Assalamualaikum..
Hye semua..
Sebelum ini sha ada kongsikan pasal penggunaan PNM e-Reader, boleh baca di SINI.. Ini versi lama.. Yang Sha di sini adalah aplikasi yang telah ditambah baik.. Oh ya, sekiranya ada masalah dengan aplikasi atau pun tak boleh nak akses website elib boleh email ke info@e-sentral.com.. Mereka akan menjawab dan membantu setiap permasalahan dengan cepat..
Muat turun terlebih dahulu aplikasi PNM e-Reader di Google Play store..
Lepas dah install, bolehlah daftar.. Klik New User..
Masukkan butiran seperti yang diminta.. Anda kena ingat email dan juga password..
Selepas dah daftar, boleh sign in menggunakan email dan pasword yang didaftarkan tadi..
Untuk mulakan pembacaan, anda kenalah meminjam buku dahulu.. Klik tiga garisan disebelah perkataan Home..
Akan keluar menu seperti gambar diatas.. Klik pada perkataan Library..
Nanti akan keluar paparan macam gambar diatas.. Klik pada garis tiga yang macam Sha bulatkan dalam gambar tu...
Paparan diatas akan keluar dan anda perlu klik pada perkataan login..
Masukkan email dan password anda tadi..
Bila keluar paparan diatas, anda boleh mula mencari buku.. sama ada anda masukkan nama publisher, tajuk buku atau nama penulis.. Ataupun anda boleh je klik e-book list..
Paparan buku akan keluar seperti dalam gambar diatas.. Anda boleh klik perkataan Borrow untuk meminjam.. sekiranya perkataan yang keluar ialah Reserved, maksudnya buku itu sedang dipinjam.. sekiranya anda nak buku tu boleh klik perkataan reserved.. Bila dah available, PNM elib akan hantar email untuk anda mengatakan buku itu boleh dipinjam.. Nak patah balik klik arrow yang Sha bulatkan menggunakan warna kuning di bahagian atas tu..
Untuk melihat dan mula membaca buku yang dah dipinjam klik perkataan My Books..
Klik perkataan Borrowed..
Ini adalah buku-buku yang Sha pinjam..
Untuk mula membaca klik 3titik itu dan tekan perkataan About ataupun klik je gambar buku tu nanti dia apps tu akan mula memuat turun buku tu.. Tunggu sampai tanda right warna hijau tu keluar.. Anda sudah mula boleh membaca.. Mudah sahaja kan..
Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Reserved Book, boleh baca di SINI..
Makin canggih la. ... Awat tau zaman study dulu xpernah nk buka tau. .
ReplyDeleteKan.. mudah je sekarang nak membaca..
DeleteWow, senangnya ada apps. Nak install tapi tak boleh pi amek sebab skrg dah pindah Terengganu..huwaaa..
ReplyDeleteBoleh je install auni.. sebab yang ini ebook.. baca guna HP atau Tab je..
DeleteAlhamdulillah..mudah nak membaca sekarang nih, rasa seronok pula tengok penerangan sha nih, ada masa nak buat jugalah
ReplyDeletenmpk sgt zaman semakin maju.. bc buku bkn sesukar dahulu😊
ReplyDeleteSekarang pinjam melalui apps je sungguh mudah
ReplyDeleteWowww.. menarik la Sha.
ReplyDeleteAda apa-apa bayaran ke?
ReplyDelete