuk mandian yang menyegarkan urat dan badan, campurkan 8 titisan lemon oil kedalam air mandian yang suam. Tambahkan juga 4 titisan cypress oil yang di blend dengan 1 sudu besar (15ml) madu. Berendam selama 15 minit. dah sudah tu jangan lap badan tapi tekap-tekap je badan tu dengan tuala.

m) Menghilangkan kesakitan
Amalkan meminum sebiji lemon yang diperah kedalam air suam 3 kali sehari. Sekiranya sakit yang teruk, letak 2 biji lemon untuk minuman 3 kali sehari
Lemon oil mempunyai sifat melegakan kesakitan. Jadi untuk mengurangkan kesakitan, urutlah dibahagian yang sakit itu dengan beberapa titisan lemon oil dicampur dengan 1 sudu besar (15ml) jojoba oil

n) Menghilangkan nafas berbau!
Lemon boleh membantu menyegarkan nafas terutamanya selepas makan, ataupon selepas merokok ataupon air liur yang tak cukup ke.
Caranya: Berkumur dengan sebiji perahan lemon yang dicampur dengan segelas air suam. Ataupon kunyah lemon slice setiap kali lepas makan.


More At : Resepi Sheila Rusly

Wednesday, November 25, 2015

Mohon Bantuan Buat Adik Qiss Yang Comel Ini... JazakAllah!

Assalamualaikum..
Buat semua rakan-rakan yang ingin menyumbang...
Kepada yang ingin mengikuti perkembangan adik Qiss, bolehlah follow FB : Nabilaa Razuan
Kredit untuk Kedahnews.com

Secomel namanya, Dhiya Nur Qistina Kaisyah Akmal dahulunya sangat periang dan cerdik. Keletahnya anak kecil berusia hampir 2 tahun itu amat menambat hati bagi mereka yang mengenalinya.
Tapi itu dulu...
Kini, anak comel itu terlantar di katil hospital, menderita sejak lebih sebulan akibat sejenis penyakit kronik "hydrocephalus" yang menyebabkan kepalanya ditebuk di merata bahagian.
"Kepala Qiss dah ditebuk merata-rata", kata ibunya, Siti Nabilah Md Razuan, yang dipetik dari laman sosial Facebooknya.
Difahamkan bahawa Dhiya Nir Qistina atau nama mesranya, Qiss, mulanya menghidap demam selama hampir sebulan dan sejak itulah anak kecil itu tidak terdaya lagi untuk berjalan atau berlari riang sebagaimana dulu.
Susulan dari keadaan itu, keadaan Qiss bertambah buruk apabila dia mula muntah-muntah sebelum dibawa ke Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar untuk tujuan pemeriksaan lanjut.
Setelah diperiksa, doktor yang merawat Qiss mendapati bahawa anak kecil itu mengalami ketumbuhan yang berbentuk cecair yang terkumpul di dalam kepalanya, namun tidak terlalu serius.
Sehingga kini, Qiss masih lagi terlantar di katil wad Hospital Sultanah Bahiyah ditemani ibunya yang tidak putus-putus mendoakan agar anaknya dikembalikan kesihatan seperti sedia kala.
Namun hati ibu mana yang mampu melihat anaknya terlantar derita tanpa sebarang perkembangan positif yang menunjukkan penyakit anaknya itu akan sembuh serta sihat seperti sedia kala.
Perkembangan terkini, ibu Qiss memaklumkan kepada Kedahnews.com bahawa adik comel kita ini akan menjalani satu lagi operasi pembedahan bagi tujuan membuang cecair yang yang terkumpul di bahagian kepala anaknya.
Pun begitu, Nabilah turut meluahkan rasa bimbangnya terhadap kos operasi pembedahan tersebut yang mungkin tidak mampu dibiayai.
Kerinduan pada tawa riang dan melihat anaknya kembali normal seperti anak-anak lain menyebabkan Nabilah nekad merayu dari rakan taulan dan pihak-pihak yang bersimpati pada derita adik Qiss untuk menghulurkan bantuan sewajarnya.
"Kat sini, Eyla dengan rendah diri mintak tolong kawan-kawan dalam ni. Walau seringgit dah bermakna buat Qiss," rayu Nabilah yang merupakan suri rumah sepenuh masa itu.
Justeru itu, kami menyeru kepada seluruh warganegara Malaysia, khususnya anak Kedah yang prihatin dan bersimpati dengan Dhiya Nur Qistina Kaisyah agar beramai-ramai menghulurkan bantuan seikhlas mungkin buatnya.
Selain doa yang tulus mendoakan kesihatan Qiss kembali pulih, orang ramai boleh menghulurkan sumbangan masing-masin ke akaun peribadi ibunya, 1521 7021 6864 - Maybank, di atas nama Siti Nabilah Md Razuan.
Semoga adik Qistina segera sembuh dan dipermudahkan menjalani rawatan pembedahan nanti. Segala sumbangan dari orang ramai amat dihargai dan hanya Allah SWT sahaja yang dapat membalasnya. -Kedahnews.com

Postpartum blues/ depression / psychosis

Assalamualaikum...
Sekadar perkongsian berikutan peristiwa tragis yang tiada siapa tahu punca sebenar.. Saya juga pernah melalui keadaan ini. Tempoh berpantang memang tempoh yang sangat mencabar. Emosi yang terganggu. Tanpa sokongan suami dan kekuatan iman, memang macam-macam boleh terjadi. Terus terang saya katakan ketika anak pertama, saya menjadi sangat possessive. Saya akan berasa marah bila ada orang lain memegang anak saya. Namun lama kelamaan perasaan itu hilang sendiri bila akal mula berfikir secara waras dengan sokongan suami.

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiwfeAQbLQZSHAyifRrCNBK7byva_bA6qbQHnCw_-9jc9yjVkPRV_7g_f0bfg1s0_VrwkoMFfs97UzUSrtsi_nSc066HiUlzyXiUnBjkj_5MXMPlGuvcdYa7pTDmZdGCK4hLlSAX1ZPjsA/s1600/12187787_1070045936352865_4210567192475385981_n.jpg 
 Tragedi hari ke-10

Penerangan di bawah ini saya ambil dari FB : Nurul Khairiyah Khairuddin

Ini bukan penerangan ilmiah. Hanya luahan hati setelah membaca berita tragedi hari ke-10.... Dada muka buku pun penuh dengan pelbagai perkongsian postnatal blues/ depression aka meroyan rentetan dari tragedi tersebut.
Saya juga baru melahirkan bayi 35 hari.. belum habis pantang lagi... alangkah sedihnya membaca kisah wanita hari ke 10 tersebut... Dan terfikir apa nasib bayinya kelak kerana kajian menunjukkan bayi yang kematian ibunya berisiko tinggi utk kematian di bawah usia 5 tahun disebabkan pelbagai faktor (tak mahu ulas di sini)..
Saya bukan ibu muda.. Saya ibu senior yg sudah mempunyai 3 org anak berusia antara 7-10 tahun... Saya seorang doktor pakar sakit puan yang juga merupakan ahli Jawatankuasa penyusuan susu ibu di hospital... malahan juga merupakan Penilai Kebangsaan Hospital Rakan Bayi yg baru dilantik... berpantang dengan dijaga oleh ibu saya sendiri yg sangat prihatin... Noorainin Abdul Rahman dan mempunyai pembantu rumah utk meringankan urusan rumahtangga... Begitu juga dengan suami Muhamad Azwan yang sedaya upaya memenuhi permintaan saya itu dan ini walau beliau sibuk dengan kerja dan pelajaran sebagai Pelajar MBA part time di waktu malam...
Dengan resume di atas, seharusnya lah proses berpantang saya sangat 'smooth sailing'.... Tidak ada apa kekhuatiran dan perlu di "depressed" kan.. tapi, saya tidak terlepas dari perasaan sedih dan kadangkala putus asa... bukan sebab susu kurang (Alhamdulillah susu banyak).. bukan sebab bebanan urusan rumahtangga.... tapi nature tempoh berpantang dan cabaran penyusuan susu ibu itu sendiri.
Walaupun saya melatih staff utk kursus brestfeeding, saya sendiri tidak terlepas dengan masalah Breastfeeding seperti poor attachments yg mengakibatkan sore nipple dan crack nipple seperti dalam syllabus Kursus 20 jam... Dalam keadaan sakit, teruskan juga penyusuan utk baby yg kuat menyusu (pertama kali mendapat baby boy memang terasa perbezaannya dengan baby girl)..
Diuji pula dengan gelagat baby yg berubah-ubah bak kata orang-orang tua (nanti habis pantang OK lah tu---komen biasa) yg saya simpulkan dengan perkataan sendiri sebagai "unpredictable".... kadangkala frustration itu timbul bila selepas 1 jam disusukan, baby masih tak mahu tidur... Dan disambung pula dengan dodoian sambil berdiri dan mendukung baby hampir 1 jam.. lenguh tangan kanan, tukar tangan kiri.. lenguh 2 belah tangan, letak pula dalam bouncer... sambung mendodoikan....
Walaupun dilengkapi ilmu melalui pembacaan bahawa REM (Rapid Eye Movement) sleep phase baby boleh berlangsung hampir 20 minit (fasa bayi dalam Light sleep dan mudah terjaga semula), selepas tempoh tersebut di langkau, baby tetap terjaga semula dan menangis apabila diletakkan.. Apabila malam menjengah.. kekhuatiran mula bersarang.. malahan waktu makan malam memilih utk minum kopi O sebagai bekalan berjaga malam utk melayan baby sewaktu seisi rumah yang lain enak dibuai mimpi...
Menyusukan bayi 2 jam sekali selama 20 minit ke sejam sekali susuan mengikut mood baby, dodoian selama 20-40 minit, baby tidur nyenyak utk 1 jam dan bangun semula utk penyusuan berikutnya.... proses yg berulang 24 jam tanpa henti.... semua itu cukup meletihkan... kebanyakan ibu hanya menyimpan atau memendam perasaan di dalam hati (saya suka ayat menjeruk rasa) kerana khuatir dengan stigma "ibu yg baik tak sepatutnya merungut"...
Saya bersyukur mempunyai keluarga yg supportive... Maka, wahai para suami, ibu/ibu mertua/ saudara yang menjaga ibu berpantang malahan rakan dan jiran yang berdekatan.. bantulah dengan memberikan sokongan pada ibu-ibu ini terutama dalam aspek emosi dan psikologi yg selalunya terlepas pandang. Emosi yg tidak stabil inilah yg dapat mendorong kepada perbuatan tidak rasional seperti mencederakan diri sendiri malahan lebih buruk lagi mencederakan bayi juga....
(Nota kaki: menaip sambil mendodoikan bayi dlm bouncer setelah sejam mendodoikan sambil berdiri dan sejam menyusukan...)

Wordless Wednesday #28

Assalamualaikum...
I'm always luck coz i'm different.
And its make me who i am now..
I'll never regret the decision i make coz i know the drill..

Tuesday, November 24, 2015

Murder, Take One aka The Big Scene (2005)

Poster yang Ohsem..

Assalamualaikum..
Filem ini bermula dengan kematian seorang perempuan di sebuah hotel.
Pembunuhan itu dilakukan oleh siapa sebenarnya..
Adik??
Anak kepada kekasihnya??
Ataupun.. ???
Bertambah menyusahkan penyiasatan apabila segala soal siasat dan juga pencarian bahan bukti dirakam dan disiarkan seolah-olah rancangan realiti tv. menambah kerumitan bila pawang pula dipanggil untuk menyeru roh si mati..
Penyiasat menjadi sangat runsing dan stress. Masa semakin suntuk.
Namun kesudahan penyiasatan bukanlah seperti yang dijangka.
Kebenaran yang tersembunyi akhirnya terbongkar.

Menarik tau filem ini tambahan pula watak utama dilakonkan oleh Cha Seung-won.
Pelakon yang sangat bagus pada Sha..
Cerita penyiasatan dan pembunuhan.
Ohsem giler..

Bapa wajib beri nafkah walaupun sudah bercerai

Oleh : Mohamad Isa Abd Ralip
Kolum : Peguam Syarie Menulis
Tarikh : 19 Mac 2008
Sumber : Berita Harian

APABILA sesuatu kes perceraian selesai dibicarakan di Mahkamah Syariah, ia selalunya membawa kepada tuntutan seterusnya iaitu nafkah untuk anak sama ada masih bayi atau sudah bersekolah oleh bekas isteri dan ini merupakan satu fenomena biasa. Apatah lagi dalam banyak kes, selalunya anak akan tinggal bersama ibu atau keluarga sebelah ibu sedangkan nafkah yang diperlukan datangnya daripada sebelah bapa. Bukan sedikit bapa yang lari dan cuai dalam menjaga kebajikan anak dengan baik selepas berlaku perceraian.

Dalam Islam adalah menjadi kewajipan bapa untuk menyediakan nafkah bagi anaknya sebagaimana wajib ke atasnya menyediakan nafkah terhadap isterinya. Fuqaha bersepakat jika bapa masih hidup dan ada kemudahan kewangan serta berkemampuan berusaha dan bekerja, maka wajib atasnya membiayai nafkah anak tanpa berkongsi dengan sesiapa.

Allah berfirman yang bermaksud: "Dan ibu-ibu hendaklah menyusukan anak-anak mereka selama dua tahun genap, iaitu bagi orang yang hendak menyempurnakan penyusuan itu; dan kewajipan ke atas bapa pula ialah memberi makan dan pakaian kepada ibu itu menurut cara yang sepatutnya." (Surah Al-Baqarah, ayat 233)

Manakala dalam hadis Rasulullah SAW yang diriwayatkan daripada Aishah katanya: "Hindun Binti Utbah berkata: Wahai Rasulullah, Abu Sufyan adalah seorang lelaki yang bakhil dan tidak pernah memberikan aku harta yang mencukupi untuk aku dan anak aku melainkan harta yang aku ambil tanpa pengetahuannya. Lalu Rasulullah SAW bersabda: Ambillah (harta Abu Sufyan) apa yang mencukupi untuk kamu dan anak-anak kamu dengan baik."

Berdasarkan hadis itu jelas nafkah anak tetap menjadi kewajipan bagi seorang bapa walau dalam apa juga keadaan sekali pun. Dan jika bapa tidak memberi nafkah, maka ibu boleh mengambil harta bapa sekadar yang mencukupi bagi menampung perbelanjaan anak itu.

Dalam kitab Fiqh al-Manhaj, terjemahan kitab feqah Mazhab Syafie, bab nafkah, ada menyatakan kewajipan memberi nafkah terhadap anak adalah berdasarkan kepada syarat nafkah usul (ayah, datuk) kepada furuk' (anak, cucu). Usul dimaksudkan dengan bapa dan datuk (usul keturunan) yang wajib memberi nafkah kepada anaknya dan cucunya hingga ke bawah (furu' keturunan).

Oleh itu, bapa adalah orang yang bertanggungjawab membiayai nafkah seseorang anak sama ada anak itu lelaki atau perempuan. Jika anak itu tidak mempunyai bapa, maka datuk iaitu ayah kepada bapa wajib mengambil tanggungjawab berkenaan. Begitulah seterusnya berdasarkan hubungan usul yang terdekat dengan furu'.

Selanjutnya, firman Allah yang bermaksud: "Kemudian jika mereka menyusukan anak untuk kamu, maka berikanlah kepada mereka upahnya." (Surah At-Talaq, ayat 6) Ayat itu menjelaskan mengenai kewajipan bapa membayar upah menyusukan anaknya. Ini bermakna kewajipan memberi nafkah kepada anak lebih utama untuk dilaksanakan oleh bapa. Ibu tidak dibebankan dengan tanggung jawab itu tetapi apa yang diberikan jika ada dianggap pemberian sumbangan bagi membantu suami.

Justeru, apabila seorang bapa mempunyai harta kekayaan, wajib ke atasnya membiayai nafkah anaknya dengan hartanya. Jika ia tidak mempunyai harta tapi mampu membuat kerja, wajib ke atasnya berusaha mencari kerja yang membolehkannya membiayai nafkah anaknya. Dengan itu bapa yang menganggur dan mengharapkan ibu membayar keperluan anak adalah lelaki yang tidak amanah dan berdosa mengabaikan tanggung jawabnya.

Bahkan, dalam kitab Fiqh al-Manhaj menjelaskan kewajipan memberi nafkah seorang bapa terhadap anaknya dan begitulah sebaliknya tidak akan terjejas sekali pun mereka adalah berlainan agama.
Enakmen Undang-undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003 di bawah Seksyen 74 secara khusus memberi kuasa kepada Mahkamah Syariah untuk mendengar dan memutuskan kes itu berdasarkan peruntukan berikut:
• Mahkamah boleh pada bila-bila masa memerintahkan seorang lelaki membayar nafkah untuk faedah mana-mana anaknya:
• Jika dia telah enggan atau cuai mengadakan peruntukan dengan munasabah bagi anaknya itu;
• Jika dia telah meninggalkan langsung isterinya dan anaknya itu adalah dalam jagaan isterinya;
• Dalam mana menanti keputusan sesuatu prosiding hal ehwal suami isteri
• Apabila membuat atau selepas daripada membuat suatu perintah meletakkan anak itu dalam jagaan seseorang lain;
• Apabila memberi kebenaran kepada lelaki itu untuk berpoligami di bawah seksyen 23.


Oleh demikian, seorang bapa beragama Islam tetap wajib memberikan nafkah terhadap anaknya walaupun si anak bukan beragama Islam dan dalam keadaan tertentu seperti bapa sudah uzur, anak yang beragama Islam wajib pula memberikan nafkah terhadap bapanya walaupun tidak beragama Islam.

Dalil harus memberikan nafkah kepada usul walaupun bukan Islam (musyrik) ialah berdasarkan hadis diriwayatkan Asma' Binti Abu Bakar katanya: "Ibuku datang menemuiku dan dia masih lagi tidak memeluk Islam (musyrik).

Ketika itu perjanjian damai di antara orang Islam dan kafir Quraisy telah termeterai (masa di antara perjanjian Hudaibiah dan Pembukaan Makkah). Aku meminta fatwa daripada Rasulullah SAW: Wahai Rasulullah, ibuku datang sedangkan dia membenci Islam. Adakah aku perlu menghubungkan silaturahim dengannya. Rasulullah SAW bersabda: Lakukanlah."

Kesimpulannya, walau apa juga keadaan sekalipun, seorang bapa tetap berkewajipan menunaikan tanggungjawab terhadap anaknya. Ia adalah satu kewajipan yang dibebankan kepada bapa dan tidak boleh dipindahkan kepada orang lain untuk menanggung nafkah anak melainkan bapa tidak ada atau tidak mampu barulah kewajipan itu berpindah kepada datuk dan saudara lelaki sebelah bapa.

Monday, November 23, 2015

Big Bad Wolf Books Kembali Lagi

Assalamualaikum...
 Big Bad Wolf Books Kembali Lagi
 
 
Event: The Big Bad Wolf Book Sale 2015
Date: 4 - 14 December 2015
Time: 7.00 am (4 Dec 15) - 12.00 mid night (14 Dec 15)
Venue: Mines Convention Center (MIECC)
 
 
Kenapa Kena Pergi??
Sebab
 75% - 95% Discounts!!!!
 
Jadi.. Jangan lupa kumpul duit untuk shopping buku ye kengkawan.. jom pergi ramai-ramai..
 
Maklumat lanjut dan Preview boleh check it out
dekat FB Big Bad Wolf
dan Website Big Bad Wolf 

Ayam Golek Black Peper Slim River

Assalamualaikum..
Ayam golek yang ohsem..
Harga Seekor RM20.00
Sebelah RM10.00
Sha dah beli dua kali..
Memang sedap and recommended.. Kuah cicah dia pun sedap..
Tapi sha x berape suka sebab x boleh makan pedas.. Hehehe..
Makan macam tu sahaja pun best..
Makan dengan nasi pun sedap..
Mengikut kata makcik yang memotong ayam tu, Kuah tu dia buat guna cili hijau.
Sebab tu kuah cicah tu warna hijau.. Hehehe..
Ramah makcik tu..
Seawal pukul 11.00 pagi dah boleh dapatkan ayam golek makcik ini.

Kepada yang berminat..
Kedudukan kedai ayam golek ini berhadapan dengan simpang masuk Petronas Slim River.
Berdekatan dengan sekolah.
Tepi Jalan jer..
 
Siapa-siapa yang nak order boleh hubungi
019-5050171(Ismail)
 
Ayam Golek Black Pepper Yang Ohsem dan marvelous.. 

Apendiks dan Adhesion Colic

Assalamualaikum..

Semalam sha telah pun share mengenai apendiks kan. Hari ini sha nak share mengenai kesan selepas pembedahan apendiks. Tapi kesan ini tidak semestinya berlaku, bergantung pada proses pemulihan selepas pembedahan juga ye.

Sha masih mengalami simptom sakit perut yg sama seperti sakit apendik dua tahun lepas... Sakit yang berulang-ulang selang 10-15 minit di sebelah kanan, loya, cirit birit, tak selera makan dan tak boleh tegakkan badan... Perut rasa memulas-mulas.. Mungkin kah apendiks boleh ada lagi? Selalunya sakit ini akan terjadi sekali sekala. Pada mulanya sha abaikan sahaja. Kemudian bila penyakit nie makin kerap pula menyerang, maka sha dapatkan rawatan di klinik dan juga hospital. Siap amik injection pain killer lah.

Mengikut kata doktor, sha mengalami masalah usus melekat-lekat yang dinamakan adhesion colic. Kurangkan makanan berangin seperti kentang, ubi, keledek dan minuman bergas.

Selagi belum berada ditahap bahaya, maka tiada rawatan yang boleh dijalankan. Bahaya disini ialah sekiranya sha sudah tidak boleh buang air besar, melepaskan gas (Kentut) 

'Adhesion colic' ialah keadaan dimana usus-usus melekat antara satu sama lain akibat daripada pembedahan. Dalam proses penyembuhan yang normal, parut dibentuk untuk menyambungkan bahagian tisu yang terluka. Parut ini dibentuk dari tisu fibrous. Ia tidak bersifat elastik seperti tisu usus. Maka secara tak langsung ia akan mengganggu fungsi usus itu sendiri. Bahagian yang dipulihkan sebagai parut tidak boleh mengembang ketika makanan bergerak melaluinya. Jika pembentukan parut keterlaluan, ini akan menyebabkan usus itu mengecil atau mencekik. Makanan dan gas yang tidak bergerak akan mengembang dan menyebabkan kesakitan. Abdomen akan menjadi kembung dan menyebabkan muntah dan pesakit tidak boleh kentut.

Kebanyakkan kesakitan adhesion colic berlangsung tidak lama.. Namun adakalanya ia akan berlarutan agak lama sehingga menyebabkan pesakit lemah dan tidak berdaya. Sekiranya kesakitan berlarutan terlalu lama sila dapatkan rawatan di hospital yang berdekatan..

Sunday, November 22, 2015

A Hard Day (2014)


Assalamualaikum..
Drama ini bermula dengan babak pelanggaran sebuah kereta dan seorang lelaki.
Kerana pelanggaran yang tidak sengaja maka bermulalah kesusahan yang tidak terduga dalm hidup seorang detektif.
Sepatutnya sebagai seorang polis, kemalangan tu harus dilaporkan.
Malangnya kerana tidak boleh berfikir dengan waras, kemalangan dirahsiakan.
Kebetulan pula lelaki yang mati tu adalah penjenayah yang dikehendaki maka bertambh rumitlah keadaan.
Keadaan menjadi semakin complicated bila ugutan pula berlaku..
Siapakah sebenarnya lelaki yang terbunuh tu?
Betul ke polis tu yang membunuh?
Perlumbaan mendedahkan kebenaran pun berlaku. Konspirasi demi konspirasi..
Siapakah juara??
Pengakhirannya sangat menarik.. Seriously ohsem.. Kesusahan yang melanda rupanya memberi pulangan yang sungguh lumayan dan berbaloi.

Apendiks

Assalamualaikum..
Sekadar ingin berkongsi dengan pembaca semua. Sha memang pernah kena penyakit apendiks ni. Pernah doktor marahkan sha kerana menyangkakan sha main-main sakit perut. Sakit apendiks ini akan datang dan pergi. Macam biskut chipsmore.. Kejap sakit.. Kejap lagi x sakit. Sha dah pun buat operation buang apendiks ni. Operation tu berlaku lebih kurang tahun 2001 ke 2002 camtu. Sekejap je kat dewan bedah. Masuk pukul 7mlm, keluar pukul 8 lebih. Pengalaman sungguh. Masa sha operate tu dia just gam je kesan operate tu. So bila gelak or batu memag terasa kesan tu cam terbuka. Seminggu gak la sha berpantang.. Lepastu back to normal.

Apa itu Apendiks? 
Apendiks adalah lebihan pada usus perut. Sekiranya berlaku jangkitan ia boleh menyakitkan. Apendisitis yang teruk boleh menyebabkan apendiks pecah dengan pembentukan nanah di dalam rerongga abdomen atau peritonitis (jangkitan rerongga abdomen)
 
Disini saya kongsikan 9 simptom radang appendik atau simptom sakit perut yang luar biasa: 
  1. Peringkat awal. Tanda awal yang biasa berlaku ialah bila kita mula rasa sakit dari bahagian pusat dan kemudian melarat ke bahagian bawah abdomen/perut. Posisinya lebih kurang kalau kita letak tapak tangan kita di bawah hujung tulang rusuk kanan. Kat situlah yang kita akan rasa berdenyut-denyut. 
  2.  Jika radang merebak ke tisu sekitar, rasa sakit bawah perut akan rasa lebih kuat dan mungkin semakin teruk. Rasa sakitnya tidak konsisten tapi rasa berdenyut tu memang berulang-ulang.
  3. Loya dan muntah-muntah. Ramai yang sangka mungkin salah makan atau keracunan makanan. Maka, ubat tahan muntah dan loya menjadi pilihan ramai doktor. Ini pentingnya kita tahu gabungan gejala dan tanda sakit perut yang luar biasa. 
  4. Hilang selera makan. Bila dah selalu muntah dan rasa loya, mana mungkin nak makan dengan berselerakan? Jadi, kalau kita sakit perut lebih dari 3 hari, selera makan pun hilang, eloklah segera ke klinik atau hospital berdekatan untuk pemeriksaan rapi.
  5. Cirit-birit. Ini antara gejala awal berlaku radang appendik. Ianya tidaklah lama sebab perut kita tidak terlalu padat dengan makanan. Maka, air besar juga kelihatan sedikit luar biasa. Penting untuk tahu, mana yang biasa dan luar biasa! 
  6. Sembelit. Ada sesetengah pesakit appendik rasa susah nak buang air besar.
  7. Sukar kentut. Ini antara tanda/gejala penting sakit perut atau radang appendik. Memang amat susah untuk buang angin bila seseorang tu appendiknya sudah bengkak. Jadi, jangan marah kalau insan tersayang anda kentut. Itu tandanya dia sihat! 
  8.  Bengkak pada abdomen/perut. Memang tak berapa nampak sebenarnya, tapi kalau betul-betul appendik kita bengkak (di dalam perut), memang akan boleh dilihat jika kita berbaring. Akan nampak sedikit bengkakan di sekitar bawah perut kanan. Biasanya kalau ditekan, memang terasa sakit dan tak selesa. 
  9. Demam. Ini soalan nombor 1 yang doktor akan tanya dan biasanya kita yang sakit perut tak demampun. Jadi, kalau ada rasa badan panas sedikit (lebih 37 degree), pastikan kita maklumkan pada doktor. 
  10. Kedudukan lutut. Bagi pesakit ini, bila ditarik kedua lutut ke arah dada, rasa sakit perut tu akan berkurang dan lebih selesa.

Apakah gejalanya?
Secara klasik, kesakitan bermula sebagai kejang di bahagian tengah abdomen dan dengan peredaran masa, bergerak ke bahagian kanan. Demam, sejuk, ,menggigil, kelihangan selera makan, muntah-muntah dan kadang-kala diikuti dengan ceret beret. Ia boleh berlaku pada sebarang usia tetapi ia paling lazim di antara usia 10 dan 30 tahun.Walau bagaimanapun, pesakit di bawah usia 5 tahun dan melebihi 50 tahun mungkin mengalami gejala yang berbeza daripada penerangan di atas. Ini mungkin membawa masalah kepada diagnosis.

FAKTOR PENYEBAB Antara sebab terjadinya radang appendik masih tidak jelas. Namun ianya mungkin disebabkan oleh : sisa-sisa makanan atau najis yang tersumbat di rongga dinding usus dan appendik jangkitan virus pada sistem pencernaan ataupun radang-radang yang lain . Pada kedua-dua kes ,ia akan mengakibatkan appendik menjadi radang dan bernanah.Jika tiada rawatan diambil, kemungkinan untuk appendik pecah boleh berlaku.

Copy the BEST Traders and Make Money : http://bit.ly/fxzulu
FAKTOR PENYEBAB Antara sebab terjadinya radang appendik masih tidak jelas. Namun ianya mungkin disebabkan oleh : sisa-sisa makanan atau najis yang tersumbat di rongga dinding usus dan appendik jangkitan virus pada sistem pencernaan ataupun radang-radang yang lain . Pada kedua-dua kes ,ia akan mengakibatkan appendik menjadi radang dan bernanah.Jika tiada rawatan diambil, kemungkinan untuk appendik pecah boleh berlaku.

Copy the BEST Traders and Make Money : http://bit.ly/fxzulu
FAKTOR PENYEBAB Antara sebab terjadinya radang appendik masih tidak jelas. Namun ianya mungkin disebabkan oleh : sisa-sisa makanan atau najis yang tersumbat di rongga dinding usus dan appendik jangkitan virus pada sistem pencernaan ataupun radang-radang yang lain . Pada kedua-dua kes ,ia akan mengakibatkan appendik menjadi radang dan bernanah.Jika tiada rawatan diambil, kemungkinan untuk appendik pecah boleh berlaku.

Copy the BEST Traders and Make Money : http://bit.ly/fxzulu

Saturday, November 21, 2015

Skipping dan Kesihatan

Assalamualaikum..
Senaman tu penting sebenarnya dalam kehidupan kita..
Namun kemalasan dan sikap suka bertangguh selalu menjadi penghalang..
Cewah.. cewah.. macam pakar motivasi la pula..
Mulai hari ini (14.11.2015) Sha kena bina semangat balik untuk bersenam..
Badan dah makin malas dan berat.
En. Suami kata senang penyakit datang bertandang..
Tali skipping ini belinya dah lama, hari ini baru nak berskipping..
Skill dah hilang.. huhuhu.. sedihnya..

Dulu sha lah juara skipping siap boleh skipping ke belakang..
Kena dapatkan balij momentum.. kena bagi badan rungan semula..
Yakin boleh.. 

Nasihat sha pada kengkawan.. Walaupun 5 minit sehari, kita kena bersenam.. tak kisah lah apa pun.. Even menari poco-poco pun boleh.. Janji kita mahu bersenam.. Keluarkan peluh-peluh bagi badan rasa sihat..

Jom Bersenam..
Harapnya janganlah hangat-hangat tahi ayam je..
Kebaikan skipping..

 
Murah je.. x sampai 10 ringgit.. 

Bila Imani Menonton Filem Hindustan

Assalamualaikum..

Imani..
My second daughter.
Banyak akal dan kerenah ini..
Kalau menangis memang dasyat..
Tapi bila dengar je lagu hindustan mesti senyap..
Suka tengok filem hindustan sama nie..
hehehe..
Masa mengandungkan Imani, saya memang gemar dengar lagu hindustan..
X sangka pula Imani pun minat Hindustan..
tengoklah aksi dalam gambar di bawah..

 
Menonton Kuch Kuch Hota Hai 

Friday, November 20, 2015

Musim Hujan Datang Lagi

Assalamualaikum..
Nampaknya musim hujan tiba lagi, seperti biasa Malaysia yang beriklim khatulistiwa akan mengalami musim hujan di antara bulan november dan disember. Hujung tahun juga lebih dikenali sebagai musim banjir.

Kalau dekat Behrang yang memang kawasan tadahan hujan, fenomena hujan ini adalah perkara biasa. Kalau x hujan lama tu yang luar biasa. Cuma kekerapan hujan tu bertambah. Selalunya seminggu dua atau tiga kali tapi sekarang ini boleh dikatakan tiap-tiap petang hujan akan turun.

So untuk Sha yang memandu motor didalam kawasan poli, maka bila petang je sha akan bawa kereta supaya tidak kebasahan ditimpa hujan.. Malam-malam dekat Behrang ini, sejuk jer.. Hehehe.. Ohsem.. X payah pakai aircond.. Kalau on kipas pun dekat no 1 jer..

Bawah ini Sha share tips menghadapi musim Hujan ye..
  • Basuh baju menggunakan turbo supaya cepat kering. Kalau xde kena lah bawa gi dobi yang basuh terus kering dan lipat tu.. hehehe.. Jangan sesekali jemur baju didalam rumah sekiranya anda menggunakan pelembut fabrik, kerana ia boleh menyebabkan udara dalam rumah menjadi beracun. Kalau nak jemur dalam rumah, cukuplah menggunakan sabun sahaja ye.
  • Makan buah dengan banyak terutama sekali buah yang mengandungi vitamin C. Ini kerana vitamin C dapat memperkuatkan lagi sistem kekebalan tubuh kita.
  •  Sering-seringlah minum minuman yang panas seperti teh hijau, kopi, nescafe dan sebagainya agar suhu tubuh akan tetap panas dan dapat menghadapi cuaca sejuk di musim hujan.
  • Melakukan lebih banyak senaman di pagi hari atau petang seperti jogging, lari santai, berbasikal atau apa sahaja yang boleh mengeluarkan peluh. Supaya anda tetap kekal cergas.
  • Jangan lupa untuk minum air masak setiap pagi dan setiap hari. Minimum 8 gelas sehari, untuk musim hujan ini seeloknya anda tidak minum air sejuk/batu walaupun air masak.
  • Pastikan kelengkapan seperti payung, baju hujan sentiasa ada di dalam kenderaan anda.
  • Sentiasa pastikan mandi secepatnya selepas terkena hujan.
  • Makan sup panas sebagai menu di waktu malam. Apa sahaja sup yang dapat mengekalkan kehangatan badan anda.
  • Sentiasa bersedia menhadapi saat kecemasan.
Semoga tips-tips ini dapat membantu rakan-rakan.

Blogspot Buat Perangai

Assalamualaikum..
Saje nak buat luahan hati..
Bukan apa.. Bila Blogspot jadi gini, nak komen pun sakit hati..
Sebab kadang-kadang tu blogwalking guna hp jer..
Kalau guna komputer ok lah lagi..
Ntah kenapa 2,3 minggu nie bila komen banyak jer dia suruh sahkan dulu robot ke manusia..
Selalu tu ok jer.. Komen lah sampai lebam.. xde apa pun..
Tapi la nie.. komen jer banyak mulalah dia keluar..
Kadang tu siap suh varifikasikan gambar bagai...
WARGGGGGGHHHHHH sakit pulak hati kita awak...

Dia keluar cam gambar kat bawah ini..



Novel dan Krangkraf Mall

Assalamualaikum..
Hye semua..

Selepas sekian lama.. Kembali membeli novel secara online..
Gara-gara Sunan Cinta Nan Sakti..
Maka penjelajahan pun bermula..
Karangkraf Mall dituju..
Selalunya buku-buku RAM sha akan beli secara terus dengan FB RAMFC Store..
Tapi kali ini sha mencuba sumber lain pula.. Bukan apa, ada sebuah novel yang begitu menggamit hati sha untuk dimiliki.. Dah alang-alangkan.. tu yg beli sekali novel RAM..
Sekejap je bila membeli online nie..
pembelian dibuat pada hari rabu (11.11.2015)..
Jumaat (13.11.2015) pagi novel pun sampai..
Tak payah nak berpeluh-peluh ataupun berebut-rebut di kedai..
Sambil santai-santai dengan hp/tablet/pc je.. Ini semua gara-gara Karnival Karangkraf yang x dapat dikujungi..
Ohsem gila..
Sebelum membaca, kenalah balut dulu..
Barulah novel terjaga dan selamat..
Buku-buku yang sha beli ialah
1. Sunan Cinta Nan Sakti - Ramlee Awang Murshid
2. Jangan Percaya! - Syaida Ilmuna
3. Town Mall - Hasrudi Jawawi
Nantikan review mengenai novel-novel ini ye...

Drama China - The Injustice Stranger (2015)

Assalamualaikum..

Jom sembang drama bersiri yang tengah main di NTV7..
Menarik drama nie sebab ada misteri.. penyiasatan.. roh orang mati.. pastu pompuan sombong yang elegant.. Sha x tengok dari mula..
Ada termiss dan terskip..
Jadi xberape pastilah permulaannya macam mana..
Tapi yang pasti, pertengahannya memang menarik..
Watak utama memang ohsem..
Drama ini setiap hari isnin - khamis..
Jam 9.30mlm - 10.30mlm..
Pelakonnya pun best dan ohsem..
Drama ini baru je bermula pada 27 Oktober 2015..

Sha try juga search mengenai drama ini tapi x banyak sangat info..
Kalau ada pun dalam bahasa cina..
Sha x faham.. Cuma yang boleh sha cakap citer nie menarik..
Lakonan dibuat di Kuala Lumpur..
Drama cina tempatan Malaysia ye kengkawan..
Sha minta maaf sebab x jumpa la pulak nama-nama pelakon nie..
Jenuh dah cari.. Kalau ada yang tahu, sharelah kat sini ye..

 Poster yang Ohsem

 Pelakon-pelakon ohsem..


Thursday, November 19, 2015

Betul Ke Single tu Best?

Assalamualaikum..

Betul ke single tu best??

Meh Sha bagi sebab kenapa single tu Ohsem.. 

Antaranya

1. Nobody will get jealous if you spend all your time lepak-ing with your friends

2. You can eat all the smelly food you want with no judgment!

3. You're allowed to fantasise about your celebrity crush(es) without any guilt

19 Reasons Why Sometimes Being Single Is Actually The Best

 Sebab yang lain??? Klik je kat bawah ini..

19 Reasons Why Sometimes Being Single Is Actually The Best

Jom Share perkara lain yang selalu anda buat ketika anda masih, sedang atau pernah single..

Bila Perut Meragam

Assalamualaikum..
Saja nak berceloteh..
Lama sebenarnya sha x kena sakit nie..
Penyakit yang menghantui sha selepas dua tahun operation Appendix.
Penyakit usus bercantum ataupun melekat-lekat. Nama sainsnya Adhesion Colic.

Sha start kena penyakit nie dua tahun lepas operation appendix. Selalunya kena sekejap-sekejap je.. Kalau sakit nie datang bertamu, memang meleleh air mata dan muntah-muntah.. Setelah sekian lama, untuk first timenya sha kena sehari suntuk.. sakitnya bukanlah berterusan tapi datang dan pergi. Tapi satu hari tu memang x boleh nak makan.. sha berjaya makan roti canai telur je pada jam 8.15pg dan minum air extrajos anggur. Lepastu memang perut xleh terima apapun.. Even air masak.. tapi sha keep on minum air masak gak.

Tarikh 09.11.2015 menjadi kenangan tragis untuk sha yang sangat suka makan.. hehehe.. pagi 10.11.2015, gastrik yang jarang-jarang bertamu tetibe menjenguk.. Pedihnya.. Sungguhlah kita yang sihat nie selalunya akan lebih menghargai masa sihat bila ujian sakit mula menjenguk.

Sha sangat-sangat sukakan makanan bukan lah sebab sha nie Chubby or gemuk atau kuat makan ye.. sha bukannya makan bnyk pun tapi sha memang gemarkan makanan.. Sha sangat suka mencuba makanan-makanan baru dan tempat-tempat makan yang best. Cuma masa dan kewangan tidak mengizinkan..Satu lagi sha pegang "sementara sihat, baiklah makan.. esok-esok dah sakit, nak makan apa pun x boleh". Jadi pada kawan-kawan yang masih sihat hargailah masa sihat anda.

Sha pernah dapatkan rawatan untuk penyakit sha nie. Banyak klinik gak sha pergi termasuklah hospital. Kesemuanya memberikan jawapan yang sama. Selagi sha masih lagi boleh kentut dan berak maka keadaan sha tidaklah kritikal. Mereka hanya akan menjalankan operation sekiranya sha mempunyai simptom-simptom yang serius seperti tidak boleh kentut, tidak boleh berak. Jadinya kena sabar dan anggap nie kifarah penghapus dosa..

Ada kawan-kawan atau pembaca-pembaca yang mempunyai masalah yang sama seperti sha?? Meh kongsi kat sini..

Hobi - Koleksi & Jual Semula

Assalamualaikum..
Marilah mari..
Kita membaca..
Supaya kita menambah ilmu..
Ecece.. menyanyi lak..
Sebenarnya nak citer..
Hobi saya dari zaman sekolah, yang dulu kini dan selamanya ialah Membaca.
Kalau zaman sekolah dulu saya sangat meminati karya R.L.Stine dan saya punya seorang sahabat yang memang mempunyai koleksi novel BI yang sangat awesome. Dari beliau saya memperolehi bahan bacaan dan juga Perpustakaan Sekolah menjadi tempat wajib untuk saya melepak dan membaca.

Kemudian bila dah berkerja saya mula membeli novel, komik dan majalah. Kadang-kadang saya habiskan masa di Borders @ The Curve untuk membaca di saat kegawatan poket. Hehehe..
Saya dan bahan bacaan memang x boleh dipisahkan. Selepas berkahwin saya menjual semua majalah dan komik yang saya ada. Novel juga mengalami evolusi yang sama. Saya beli, baca dan jual semula.

Cuma kali ini saya ubah sedikit kepada beli, balut, baca dan jual semula.
Kenapa? Supaya bahan bacaan tersebut tahan lama dan kelihatan seperti baru. Tidak semua bahan bacaan saya jual semula. Ada yang saya simpan buat koleksi seperti bahan bacaan motivasi dan novel yang saya suka.

Kerja-kerja membalut bermula.

Baca dari atas ye
1. Black and Blue - Gena Showaltwer (RM15.00)
2. Bound by Night - Larissa Ione (RM15.00)
3. Gelap - Ariff Adly (RM15.00) SOLD
4. Patung - Muhammad Fatrim (RM15.00) SOLD
5. The Fallen Angel - Daniel Silva (RM15.00)
6. Overbite - Meg Cabot (RM15.00)
7. Bad Blood - Mark Sennen (RM15.00)
SOLD

Koleksi Peribadi Saya
1. Dracula vs Al-Fateh - Muhd. Nur Iman Ramli
2. Titisan Mahabbah - Diana Amir / Ibnu Rijal
3. Cerita Cinta Ahmad Ammar - disusun oleh Grup Penjejak Tamadun Dunia (GPTD)


Dari atas
1. Loves Parole
2. Two Hot! - Cara Summers
3 - 5. Set Tanya Huff (Nak beli satu-satu pun ok je.) (RM15.00)
6. Lover Enshrined - J. R. Ward (RM15.00)
7. Narcissus In Chains - Laurell K. Hamilton (RM15.00)
8. Going Too Far/The Old Girl Network (Omnibus Edition) - Catherine Alliott (RM20.00)
SOLD

Dari Atas
1. Jangan Sebut Namaku - NoorFadzillah (RM15.00) SOLD
2. Air Mata Siti Hajar - Nazihatul Hanan (RM15.00)
3. Venom Suria - Mazni Aznita (RM15.00) SOLD
4. Rindu Syahadah-Mu - Raihan Zaffya (RM15.00)
5. Bilik 616 - Zaifuzaman Ahmad (RM15.00) SOLD
6. A Discovery of Witches - Deborah Harkness (RM20.00)
7. Dia Jadi Saksi - Fareeda Qalisya (RM15.00)
8. Sebelum Nafas Terhenti - Juriah Ishak (RM15.00)
9. Antologi Jiwa Kacau - Elee Mardiana, Attokz Dikulgai, Lynn Dayana, Dhiya Zafira dan Salina Salleh (RM15.00)
10. Out of the Night - Robin T. Popp (RM10.00)
Sold

Dari atas ye..
1. Wedding Speech - Khaliza Khalid (RM15.00) SOLD
2. Nasi Lemak Ikan Pekasam - Ahmad Safarman (RM15.00)
3. Cinta Sambal Belacan - Junie Octovian (RM15.00)
4. Misteri Pembunuhan Sawako - Jiro Akagawa (RM10.00) SOLD
5. Pembunuhan di Universiti - Jiro Akagawa (RM10.00) SOLD
6. My Angel - Aizam Aiman (RM10.00)
SOLD

Boleh hubungi sha melalui :-
Email - shahida_lib@yahoo.com
Whatsapp / SMS / Weechat - 0192673703
(Tidak dibenarkan call ye)