Wednesday, December 2, 2015

She Was Pretty

Assalamualaikum..
Lama x sembang pasal drama Korea kan..
Drama ni baru je habis siarannya..
Barulah sha boleh nengok dengan aman tanpa perlu menanti episod seterusnya..
Drama romantik komedi dan berlatarbelakangkan suasana pejabat berkaitan majalah.
Drama ini 16 episod sahaja. dilakonkan oleh Hwang Jung-eum as Kim Hye-jin, Park Seo-joon as Ji Sung-joon, Go Joon-hee as Min Ha-ri dan Choi Siwon as Kim Shin-hyuk.

Memang menarik sebabkan watak Siwon (Super Junior) yang gila-gila dan sangat selumber..
Drama ini ohsem sebab jalan cerita dan juga pelakon yang hebat.

Drama ini mengisahkan Hye-jin yang sangat cantik pada zaman kanak-kanak namun menjadi biasa sahaja setelah dewasa. Hye-jin juga sangat baik dan sentiasa menyayangi orang di sekelilingnya. Disebabkan wajah yang biasa dan tidak mempunyai perkerjaan, Hye-jin membuat keputusan untuk menyuruh sahabat baiknya Ha-ri menyamar jadi dirinya dan bertemu cinta pertamanya iaitu Sung-joon. Namun takdir menemukan Sung-joon dan Hye-jin di sebuah syarikat penerbitan majalah. Maka bermulalah babak-babak lucu dan tragis antara mereka. Drama ini menjadi sangat menarik kerana keakraban diantara Hye-jin dan Ha-ri mampu membuatkan kita menitiskan air mata. Drama yang sangat indah dan juga cantik. Banyak nilai murni yang boleh kita belajar dari drama ini.

Nila-nilai murni yang ada dalam drama ini:-
1. Persahabatan tidak akan terputus hanya kerana seorang lelaki.
2. Persahabatan juga tidak mengenal batas kecantikan dan kekayaan.
3. Lelaki dan perempuan juga boleh bersahabat dengan batas tertentu.
4. Kita perlu sentiasa bersikap memaafkan dan berhati besar.
5. Kecantikkan yang sebenarnya terletak pada keyakinan kita.
6. Buatlah sesuatu yang kita suka dengan sepenuh hati.



2 comments:

  1. baru habis marathon citer ni..mmg best..dan lelaki perempuan x semestinya menjadi lovers.. boleh je menjadi sahabat akrab dengan memahami batas2 dlm perhubungan.

    ReplyDelete

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..