Friday, July 26, 2019

Batik Sarawak Viral

Assalamualaikum..
Hye semua..

Bagi penjawat awam, baju batik wajib dipakai pada setiap hari Khamis.. Sha memang tak banyak baju batik.. Asyik dok ulang baju yang sama je.. Semalam masa jalan-jalan dekat pasar malam Slim River, terjumpa orang jual kain batik sarawak ini.. 2 meter RM10 dan RM15 je.. Cantik-cantik coraknya.. Sha mula nak beli 2 je.. Bila dah pergi dengan encik suami, semua dikatanya cantik, Sha pula yang rambang mata.. Hahaha.. Sudahnya Sha beli 5 helai.. 3 untuk Sha, 1 untuk Amani dan 1 untuk Imani..

Tiga ini Sha punya.. Sha nak buat baju kurung nak pakai dengan kain hitam.. Warna Hijau dan hitam bunga merah tu RM10 satu.. Yang bunga tulip tu RM15.. Kalau ikut kata penjual tu, baju ini tak akan kedut melampau bila basuh dan mudah nak digosok.. Yang penting kain dia lembut.. Beza yang RM10 dan RM15 tu, kelembutan dia.. Yang RM15 tu extra lembut..

Warna pink ini Amani dan Imani punya.. Imani dan Amani nak buat gaun..

Nanti dah siap, kita ber OOTD ye.. hehehe..

11 comments:

  1. Wahhh comey kaler dia. I likee

    ReplyDelete
  2. Cantiklah sha..
    Kalau CH pun rambang Mata,
    Murah Tu RM 10-15..
    CH beli 3 helai RM 50, kalau beli sehelai RM 20.

    Kain batik Sarawak ni lembut, CH suka..

    ReplyDelete
  3. cantik..ada kaftan beli kt Kuching, corak batik sarawak..

    ReplyDelete
  4. wah murahnya nasib lah jauh rasa nak kirim pulak berkenan tengok yang kanan tu

    ReplyDelete
  5. cantik pilihan warna Sha. Kalau dekat saya pun dah beli ni hehe

    ReplyDelete
  6. sha ni berpakat dgn opismet sy kek? td dia terima parcel. rupanya dia beli batik jg😆

    ReplyDelete
  7. Yang warna pink cantik betul. Favourite colour tu😂.

    ReplyDelete
  8. pernah beli ni few years back, sha.
    baju plain.
    kain batik sarawak.
    ni dah lama x membeli ni.
    teringin plak :)

    ReplyDelete

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..