Friday, January 25, 2019

Penyeru oleh Resmanshah

Assalamualaikum..
Hye semua..

Novel yang mendebarkan jiwa raga.. kejap rasa mamat ini jahat.. Kejap rasa macam baik.. Bila dah separuh, barulah terserlah siapa punya angkara.. Namun perancangan yang kononnya demi menyelamatkan berakhir dengan musibah yang lebih besar.. Nyawa manusia menjadi murah dan mudah.. Peperangan yang cuba dielakkan akhirnya menjadi lebih buruk dari jangkaan.. Dapatkan Julianshah menghentikan peperangan dasyat itu? Kenapa hidup Julianshah yang kacau bilau..?

Sekali jadi penyeru memang susah nak berpatah balik.. Bila undang-undnag yang dicipta melampaui hukum Allah, memang huru haralah jadinya.. Kuasa dan duit menjadi keutamaan.. Mujurlah hati Julianshah bukan begitu.. Kerana hatinya jugalah dia digabungkan bersama Dewata.. Nampak macam seronok bila ada kuasa hebat tapi kuasa tu datangnya dengan tanggungjawab.. Sepatutnya mendekatkan kita dengan Allah sebaliknya pula yang berlaku.. Puas baca.. ketebalan, isi, aksi dan jalan cerita memang mantap.. Penulis masih berbisa..

Sha baca pada 23.01.2019..

Buku ini milik Sha.. selalunya Sha beli dengan penulis tapi kali ini Sha pra tempahan dengan Karangkraf Mall sebab penulis ini tak sihat..

Doakan penulis ini supaya diberikan kesihatan yang baik ye.. Aamiin..

8 comments:

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..