Thursday, February 14, 2019

Tukar Handphone

Assalamualaikum..
Hye semua..

Pakai Samsung J6 tak sampai pun setahun lagi..Dalam 7 bulan lebih je.. Tapi memang tak boleh nak geng la dengan Samsung.. Bukan tak best, best..Memang idaman kalbulah.. Cuma tak serasi bersama gitu.. Sudahnya Sha jual kat adik Sha.. Dia pun dah lama tak tukar handphone.. Sukalah dia.. Nak beli baru kena keluar RM800 lebih jugalah.. Sha tolak murah-murah je.. Hahaha.. Tambah sikit duit, beli Redmi Note 5.. Hati tu tetap nak Redmi juga.. Bak kata encik suami.. Kerja penat-penat, belanjalah diri sendiri.. Lagipun tambah RM300 je sekali casing dan tempered glass.. Kali ini beli handphone dengan harga murah sebab ada sale Chinese New Year kan.. 

Samsung J6 yang dah bertukar milik.. :)
Sha beli pada Julai 2018.. Jual kat adik pada 09.02.2019..

Sha kalau beli handphone sebenarnya tak kisah sangat warna apa sebab sha akan pakai flip casing.. Memang tak akan nampak dah warna handphone tu.. Selalunya warna flip casing tu yang penting.. Tapi pilihan flip casing tak ada pula yang menarik.. sudahnya beli warna hitam je.. Hahaha..

Memang patah balik pada Redmi.. Kali ini pun encik suami yang surveykan.. sha bagi budget dan spefikasi yang Sha nak.. Masa survey dekat kedai, memang mahal.. semua RM800 ke atas.. Ada satu kedai tu je RM760.. Itupun tak ada stok.. Sudahnya beli online je.. Beli pada 10.02.2019 dekat Shopee.. Handphone dan flip casing selamat sampai pada 12.02.2019 dengan selamat.. Tinggal tempered glass je tak sampai lagi..

Gambar tak berapa nak cantik sebab ambil guna Lenovo A6600.. Hehehe..

20 comments:

  1. ayu pun pernah guna J2 prime..kejab je..tak best. last2 tukar gak hp

    ReplyDelete
  2. ada rezeki lebih boleh pakai yg baru :)

    ReplyDelete
  3. yay gengggg! samalah dengan sha, mula guna redmi haritu pastu tukar beli redmi lagi. phone redmi smooth gila kan? murah pulak tu

    ReplyDelete
  4. Ok jugak tak beli online ?? Kaella kalau beli onlne macam nak taknak je kalau bahan eletrik ni huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mula-mula tu macam risau juga tapi encik suami dah survey siap, dia kata okay.. Tu yang berani beli.. Alhamdulillah, packaging dia memang tiptop..

      Delete
  5. lama x blogwalking sini. dah tukar wajah dah blog Sha :)
    aida dulu tegar samsung. byk tahun dgn samsung.
    now no more, vivo plak. ok la jugak.
    less than rm1k. mampu lah :)
    phone samsung aida & asben x jual. now anak2 dara yg guna sorang satu.
    jimat di situ.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang berbaloilah kalau boleh bagi kat anak-anak untuk pakai.. Sha anak kecik lagi tu yang jual..
      Vivo pun Sha kurang minat.. hehehe..

      Delete
  6. ada bau kedai kak sha. hehehehe suami shu pun dah tukar hp lain, shu masih setia dgn yg lama.

    ReplyDelete
  7. redmi tak pernah terfikir nak cuba..
    masih bertahan dengan asus..
    samsung mcm tak masuk dgn mrs pip :)) ...
    next ada rezeki nak try huawei pula.

    ReplyDelete
  8. Saya memang setia dengan Samsung, Kak Sha. Rasa kekok bila guna telefon jenama lain. Lagi satu sebab malas nak belajar cara nak guna dan sesuaikan diri bila tukar ke jenama lain. Saya cuma beli novel je secara online. Kalau barang-barang lain dengan harga yang agak mahal, saya tak yakin untuk beli online.

    ReplyDelete

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..