Saturday, January 26, 2019

Weekend Gateway ke Farm in the City

Assalamualaikum..
Hye semua..

Januari dah berlalu 3 minggu.. Macam mana dengan kerja?? Tak kan dah mula stress kot.. Jom rileks nak?? Entry kali ni saja Sha nak cerita tentang satu tempat yang korang boleh pergi untuk hilangkan stress bekerja pada hujung minggu.. Tempat ni terletak hanya 30 minit sahaja dari Pusat Bandar Kuala Lumpur sekiranya korang memandu kereta sendiri. Tempat yang aku nak kongsikan dengan korang ini merupakan tempat untuk korang-korang yang mencintai haiwan. Kalau korang bukan yang jenis teruja bila jumpa haiwan, mungkin tempat ini tak berapa sesuai untuk korang tapi masih lagi boleh dikunjungi sebab haiwan dia pelbagai dan dikelilingi pohon-pohon yang rendang.. Tempat ini juga bagus kalau korang nak bawa anak kecil sebab boleh pupuk perasaan cintakan haiwan dari kecil. Besar-besar nanti takde lah jadi macam orang yang takde hati perut menyeksa haiwan sesuka hati. Betulkan?


Farm in the City terletak di Jalan Prima Tropika Barat 1, Pusat Bandar Putra Permai, 43300 Seri Kembangan, Selangor. Tempat ini beroperasi seawal jam 10 pagi sehingga jam 6 petang pada hari bekerja iaitu Isnin sehingga Jumaat. Manakala pada hari minggu, Sabtu dan Ahad, tempat ini beroperasi seawal jam 9.30 pagi sehingga jam 6 petang. Farm in the City merupakan sebuah tempat yang korang boleh timba ilmu sambil meluangkan masa santai berinteraksi dengan haiwan-haiwan jinak di sini.


Antara slot-slot yang ada untuk korang belajar adalah
Mendengar ceramah tentang fakta-fakta, asal-usul dan cara penjagaan haiwan-haiwan di sana
Bengkel menjaga haiwan-haiwan di sana di mana korang boleh sentuh haiwan-haiwan tersebut sambil ditunjuk ajar oleh zoo keepers.
Melihat persembahan yang menampilkan kebijaksanaan haiwan-haiwan yang telah dilatih. 


Antara haiwan-haiwan yang terdapat di sini adalah pelbagai jenis burung, penyu, kuda berspesis kecil, rusa, iguana, pelbagai spesis ikan, arnab, itik, Guinea Pigs dan lain-lain lagi.

Untuk pengetahuan korang juga, Farm in the City ni adalah kawasan terbuka dan kebanyakkan tempat dia takde bumbung. Oleh itu sila bawa topi, kacamata hitam dan air minum sendiri untuk mengelakkan kekurangan air semasa berjalan-jalan dalam farm ni. Terdapat sebuah kafe dibahagian pintu masuk ke farm ini, so, bab makanan korang tak perlu risau. Korang boleh singgah dan menjamah di kafe tersebut. Tetapi, ramai juga yang dilihat membawa makanan dalam bekas dan berkelah santai di bawah pokok di dalam kawasan farm tersebut. Berkelah di sana adalah dibenarkan. Tetapi mestilah menjaga kebersihan dan membuang sampah di dalam tong yang disediakan. Terdapat juga kawasan di dalam farm yang tidak dibenarkan berkelah untuk tidak menarik perhatian haiwan-haiwan di dalam sana. Sentiasa bertanya kepada zoo keepers yang bertugas jika korang mempunyai sebarang kemusykilan.. Zoo keepers pasti membantu dengan senang hati..

Apa bezanya zoo dengan Farm in the City ini? Zoo Negara merupakan zoo rasmi dan terbesar di Semenanjung Malaysia manakalah Farm in the City ini merupakan mini zoo yang menempatkan haiwan-haiwan jinak. Berbanding dengan zoo, Farm in the City berkonsepkan lebih simple dan lebih open untuk anda berinteraksi bersama haiwan-hiawan jinak di sani. Zoo lebih ketat peraturannya kerana ia menempatkan segala jenis hidupan liar dan jinak. Oleh itu, bagi melancarkan dan menjaga keselamatan keseluruhan zoo tersebut, peraturannya lebih ketat. Bukan itu sahaja, zoo dikunjungi lebih ramai orang, oleh itu, zoo keepers di sana lebih sibuk dan tidak mungkin mampu melayan dan mengajar semua pengunjung-pengunjung. Manakala, Farm in the City ini lebih lapang dan tidak sibuk membuatkan pengunjung Farm in the City membina hubungan rapat bersama haiwan di sepanjang lawatan ke sana. Boleh la usha Farm in the City online booking sekarang.

Untuk dapatkan tiket, korang boleh search di internet dengan menaip Farm in the City. Survey dahulu kadar kemasukan agar anda tidak dikenakan cas yang melampau. Kalau ikut Sha, Sha lebih suka melakukan tempahan terus di link ini https://www.traveloka.com/en-my/activities. Kadar kemasukan adalah RM30 untuk orang dewasa dan RM25 untuk kanak-kanak di bawah umur 12 tahun. Kanak-kanak bawah 90cm tinggi akan menikmati kadar bayaran masuk percuma. Apa yang lagi menarik kalau korang bawa anak-anak korang adalah kerana kanak-kanak akan diberi "Sijil Kehadiran" pada akhir lawatan di sana. Bolehlah jadikan sijil itu sebgaai cenderahati..

12 comments:

  1. Farm in the City ni memang best. Sesuai sangat bawak anak mengenali haiwan. Haiwan kat sana pun jinak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu Kinah.. Boleh anak-anak kenali haiwan dengan lebih dekat..

      Delete
  2. Farm In The City ni area depan rumah je.. Leya duk area sini.. Tapi tu pun tak pergi lagi..haha

    ReplyDelete
  3. pegi sekali da bawak anak2 buah. aiyoo jenuh kepong depa ja.. x enjoy pun. hahaha nak kena pegi lagi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha.. bebudak memang teruja kalau gi sini..

      Delete
  4. Tak pernah lagi dengar tentang Farm in the City. Biasanya kalau nak tengok haiwan, mesti pergi ke zoo.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ini petting zoo Jannah.. kecil sikit dari Zoo biasa tu.. Haiwan jenis mesra..

      Delete
  5. aida lom gi.
    sebab mungkin aida tak brape mesra haiwan :) ha ha ha penakut!!!
    nanti nak suh adik bwk la anak2 aida gi.
    aida tunggu kat umah jer ha ha ha ha...

    ReplyDelete
  6. baru je lalu kt sini smlm ;-) tp x msk pun

    ReplyDelete
  7. comelnya dorang makan hehehe... cuti sekolah mesti ramai org

    ReplyDelete

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..