Thursday, September 7, 2017

Daging Black Paper versi Sha

Assalamualaikum..
Hye semua..

Lama sebenarnya tak dapat daging korban..
Alhamdulillah, tahun ini dapat sebungkus..
Kami berdua je yang makan..
So bolehlah 3 kali masak..
Masakan Sha yang pertama dengan daging korban ini ialah Black Paper..
Masakan yang ringkas dan mudah..

Daging Black Paper versi Sha
Bahan-bahannya
Daging di potong nipis
Bawang merah
Bawang putih
Lada hitam serbuk dan biji
Sos kicap pedas Agromas

Cara Memasak
Daging diperap dengan sos kicap pedas AgroMas dan lada hitam serbuk..
Perap lebih kurang sejam sebelum masak..
Bawang merah, bawang putih dan lada hitam biji ditumbuk..
Tumis bahan tumbuk sehingga naik bau..
Masukkan daging yang diperap..
Biar atas dapur sehingga masak..
Sudah siap..

Boleh makan bersama nasi atau macam tu sahaja..

Daging yang dah siap dipotong dan dibasuh..
Sos pedas berkicap AgroMas

Daging yang diperap bersama sos pedas berkicap AgroMas dan serbuk lada hitam..

Bawang merah, bawang putih dan lada hitam ditumbuk..

Bahan tumbuk tadi ditumis hingga naik bau..

Masukkan daging yang dah diperap..

Daging black pepper dah siap..

Tips tambahan dari encik suami, kalau nak sedap lagi.. Masa perap tu bubuh gula sikit..

11 comments:

  1. Kena daging fresh pulak, memanglah sedap.
    Tip tambahan kalau nak lebih sedap, makan tengah benar2 lapar.

    ReplyDelete
  2. wow... sedapnya daging black paper... rajin sha masak...

    ReplyDelete
  3. serius sedap ni kak shaaa. makan dgn nasi panas2.

    ReplyDelete
  4. Hana buat daging masak merah dengan daging korban tu, teringin nak buat beef bulgogi pula lepas ni tapi bahan tak cukup :( beli bahan esok kot

    ReplyDelete
  5. sedapnya daging black paper lama tak buat

    ReplyDelete
  6. rajinnye sha masak.. lea x dayoooo dah oiiii..

    ReplyDelete
  7. Sedapnya masakan yang akak buat tue..

    ReplyDelete
  8. sedap.....MV pun suka perap dulu daging

    ReplyDelete
  9. aida suka. but buh skit je black pepper.
    sebab nanti takut anak2 panas perut, sha.
    especially ijat :)

    ReplyDelete

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..