Assalamualaikum..
Hye semua..
Sabtu (06.04.2019) bermulalah aktiviti pindah dan mengemas.. Kami mulakan dengan memindahkan buku-buku Sha untuk setup bilik bacaan dahulu.. Dalam masa yang sama kami mengecat bilik anak-anak dara Sha.. Seharian melakukan kerja tanpa elektrik, memang melelahkan.. Yang paling penat, dah tentulah encik suami.. Beliau yang banyak mengecat, membina rak untuk dapur dan membasuh peti ais kecil.. Peti ais ini kami angkat berdua je.. Hehehe.. Bilik bacaan dan bilik utama dah diletakkan karpet untuk menutup kesan marmar yang pecah..
Penat owh mengecat.. Stamina tak ada.. Berpeluh-peluh.. Elektrik hari Isnin baru boleh sambung..
(ada harapan tak kurus sikit?? :p )
Bilik bacaan dah hampir siap dikemas.. Memang tak ada apa nak ubah.. Cuma nak drill untuk bubuh tv je dan sambung kemas yang dalam plastik tu.. Laptop dengan printer je tak bawa turun lagi..
Rak Buku baru beli dah hampir penuh.. Hahaha.. Encik suami geleng-geleng kepala je tengok..
Hari Ahad (07.04.2019) Sha meneruskan kerja-kerja pemindahan barang.. Encik suami kena keluar berkerja.. Sha kemas stor atas dulu.. Punggah barang yang nak simpan dan buang.. Mulakan dengan bilik yang kecil dan tak banyak barang.. Dengan harapan, cepat siap.. hahaha.. Banyak juga barang yang dibuang.. Tapi tetap rasa macam banyak juga.. Hadoilah..
Ini encik suami punya kerja.. Beliau kemas barang-barang dekat para dapur.. Nak cabut para tu dan pasang dekat rumah bawah.. Penat pun tetap sambung punggah barang..
Bab pindah rumah nilah yang paling mencabar bagi PC...Allahuakbar..
ReplyDeleteBetul tu PC.. Ini suku pun belum selesai..
Deletepindah rumah knpe kak sha?beli rumah ke..congrats!
ReplyDeleteeh.. tak..
Deleteakak duduk kuarters ini AD..
pindah dari rumah atas ke rumah bawah..
saya rasa, saya tak kuat kalau pindah rumah huu...sb anak2 masih kecil kot.
ReplyDeleteSha pun Sis.. tapi kena juga pindah.. huhuhu
Deletemmg seronok dapat duduk rumah sendiri, seronok mengemas tu sama banyak dengan tak seronok sbb penat..
ReplyDeleteMasih duk kuarters.. hehehe.. cuma pindah ke aras bawah je..
Deleteuish penatnya kak....hope akan lebih semangt nnti!
ReplyDeletememang penat pun cuya.. nak nangis rasanya..
Deletesuka betul tengok susunan buku di almari tu.
ReplyDeletePening menyusunnya Radhia.. Ini pun nak betulkan balik nanti..
DeleteBanyak kerja bila pindah rumah ni
ReplyDeleteBetul tu WP..
Deletesy dah rs seksanyaaaaaa mengemas krn pindah rumah akhir / awal tahun br ni.... sakit2 pinggang dibuatnya... bila penat payah nak lena...
ReplyDeletejauh ke jarak dari rumah lama ke rumah baru?
Pergh!! Memang seksa pun Anies.. tak jauh.. Dr tingkat dua ke ground floor je.. Tapi khazanah 10 tahun nak diangkut.. Faham2 jelah.. 🤣🤣
Deleteurusan pindah rumah memang stress betul. penat.. tapi seronok sebab boleh sisih n buang. kita kelaskan benda2 yang kita nak guna lagi semua la kan =)
ReplyDeleteStress ya amat.. hehehe.. tapi part sisih dan buang tu memang best..
Deletewalau penat tetap seronok kan
ReplyDeletePindah barang guna tangga memang penat lagi-lagi kalau angkat perabot yang bersaiz besar.
ReplyDelete