Thursday, December 3, 2015

Koleksi Novel Seram Dan Misteri #3

Assalamualaikum..
Meneruskan kembali minat membaca..

17902048
Rengsa oleh Zharulnizam Shah Z.A
Ulasan Saya : Rengsa membawa maksud tidak menyenangkan @ mengganggu. Novel ini menceritakan perjalanan hidup Budin setelah kematian ayah dan ibunya yang begitu misteri dan menakutkan. Budin yang disangkakan kurang siuman dan tidak cukup akal sebenarnya adalah sangat istimewa. Walaupun kehidupannya tidak cukup sempurna namun Budin sangat taat pada perintah Allah. Sedikit demi sedikit hijab terbuka mengenai kematian ibu dan ayahnya. Siapakah yang membunuh ibu dan ayahnya?? Siapakah lelaki berjubah putih yang selalu hadir dalam mimpi Budin? Semuanya akan terjawab selepas anda membaca novel ini..


Town Mall oleh Hasrudi Jawawi
Ulasan Saya : Ok.. Seriously seram.. Saat kau mula membaca novel Town Mall ini kau dah terasa keseramannya. Sedari awal kau akan dihidangkan dengan lauk keseraman yang boleh membuatkan bulu roma kau tegak.. Kau akan mula mengumpul klu dan tanda untuk lebih memahami cerita Town Mall ini. Cerita dia sebenarnya mengisahkan seorang perempuan yang mati dibunuh. Punyalah ramai yang tau pasal perempuan tu tapi mereka buat xtau je. Kerana sikap tak endah merekalah, tragedi demi tragedi berlaku.. Kematian demi kematian.. Keseraman nya terletak pada gangguan yang sangat extreme.. susah juga nak jangka yang mana manusia, yang mana makhluk tu..


Jangan Percaya! oleh Syaida Ilmuna
Ulasan Saya : Novel thriller yang sangat ohsem.. Watak Kay tu membuatkan kita rasa sangat stress, geram dan juga simpati. Manakala watak Belle pula menimbulkan perasaan marah yang sukar terungkap. Geram dengan tindakan melulunya serta simpati dengan perasaan penuh kasih sayang. Novel ini mengisahkan mengenai perempuan yang punya deria keenam, mampu melihat imbasan bahaya yang bakal berlaku dan juga kejadian hitam yang sudah berlaku. Namun begitu watak jahatnya agak kejam, sadis dan tragis. Membunuh tanpa belas kasihan. Punya masalah Borderline Personality disorder dan juga sangat meminati serangga sebagai makanan. Tunjang novel ini adalah Percaya.. Kerana kepercayaan yang dikhianati, macam-macam boleh terjadi. Mendapatkan semula kepercayaan juga bukannya mudah. Cantik diluaran tidak semestinya cantik didalam..

9 comments:

  1. Novel HJ best ke xpernah bc lg novel semua di atas ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Best Cik Ash.. trylah baca.. mesti terpikat..

      Delete
  2. Terima kasih atas komen awak untuk novel saya, Jangan Percaya! Sangat menghargainya :D

    ReplyDelete
  3. salam..saya dah baca dua buku di atas tu.. rengsa tu walapun novel berlatarkan kampung tapi seronok baca..kesian dgn si budin tu.. town mall pun seronok juga baca.. yg ke 3 blm lagi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nanti nana bacalah yang no 3 tu.. dia thriller psiko.. Best..

      Delete
  4. bestnya buku ni...agak psycho jalan ceritanya

    ReplyDelete

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..