Saturday, September 22, 2018

Novel | Stigma (Dr. Iman #1) oleh Muharikah

Assalamualaikum..
Hye semua..

Kali ini kita tukar genre buku.. Sesuatu yang lain dari thriller ataupun seram.. Supaya pembaca blog tahu yang Sha juga turut baca genre lain..

Novel ini adik Sha yang punya.. Sha ke rumah dia weekand hari tu.. Bila nampak novel ini terus tertarik nak baca.. Layout dan sinopsis belakang sangat menarik perhatian.. Siap cari maksud Stigma tu tau.. Bila dah mula membaca terus nak habiskan pembacaan.. Tapi sebab dah lewatkan.. Tu yang sambung esoknya... Novel ini memang boleh buat pembaca terus menyelak ke helaian yang seterusnya.. Memang addicted..

Kupasan yang sangat menarik untuk isu Gay, Lesbian dan juga HiV.. Sekurang-kurangnya membantu manusia manusia yang judgemantel ini untuk memahami kenapa mereka-mereka ini jadi begini.. Punca dan usaha mereka terjebak.. Kepayahan untuk mereka berubah.. Sokongan dan dorongan dari orang sekeliling.. Sha sangat-sangat berterima kasih kepada penulis ini kerana menghasilkan buku yang ohsem ini..

"The struggle is real, but you can only change if you begin now."

Sha baca pada 18.09.2018 dan selesai pada 19.09.2018..

 

Stigma: Sifat atau sesuatu yang menjatuhkan maruah, kecelaan, keaiban. (Kamus Dewan, 2007)

Stigmatization adalah sikap merendahkan (mendiskreditkan/ menyebabkan orang hilang kepercayaan) terhadap seseorang atau kelompok yang memiliki atribut (ciri-ciri) tertentu sehingga menimbulkan pandangan buruk masyarakat.

Dalam konteks psikososial, stigma memiliki makna yang menggambarkan ciri negatif yang melekat pada seseorang, biasanya kerana faktor persekitaran atau perbuatan yang pernah dilakukannya sehingga individu tersebut dianggap jijik oleh orang ramai. Contoh: Seorang seorang bekas penyalahguna dadah, pekerja seks, atau ODHA.

Sha pinjam buku adik

Diterbitkan oleh Iman Publications

6 comments:

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..