Sunday, September 23, 2018

Antologi Seram & Thriller : Asrama oleh Asraf Shaari, Penatari Hitam , Rosnah Sutaman , M , Cik Sri Pagi , Al-Fakir Iallah , Rohani Din , Amer Nazrul , Rufaifa Abdullah, A.C. Jaffrie, Maira Huda, M. Rizal A. Razak, Pangrimau FA, Maynard James Adam, Affieyza Isahak, Rashid Salim

Assalamualaikum..
Hye semua..

Kali ini Sha baca genre seram balik.. Buku ini nipis je dengan 193 muka surat tapi ada 16 cerpen seram bertemakan Asrama.. Cerpen-cerpen ini dari 16 penulis berbeza.. Sha beli sebagai tanda sokongan kepada penulis bernama Cik Sri Pagi..

Antara tajuknya ialah Rangka, Hani, Penunggu Malam, Hantu Pari-pari, Ngeri, Kacau, Bongkar, Saka Leluhur, Makcik Karipap, Curiga, Malam Walpurgis, Bayangan Khilaf, Gadis Bertudung Putih, Zakuan dan Menyerupaiku..

Bila Sha baca buku ini, memang terasa keseramannya.. Setiap cerpen memberikan aura seram yang tersendiri.. Bukan sahaja aura seram tapi aura thrill juga.. Memang sangat menarik.. Buku yang menghimpunkan 16 cerpen dari 16 penulis ini berjaya Sha baca dalam tempoh 2 hari sahaja.. Lambat sebab buku ini tertinggal di ofis.. Baca diwaktu siang pun seram, bila malam bertambah-tambah keseramannya.. Memang bestlah.. Walaupun tak semua cerpen dalam ini best tapi tidak mencacatkan pembacaan Sha.. Sha masih seronok lagi membaca.. Cuma Sha memang tak berapa suka dengan design kulit buku ini.. Agak kurang menarik mata..

Secara peribadinya karya penulis bernama Cik Sri Pagi memang best.. Sha mengharapkan cerita ini lebih panjang dan terperinci kerana ceritanya lain dari yang lain.. Semoga beliau akan terus berkarya..

Sha baca pada 20.09.2018 dan tamat pada 21.09.2018..

5 comments:

  1. cerpen best bleh baca sejam je kan kalu buku2 cerpen gini kak sha ")

    ReplyDelete
  2. antologi mcm ni sesuai utk penulis yg br menjinakkan diri dlm bidang penulisan atau mahu terbitkan karya sendiri...

    ReplyDelete
  3. dulu-dulu verangan nak jadi penulis ... ahaksss

    ReplyDelete
  4. terbaik lah kaksha, demi seorang penulis sanggup beli satu novel. Nasib berbaloi :D

    ReplyDelete

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..