Banja Manggala oleh Ramlee Awang Murshid - Kasihku Amani Imani

GURU

APDM SAPS

Tuesday, May 29, 2018

Banja Manggala oleh Ramlee Awang Murshid

Assalamualaikum..
Hye semua.. 

Lama juga baru Sha berjaya habiskan buku ini.. Kekangan masa dan mood membaca yang merudum.. Serta perasaan sayang unyuk habiskan pembacaan.. Faktor-faktor ini menyebabkan Sha mengambil masa yang lama untuk habiskan pembacaan.. 

Kisah yang disampaikan kali ini mengenai hubungan seorang manusia dan haiwan (serigala).. Fantasi, aksi, kasih sayang dan hubungan kemanusiaan.. Memang memberi pelbagai perasaan yang berbeza.. Debaran, cemas, teruja, insaf dan sedih.. 

Amar yang diselamatkan oleh askar Malaysia telah dibawa ke Malaysia dan dijadikan anak angkat.. Amar membesar di Malaysia.. Setelah dewasa, Amar kerap didatangi mimpi seolah-olah mimpi itu realiti.. Amar juga kerap didatangi serigala.. Setelah dibawa oleh ayah angkatnya untuk mendapat cerita sebenar setelah diselamatkan askar, Amar membuat keputusan untuk ke Bosnia.. Adik angkatnya turut ke Bosnia untuk membuat rancangan dokumentari.. Amar mula menyelusuri sejarah kehidupan lampaunya.. Berkenalan dengan kawanan serigala yang banyak membantunya.. Saat kebenaran terbongkar mengenai siapa sebenarnya Banja Manggala, Amar terpaksa mencari adiknya yang hilang diculik.. Keistimewaan yang ada dalam dirinya, digunakan sebaik mungkin oleh Amar.. Berjaya atau tak Amar menyelesaikan konflik Amar sebagai seorang Armel dan menyelamatkan adiknya, kenalah baca sendiri.. Tapi memang buku ini berbaloi dimiliki dan dibaca..

Baca pada 25.05.2018 dan selesai pada 28.05.2018.. 

5 comments:

  1. akak, saya dah beli buku ni. tapi tahan je dari bukak plastiknya. maklumlah, esaimen menimbun menanti huhuhuhu

    haish...tak sabar nak baca...

    ReplyDelete
  2. menarik, lain sungguh plot nya..

    ReplyDelete
  3. oklah tu kak lambat habis je haha kalau sha takdak mood terus takhabiskan :p :P

    ReplyDelete
  4. tak pernah lagi baca buku dari RAM.

    ReplyDelete
  5. manggala.. hurmm kisah serigala jadian.. Ada kaitan ngan sunan gak ke sha..

    ReplyDelete

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..
1. Tinggalkan komen dan saya akan cuba membalas komen anda..
2. Saya akan berusaha membalas kunjungan anda jika berkesempatan..
3. Komen yang baik2 sahaja ye..
4. Semoga ikatan ukhwah kita akan berterusan..
Terima kasih sekali lagi..