Assalamualaikum..
Hye semua..
Ini review Sha untuk penginapan kami di Perlis.. Hometsay Sofea yang Sha jumpa semasa cari Homestay berdekatan sawah.. Sha menginap di sini selama 3 hari 2 malam dengan bayaran RM320..
Bahagian depan ini boleh parking dua kereta.. Luas..
Bilik tidur pertama.. Ada dua katil bujang.. dan extra bed dekat bawah katil.. Ada penyidai baju, meja, kerusi, penghawa dingin, kipas syiling, cermin dan tong sampah..
Bilik no dua ini katil queen, meja solek, penyangkut baju, tong sampah, penghawa dingin dan kipas syiling..
Toilet dalam bilik no 2.. Ada sabun mandi dan heater..
Bilik no 3 ini dekat bahagian belakang.. Dua katil bujang dan extra bed, meja solek, penyangkut baju, tong sampah, penghawa dingin dan kipas..
Ruang dapur yang lengkap dengan pinggan mangkuk, dapur, microwave, periuk nasi, heater, gula dan teh..
Ruang dekat bahgian dapur.. Ada extra sinki, raga baju dan iron board..
Bilik air kedua dekat sebelah bilik no 3.. Lengkap dengan shower dan sabun mandi..
Dekat bahagian luar ada mesin basuh..
Ada 2 meja untuk lepak di bahagian luar..
Ada iron, selimut, sejadah dan tuala..
Extra toto dan juga bantal dekat dalam almari di ruang tamu..
Details untuk tempahan:-
Homestay Sofea
Belakang Balai Polis Mata Ayer
02500 Mata Ayer
Perlis
Untuk membuat tempahan homestay ini, sila hubungi
En. Junaidi di talian 012-5449586
Boleh juga tengok details mengenai Homestay Sofea ini di:
tepi sawah :)
ReplyDeletemenariknya. pandai sha cari.
teringat ari tu ke perlis, aida ni jadik jakun bila bas stop tepi sawah.
tak lupa berselfie ha ha ha ha...
melaka mana ada sawah hijau terbentang luas, sha.
Ha ah Aida.. Tepi sawah.. Jenuh juga survey..
DeleteBest duduk tepi sawah ini.. Anak-anak Sha puaslah berjalan ke tengah sawah.. Samalah kita kat sini tak ada kan.. Kalau ada pun bukan boleh nak singgah dan jalan.. hehehe..
cantiknya view..berbaloi dgn harga. semua lengkap
ReplyDeletewaalaikumussalam. menarik sangat homestay ni. rasa macam sebijik kat rumah sendiri. hehe
ReplyDeletewaalaikumussalam. keadaan rumah tu terasa seperti rumah sendiri ^_^
ReplyDeleteAzhan: cantik rumahnya..
ReplyDeleteRamai boleh duduk tu kan Sha.... Harga tu mmg berbaloi tu rasanya sebab 2 malam kan. Hakak entah bilalah nak sampai Perlis lagi... Anak dah sambung belajar kat Melaka...
ReplyDeletecantiknya homestay tepi sawah..tak pernah sampai perlis lagi kalau nak ke sana boleh try homestay nih
ReplyDeleteT.kasih banyak sya atas review yg sgt menarik..hari ni baru terjumpa..boleh pinjam and share nih😄..
ReplyDelete