Wednesday, December 12, 2018

100 Hari Mengenal Cinta oleh Syu Ariani

Assalamualaikum..
Hye semua..

Buku seterusnya untuk bulan Disember.. Koleksi Sha sendiri ini.. Berselang seli Sha membaca, lepas seram, Cinta.. Lepas tu seram balik.. Gigih ini nak susutkan jumlah buku yang perlu dibaca.. Hahaha..

Sha ada baca buku penulis yang sama bertajuk Aku Ada.. Aku Ada adalah buku kedua beliau.. Buku 100 Hari Mengenal Cinta ini pula buku pertama beliau.. Buku Aku Ada lebih pada seram cinta, 100 Hari Mengenal Cinta pula lebih tertumpu sepenuhnya pada genre cinta.. Buku ini pun Sha beli terus dengan penulis bersama satu lagi buku terbaru beliau bertajuk Anastasia.. Boleh tengok SINI..

Buku ini mengisahkan Airina yang dipermainkan oleh adik dan tunangnya.. Disaat lagi berapa hari sahaja majlis Airina akan berlangsung, satu kejadian tidak terduga berlaku.. Maka berkahwinlah Airina dengan Hazizul.. Perkahwinan yang pada mulanya diberi tempoh 100 hari untuk saling mengenali namun perasaan wujud antara mereka tanpa disedari.. Syida adik kepada Airina diburu rasa bersalah dan benci pada Airina, cuba untuk mengucar kacirkan hubungan Airina Hazizul.. Berjayakah Syida melaksanakan rancangan jahatnya akibat cemburu yang tak bermakna? Apakah kesudahan cerita cinta antara Airina dan Hazizul??

Buku yang menarik dan membawa tema percintaan lepas perkahwinan itu lebih bahagia dan halal dilalui bersama.. Penulis juga berjaya membawa tema kekeluargaan dan hubungan yang ikhlas pasti bahagia..

Sha baca pada 09.12.2018 dan selesai pada 10.12.2018

17 comments:

  1. Baca novel sambil makan lopes ya Sha...padu.

    ReplyDelete
  2. Laaa, novel ka 100 hari mengenal cinta tu? Sy ingat buku motivasi. Duk tgk cover ja d popular, x belek2 😂😂😂

    ReplyDelete
  3. sakit hati kalau kena main2 dgn org. sedih pulak sinopsis

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang sedih bila adik beradik sendiri yang aniaya kita..

      Delete
  4. Mata akak tertumpu kat kuih lopes 😆

    ReplyDelete
  5. terganggu pula nak baca bila mata asyik nak tengok kuih lopes tu..hihi

    ReplyDelete
  6. Kak Sha macam makanan yang lagi menyerlah dalam gambar tu😂

    ReplyDelete
  7. menarik buku ni, tapi kenapakah mata ni tertumpu pada kuih puteri mandi itew ....

    ReplyDelete
  8. sedihnya kalau beradik sendiri yang aniaya kita

    ReplyDelete
  9. sama macam drama.......... alaaa x igt laa pulak tajuk dia...

    ReplyDelete

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..