Hye semua..
Sha ingatkan buku ini tak ada dekat Perpustakaan tempat Sha kerja..
Kebetulan ada pensyarah suruh carikan..
Sementara menunggu pensyarah tu ambil untuk pinjam, Sha baca dulu..
Bukunya nipis sahaja.. Tak tebal..
Memang menarik sangat Jibam oleh Ujang ini..
Menyentuh perasaan dan memberikan rasa yang berbeza..
Sesuatu sangat bila baca novel ini..
Novel yang ringkas dan penuh pengajaran..
Baca dan selesai pada 15.11.2017
Baca dan selesai pada 15.11.2017
Sinopsis : Jibam
tidak pernah menyesali nasib. Jibam juga tidak pernah mempersoalkan takdir. Biar sepanjang hayat akan disulam air mata darah, namun sekalipun Jibam tidak akan pernah menyesal kerana dia adalah wira di medan derita. Cuma kadangkala kehadiran Jibam
mengganggu dan mengetuk pintu kerohanian. Membawa bahasa-bahasa Tuhan
untuk mereka yang lalai daripada tafsir harfiah kitab-kitab suci. Maka
pertempuran nafsu menjadi bertambah sengit hingga mengorbankan Suman si sufi yang tersembunyi. Namun siapa jua yang kasih kepada Jibam akan menemui rahsianya... kerana Jibam bersuara di dalam asyiknya -
' Kalau kau menjadi aku, aku yakin kau mengerti '
' Kalau kau menjadi aku, aku yakin kau mengerti '
Sayang sangat sebab ujang kena aniaya dengan syarikat lamanya
ReplyDeletekalau tidak mesti banyak karya ujang yang ada dalam judul naskhah
Betul tu sis.. Kesian pada beliau..
Deletebaca sinopsis cerita Jibam nih macam best jak cerita dia..
ReplyDeleteMemang best.. Semua emosi adalah masa baca buku nie..
DeleteBest pula ana baca sinopsis buku ni sha. Nampak mcm buku lama ni ye.
ReplyDeleteMemang best Ana.. Yup.. Ini buku lama terbitan tahun 90an..
Deletemacam best nyaa cite ni. tapi cover buku nya kurang menarik. hahahah sy jadi xminat
ReplyDeleteKikiki.. Dont judge a book by its cover.. Serius, novel ini best..
DeleteBuku lama eh ni. Bertuah Sha boleh baca pelbagai buku. Hargai masa di library hari2 kan :)
ReplyDeleteHa a Siqah.. Buku lama.. Sha je baru baca.. Alhamdulillah.. Rezeki kerja dikelilingi buku..
DeleteMazni dah lama nak baca tapi cari cari tak jumpa
ReplyDelete