Wednesday, December 18, 2019

Novel | Harry Potter Dan Bilik Rahsia (Harry Potter #2) oleh J.K. Rowling

Assalamualaikum..
Hye semua..

Buku pertama versi Bahasa Melayu, tak jumpa.. Sha terus baca buku kedua.. Sebenarnya dah baca dah versi Bahasa Inggeris buku Harry Potter ini.. Saja baca semula..

Lambat sikit bacaannya sebab buku tinggal dekat rumah.. Kisah kedua dari siri Harry Potter ini meneruskan lagi kisah Harry Potter dalam usahanya mengenali diri dan mereka yang baik di sekelilingnya.. Sikap baik hati dan suka menolong berjaya menyelamatkan Ginny dari menjadi mangsa Lord Voldermot.. Harry juga menyedari akan kebolehannya berbahasa dan memahami bahasa ular.. Segala peristiwa yang berlaku menyebabkan Harry sedar bahawa dia berhak membuat pilihan untuk menjadi baik atau jahat.. Bukannya menerima ketentuan tanpa membuat pilihan.. 

Sha baca pada 12.12.2019 dan selesai pada 17.12.2019..

Sha pinjam buku Perpustakaan Negara Malaysia..
Published 2000 by Penerbitan Pelangi Sdn Bhd (first published July 2nd 1998)

4 comments:

  1. caya tak kalau ammi cakap ammi tak pernah tgk pun movie harry porter ni. tapi silalah percaya

    ReplyDelete
  2. Kagum tengok orang yg hobinya membaca ni tau... Tahniah Sha

    ReplyDelete
  3. suka movie harry potter tapi tak pernah baca buku dia..hehe

    ReplyDelete
  4. tak pernah baca tapi filemnya akak tengok

    ReplyDelete

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..