Tuesday, May 22, 2018

Aku Ada oleh Syu Ariani

Assalamualaikum..
Hye semua.. 

Novel yang ada dipasaran sekarang bukan lagi hanya tertumpu pada genre cinta semata-mata.. Sudah makin banyak pilihan yang boleh dipilih pembaca.. Macam novel yang Sha baca ini.. Walaupun temanya cinta, tapi bukanlah tipikal cerita cinta yang biasa.. Novel ini ada aksi, sedikit unsur seram dan juga pengorbanan.. 

Aku Ada mengisahkan tentang Lyssa yang normal dan biasa.. Pelajar kolej, ada kawan-kawan di sampingnya.. Namun semuanya berubah bila Lyssa terjatuh di Ledang.. Betul ke terjatuh? Sebab ingatan Lyssa pada kejadian tu tak ada.. Bukan itu sahaja, Lyssa juga lupa pada sesworang yang pernah ada disampingnya sebelum ini.. Secara tiba-tiba juga, Lyssa boleh mendengar suara-suara lain di sekelilingnya.. Kerana mendengar suara itulah, Lyssa terjumpa mayat didalam hutan.. Namun ayah dan kawannya Saf merahsiakan identiti mayat tu dari pengetahuan Lyssa dan mengurung Lyssa dari dunia luar.. 

Namun semuanya berubah bila Hafiy muncul didepan Lyssa.. Hanya Lyssa sahaja yang nampak Hafiy.. Rupa-rupanya ada rahsia yang tersembunyi.. Bukan sahaja ayah Lyssa tapi kawan Lyssa juga turut menyimpan rahsia.. Terbongkarnya identiti mayat yang dijumpai Lyssa sebelum ini membawa kepada penemuan mengenai 'dia'.. Siapa agaknya "dia"? Apa kaitan 'dia' dengan perkara yang berlaku dalam hidup Lyssa..? Siapa Hafiy sebenarnya? 

Seronok bila membaca cerita yang bukan tertumpu pada cinta semata-mata.. Malah watak heroinnya dibentuk untuk tidak mengalah dan lembik.. Satu usaha yang sangat bagus pada Sha.. 

Sha baca dan selesai pada 20.05.2018..

6 comments:

  1. mcm best ni. nanti boleh cari novel ni :)

    ReplyDelete
  2. Macam best je cerita ni Sha..

    ReplyDelete
  3. Menariknya novel ni. Lain daripada yang lain, buat Fatina nak membaca novel ni untuk tahu apa yg berlaku..

    Fatina Mudz

    ReplyDelete
  4. best ke Novel ni dah habis baca ke tak? he he he

    ReplyDelete
  5. best kannnn! Suka sangat bila Hafiy ada dengan Lyssa

    ReplyDelete

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..

Daisypath Anniversary tickers

Goodreads

Sha's bookshelf: read

Dia Trouble Maker
Bara
Pelukis Jalanan
Kelibat Setan
Mila’s Big Splash
Dheo's
Misi Budak Tahfiz
Puaka Jambatan
Saat Aku Berpaling
Cikgu Kelas Sebelah
Surihati Encik Pembunuh
Aneh
Kasyaf Ain
Jadikan Aku Yang Terakhir
Cik Isteri Dan Encik Suami
Projek Seram: TOYS
Lamaran Di Taman Nakajima
Pemburu
Misi Hero
Pinjam Sayap


Sha Mohamed's favorite books »

Review & Rating

Sha's bookshelf: read

Disergah Penunggu Pokok Ara
really liked it
Kali ini tok ketua dan Berahim telah terbuka hijabnya.. Memang lagi teruk lah terasa gangguan..
Dijenguk Hantu Penanggal
really liked it
Kelakar lah kali ini.. Hahaha.. Terbaiklah Christopher sebab erjaya elakkan gigitan penanggal tu.. Siap nak ditanduknya.. hahaha..

goodreads.com