Friday, November 17, 2017

Majlis Anugerah Kecemerlangan Amani

Assalamualaikum..
Hye semua..

Khamis (16.11.2017) Amani suruh ke sekolah dia..
Dia terima hadiah sebab dapat markah seratus untuk subjek Jawi dan Arab..
Mak memang teruja kalau ada majlis apa pun yang berkaitan anak-anak..
Yelah zaman mak dulu, mak biasa-biasa ja.. Hehehe..

Teruja mak nyanyi lagu negeri Perak..
Lama tak nyanyi you..
Rindu pula zaman sekolah.. Hehehe..
Mengenang zaman sekolah pula maknya..
Sabar jelah.. Hehehe..

Ada persembahan, lepas itu ucapan dari guru besar dan perasmian oleh Dato Borhanuddin Bin Ramli (Pengarah Urusan Damini Corporation)..

Kemudian yang dinanti-nantikan.. 
Penyampaian hadiah.. 
Bermula dengan no 1-3 dari setiap darjah.. 
Lepastu barulah penyampaian untuk subjek yang cemerlang.. 
Mujur Amani darjah 1..
Cepatlah nama dia kena panggil.. 
Pukul 11.30pagi, majlis pun selesai.. 
Pelajar dibenarkan pulang awal.. 

Amani dapat Anugerah Kecemerlangan bagi subjek Jawi & Arab.. 

16 comments:

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..