Monday, April 8, 2019

Pindah Rumah #1

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sabtu (06.04.2019) bermulalah aktiviti pindah dan mengemas.. Kami mulakan dengan memindahkan buku-buku Sha untuk setup bilik bacaan dahulu.. Dalam masa yang sama kami mengecat bilik anak-anak dara Sha.. Seharian melakukan kerja tanpa elektrik, memang melelahkan.. Yang paling penat, dah tentulah encik suami.. Beliau yang banyak mengecat, membina rak untuk dapur dan membasuh peti ais kecil.. Peti ais ini kami angkat berdua je.. Hehehe.. Bilik bacaan dan bilik utama dah diletakkan karpet untuk menutup kesan marmar yang pecah..

Penat owh mengecat.. Stamina tak ada.. Berpeluh-peluh.. Elektrik hari Isnin baru boleh sambung..
(ada harapan tak kurus sikit?? :p )

Bilik bacaan dah hampir siap dikemas.. Memang tak ada apa nak ubah.. Cuma nak drill untuk bubuh tv je dan sambung kemas yang dalam plastik tu.. Laptop dengan printer je tak bawa turun lagi..

Rak Buku baru beli dah hampir penuh.. Hahaha.. Encik suami geleng-geleng kepala je tengok..

Hari Ahad (07.04.2019) Sha meneruskan kerja-kerja pemindahan barang.. Encik suami kena keluar berkerja.. Sha kemas stor atas dulu.. Punggah barang yang nak simpan dan buang.. Mulakan dengan bilik yang kecil dan tak banyak barang.. Dengan harapan, cepat siap.. hahaha.. Banyak juga barang yang dibuang.. Tapi tetap rasa macam banyak juga.. Hadoilah..

Ini encik suami punya kerja.. Beliau kemas barang-barang dekat para dapur.. Nak cabut para tu dan pasang dekat rumah bawah.. Penat pun tetap sambung punggah barang..

20 comments:

  1. Bab pindah rumah nilah yang paling mencabar bagi PC...Allahuakbar..

    ReplyDelete
  2. pindah rumah knpe kak sha?beli rumah ke..congrats!

    ReplyDelete
    Replies
    1. eh.. tak..
      akak duduk kuarters ini AD..
      pindah dari rumah atas ke rumah bawah..

      Delete
  3. saya rasa, saya tak kuat kalau pindah rumah huu...sb anak2 masih kecil kot.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sha pun Sis.. tapi kena juga pindah.. huhuhu

      Delete
  4. mmg seronok dapat duduk rumah sendiri, seronok mengemas tu sama banyak dengan tak seronok sbb penat..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masih duk kuarters.. hehehe.. cuma pindah ke aras bawah je..

      Delete
  5. uish penatnya kak....hope akan lebih semangt nnti!

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang penat pun cuya.. nak nangis rasanya..

      Delete
  6. suka betul tengok susunan buku di almari tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pening menyusunnya Radhia.. Ini pun nak betulkan balik nanti..

      Delete
  7. Banyak kerja bila pindah rumah ni

    ReplyDelete
  8. sy dah rs seksanyaaaaaa mengemas krn pindah rumah akhir / awal tahun br ni.... sakit2 pinggang dibuatnya... bila penat payah nak lena...

    jauh ke jarak dari rumah lama ke rumah baru?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pergh!! Memang seksa pun Anies.. tak jauh.. Dr tingkat dua ke ground floor je.. Tapi khazanah 10 tahun nak diangkut.. Faham2 jelah.. 🤣🤣

      Delete
  9. urusan pindah rumah memang stress betul. penat.. tapi seronok sebab boleh sisih n buang. kita kelaskan benda2 yang kita nak guna lagi semua la kan =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Stress ya amat.. hehehe.. tapi part sisih dan buang tu memang best..

      Delete
  10. walau penat tetap seronok kan

    ReplyDelete
  11. Pindah barang guna tangga memang penat lagi-lagi kalau angkat perabot yang bersaiz besar.

    ReplyDelete

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..

Daisypath Anniversary tickers

Goodreads

Sha's bookshelf: read

Dia Trouble Maker
Bara
Pelukis Jalanan
Kelibat Setan
Mila’s Big Splash
Dheo's
Misi Budak Tahfiz
Puaka Jambatan
Saat Aku Berpaling
Cikgu Kelas Sebelah
Surihati Encik Pembunuh
Aneh
Kasyaf Ain
Jadikan Aku Yang Terakhir
Cik Isteri Dan Encik Suami
Projek Seram: TOYS
Lamaran Di Taman Nakajima
Pemburu
Misi Hero
Pinjam Sayap


Sha Mohamed's favorite books »

Review & Rating

Sha's bookshelf: read

Disergah Penunggu Pokok Ara
really liked it
Kali ini tok ketua dan Berahim telah terbuka hijabnya.. Memang lagi teruk lah terasa gangguan..
Dijenguk Hantu Penanggal
really liked it
Kelakar lah kali ini.. Hahaha.. Terbaiklah Christopher sebab erjaya elakkan gigitan penanggal tu.. Siap nak ditanduknya.. hahaha..

goodreads.com