Saturday, December 15, 2018

PNM e-Reader Bermasalah

Assalamualaikum..
Hye semua..

Perasankan Sha dah lama tak kongsikan buku dari PNM e-Reader.. Kali terakhir buku yang berjaya Sha baca menggunakan PNM e-Reader ialah Semanis Tomato oleh Freesia pada 15 September 2018.. Lepas itu Sha langsung tak boleh nak login akaun PNM e-Reader Sha.. Asyik error je.. Bila call PNM, mereka suruh Sha email saja.. Lupa je nak buat sampailah pada 13.12.2018 Sha dapat email dari elib Admin mengatakan buku Imamku, Mr. Kimchi dah boleh Sha pinjam.. Terus muat turun balik aplikasi PNM e-Reader.. Masa tengah muat turun itulah Sha terperasan mengenai permasalahan lain yang dihadapi pengguna dan bagaimana mereka menyelesaikannya.. Cuma perlu emailkan permasalahan yang dihadapi ke info@e-sentral.com dan nanti mereka akan jawab.. Semuanya selesai dalam satu hari sahaja.. Memang terbaiklah perkhidmatan mereka.. sekarang dah boleh membaca semula menggunakan aplikasi PNM e-Reader..

Email ini berjaya membuatkan Sha memuat turun semula aplikasi PNM e-Reader..

Bila Sha sign in je jadi macam ini.. stress tau.. 

Antara masalah yang dihadapi pengguna..

2 comments:

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..