Friday, July 26, 2019

Blogger Challenge | Best Advice You've Ever Got

Assalamualaikum..
Hye semua..

Blogger Challenge | Best Advice You've Ever Got


Yeah!! Berjaya sampai ke cabaran no 7.. Nasihat yang terbaik ye.. Susah nak cakap.. Pada Sha semua nasihat yang Sha terima dari Sha kecil hinggalah ke saat ini merupakan nasihat yang baik.. Bergantung pada situasi yang Sha lalui.. Kalau masa Sha umur 4 tahun arwah mak pergi, masa ini apalah Sha yang faham.. Kemudian pada usia Sha 36, abah pula pergi.. Masa ini perasaan kehilangan tu sangat perit sebab usia yang dewasa memahamkan Sha bahawa tak akan ada lagi abah tempat Sha bermanja.. Tak akan ada lagi abah tempat Sha bersembang.. Namun kenyataannya setiap manusia akan mati dan kembali pada pencipta..

Setiap hidup manusia ada naik dan turun.. Bukan sentiasa bahagia.. Akan ada masanya seorang manusia itu jatuh sama ada tersungkur, terbaring ataupun tenggelam ke dasar.. Setiap orang akan melalui masa kelam dan gelap.. Bagaimana nak bangkit tu terpulanglah.. Meletakkan diri pada keadaan positif sentiasa pun tak boleh juga.. Menafikan kesedihan dan kesusahan.. Sepatutnya setiap saat itu dilalui dengan penuh rasa.. Ya.. Kita akan melaluinya dengan dakapan bahawa kesedihan, kesusahan, kehilangan itu bukanlah hukuman tetapi kesempatan.. Kesempatan untuk menjadi lebih baik dari sebelumnya.. Ianya ujian untuk mendekatkan diri kita pada Allah..

"Yang Sha tahu setiap apa yang kita lalui tak kiralah sedih, gembira, kehilangan, memiliki, dikhianti, ditikam dan sebagainya.. Semuanya perlu dikongsi dan diluahkan.. Carilah medium yang mampu untuk menjadi tempat luahan rasa.. Sama ada diari, blog, ataupun pada orang yang kita percaya.. Tak boleh dipendam kerana memendam mampu membunuh perasaan.."
Ketika Kamu Sedih & Putus Asa

4 comments:

  1. betul kak...perasaan tu perlu dikongsi,kalau dipendam takut melarat.

    ReplyDelete
  2. jika rasa masalah itu sebesar kapal, jangan lupa nikmat Tuhan sebesar lautan...

    ReplyDelete
  3. Saya setuju, Kak Sha. Kalau terlalu memendam perasaan, bahaya nanti. Kita kena luahkan juga.

    ReplyDelete
  4. aida akan luahkan kat asben :) ha ha ha
    dia la tempat aida meluahkan pe pe dlm hati.
    aida kalu simpan, jadik stress!!!

    ReplyDelete

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..