Assalamualaikum..
Hye semua..
Sha ke Melaka weekends hari tu.. Perancangan asal nak bawa arwah abah sekali.. Tapi tak ada rezeki.. Kami tetap teruskan sebab MIL masih ada kan.. Homestay pun dah bayar booking.. Jadinya pagi Sabtu kami gerak dai Politeknik jam 8.10 pagi dan sampai Restoran Jejantas Sg. Buloh lebih kurang jam 9 pagi.. Janji dengan adik nak kumpul kat sini dan sarapan.. Makan nasi lemak dan A&W.. Sha naik dengan adik.. Baru lapang sikit kereta.. Gerak 2 kereta je..
Dari R&R Sg Buloh kami terus gerak ke Traditional Food Industries.. Nak cari mee siput je sebenarnya.. Hahaha.. Tapi bila dah masuk, terus lupa diri.. Tambah kedai dia dah makin cantik.. Lagilah..
Kemudian gerak ke Pedas, Linggi untuk makan tengahari di Kedai Makan Pak Raub, malangnya kedai penuh dan padat.. Jadinya kami tapau je lauk dan nasi untuk makan di Homestay.. Meriah betul lauk yang kami pilih.. Semuanya gulai lemak.. hahahaha.. Ada itik, daging salai, ikan keli dan telur itik.. Tambahan lain sayur taugeh, sayur peria, 5 bungkus nasi dan tauhu begedil..
Kemudian terus ke Melaka.. Singgah kedai ECO barulah ke Suri Homestay.. Memang puas hatilah homestay nya.. Sha kongsi di entry lain..
Anak-anak dah tak sabar nak terjun kolam.. Lepas makan, rehat kejap baru bagi diorang terjun kolam.. Sampai 6.30 petang berendamnya.. Malam kami pergi makan asam pedas dengan lempeng berdekatan Makam Hang Tuah.. Lepas makan terus gerak balik.. Tidur.. Penat..
Inilah menu makan tengahari kami.. Semuanya RM52 sahaja.. Semangkuk daging salai, 2 potong itik, 2 ekor keli, dua biji telur, sebekas tauhu begedil, semangkuk sayur taugeh, semangkuk sayur peria dan 5 bungkus nasi..
Kedai ini letaknya lepas tol Pedas Linggi.. Keluar tol dan ke kiri.. Senang je nak cari.. Google Maps je, mesti jumpa..
semua lauk masak lemak tu..hehee mesti sedapkan.
ReplyDeleteWah nampak menarik je homestay tu
Alhamdulillah.. memang sedap sis.. Harga pun tak mahal..
DeleteSeronoklaa boleh mandi kolam tuuu. Hehe
ReplyDeleteMemang seronok Ana..
Deletebestnya lauk-pauknya..
ReplyDeleteMemang best pun awak.. berbaloi beli..
DeleteMeriahnya...happy holidays semua
ReplyDeleteTq sis linda..
DeleteMacam best je homestay tu, ada pool. Anak2 suka ni.
ReplyDeleteMemang best pun puan hazel.. kesukaan anak2..
DeleteSelamat bercuti.
ReplyDeleteTq WP..
Deletewahhhh.. seronok :)
ReplyDelete☺️
Deletemeriah percutian. kanak2 tu mesti semua gembira =)
ReplyDeleteMemang happy habis.. tambah bila nampak kolam..
Deletems dtg linggi tu hari PRK rembau ek?
ReplyDeleteRasanya.. tak perasan pula.. Sha kat Linggi 13.04..
DeleteSesekali layan lauk berlemak kan..yummy.
ReplyDelete