Thursday, April 30, 2020

Day 44 | Kawalan Pergerakan

Assalamualaikum..
Hye semua..

Buat apa tu?? Alhamdulillah.. dah 44 hari kita dalam PKP dan dah 7 hari kita berpuasa dan berterawih di rumah sahaja.. Hari ini encik suami kena bertugas.. Menghantar pelajar yang dibenarkan pulang ke rumah.. Bukan semua dapat balik.. Yang rumah mak ayahnya di zon hijau sahaja yang boleh balik.. Itupun kena duduk berjarak-jarak di dalam kenderaan.. Sebelum bertolak ada prosedur yang dijalankan oleh bomba dan polis.. Penghantaran pun bukannya terus ke rumah pelajar sebaliknya di IPD kawasan.. Nampak tak.. Bukannya mudah.. Itupun ada juga yang dengki dengan kakitangan kerajaan.. Sudah-sudahlah menyerang kakitangan kerajaan.. Kami nak dapat kerja ini pun bukannya mudah.. Turun naik interview berkali-kali.. Ada rezeki baru terpilih menjadi penjawat awam.. Setiap orang ada rezeki masing-masing.. Setiap ujian ada hikmahnya.. Jangan dilepaskan kemarahan pada kami.. Maaflah.. Termelalut pula.. Bukan apa.. Semua orang terkesan.. Tak ada yang terkesan.. Cuma minta janganlah pukul rata semua kakitangan kerajaan.. Tu je.. 

Okaylah.. Bersahur apa pagi tadi?? Berbuka apa hari ini?? Menu yang ringkas je Sha kali ini.. Bersahur dengan telur mata dan hirisan cili padi bersama kicap.. Ikan bilis goreng tu patutnya nak buat sambal tumis tapi masa dah terlewat jadinya makan jelah ikan bilis goreng.. Berbuka pula makan ayam bakar, sambal tumis ikan bilis dan kentang goreng.. Yeah!! Berjaya juga masak sambal tumis ikan bilis..

Menu sahur Sha.. Akhirnya.. Ikan bilis tu nak buat sambal sebenarnya tapi masa dah time maka kita makan je apa yang ada.. hehehe..

Ini pula menu berbuka Sha.. Ayam bakar, sambal bilis dan kentang goreng.. Akhirnya, berjaya juga buat sambal bilis tu.. Makan dengan roti, sedap juga.. hehehe.. Tapi selamat dah dimakan masa berbuka..

Shopee | Teddy Bear 100cm

Assalamualaikum..
Hye semua..

Menunaikan permintaan anak-anak yang nak kan teddy bear, maka Sha belanjalah mereka sorang satu.. Bila cari dekat shopee jumpa yang harganya agak berbaloi dan masih melakukan penghantaran di musim PKP ini.. Belilah juga walaupun pilihan warna tinggal putih dan coklat sahaja.. Anak-anak okay dan tak kisah.. 

Sha beli pada 24.04.2020 dan teddy bear selamat sampai pada 27.04.2020..

Pilihan Imani..

Pilihan Amani..

PNM e-Reader | Saat Cinta Diuji oleh Rafina Abdullah

Assalamualaikum..
Hye semua..

Kisah rumah tangga yang diuji dengan orang ketiga.. Geram je tengok Dahlia ini.. Cemburu melampau sampai mendera perasaan Wandi dengan syak wasangka yang tak bersudah namun Wandi sangat pandai menjaga hati dan bersikap lemah lembut.. Namun kemunculan Suraida menyebabkan perkahwinan Dahlia jadi lebih teruk.. Sayang Suraida terlalu obses walaupun Wandi dah menolak.. Akhirnya kesudahan tak begitu baik untuk Suraida..

Sha baca pada 27.04.2020 dan selesai pada 28.04.2020..

Sha baca menggunakan PNM e-Reader
Published December 2018 by RMA STUDIO

Wednesday, April 29, 2020

Day 43 | Kawalan Pergerakan

Assalamualaikum..
Hye semua..

Hari ini dah masuk hari pertama untuk PKP Fasa 4.. Semoga 2 minggu ini kes akan makin berkurangan.. Hari ini Sha kerja.. Duduk dalam ofis rasa lain macam bila suasana sunyi.. hehehe..

Sahur makan nasi lauk ikan sambal.. Sambal je yang menyelerakan.. Berbuka Sha buat mee kari.. Cara Sha lah.. Guna apa yang ada je.. Yang penting sekali guna Numee Mee keluaran Gardenia.. Sedap..

Rezeki.. Ada jiran bagi agar-agar santan..

Mee Kari versi Sha

Filem China | The Guilty Ones (2019)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Filem yang agak complicated namun akhirnya terbongkar juga siapa yang bersalah.. Penculikan seorang budak perempuan yang berakhir dengan kematian walaupun wang tebusan telah diberikan.. Polis yang menyiasat kes tersebut merasa bersalah dan terus mencari klu hinggalah pada satu hari tanpa disangka penjenayah tersebut muncul didepan mata namun tak berjaya ditangkap.. Mak budak yang diculik mula menyiasa dan dalam masa yang sama satu kes penculikan yang serupa terjadi lagi.. Jumlah wang tebusan sama, cara penculikan juga sama.. Adakah penjenayah mucul semula?? Namun kebenaran dihujung cerita sangat mengejutkan..

The Guilty Ones
Also Known As: The Convicted
Genres: Mystery, Drama
Tags: Remake, Kidnapping (Vote or add tags)
Country: China
Type: Movie
Release Date: Nov 22, 2019
The film, which is a remake of the 2013 South Korean thriller ‘Montage’, revolves around a mother suffering from a terminal illness who finds renewed determination to catch the person who abducted and killed her daughter ten years ago. (Source: fareastfilms.com)  

Segmen Bloglist PKP 2020

Assalamualaikum..
hye semua..

Jomlah joint Segmen by Jannah ini..


 Nyatakan pengalaman anda semasa PKP. Anda boleh menceritakan peristiwa menarik/tidak dijangka yang terjadi kepada diri anda.

Pengalaman menarik dan tidak dijangka bila kena melakukan multi tasking yang lebih extreme sepanjang PKP ini.. Hehehe.. Mana nak jadi cikgu, melaksanakan kerja dari rumah, memasak dan melakukan tugasan rumah yang lain pada waktu yang sama.. Memang rasa macam blank sekejaplah.. Tapi masuk minggu seterusnya dah okaylah sikit walaupun struggle tu tetap ada.. Ramadan memang lega banyak sebab masak hanya pada waktu sahur dan berbuka kadang-kadang..

Tuesday, April 28, 2020

Day 42 | Kawalan Pergerakan

Assalamualaikum..
Hye semua..

Berakhurlah sudah PKP Fasa 3.. Esok bermula lah PKP Fasa 4.. Ramadan pula sudah pun berlalu hari yang ke 5.. Semoga Covid 19 berlalu pergi jua.. Tak sangka dah sebulan lebih kita dalam PKP.. Ada yang setia mematuhi arahan dan ada juga yang melanggar arahan.. Apa pun Sha doakan semua kita selamat dan kuat melalui ujian ini..

Pagi ini Sha sahur nasi dengan Sambal ikan dan ikan goreng.. Berbuka pula dengan nasi putih, sambal darat ikan keli dan kuih limas.. Hari ini juga meriah dengan pelbagai barangan online yang dibeli minggu lepas.. hehehe.. Ada yang ohsem dan ada yang tak menepati kehendak.. Biasalah beli online kan.. Tengok gambar dan rating yang diberi je.. Apa pun itu semua rezeki..

Lauk sahur..

Lauk berbuka..

Shopee | Ink Printer Canon

Assalamualaikum..
Hye semua..

Disebabkan cikgu-cikgu kerap blast kerja sekolah dekat group whatsapp dan Sha akan cetak untuk bagi anak-anak, Sha beli extra ink printer.. Risau habis sebelum masanya.. hehehe.. Beli awal sebab ketibaan bungkusan belum tentu cepat.. Jadi dapat je gaji terus beli satu set warna dan hitam untuk masa-masa terdesak.. hehehe.. Okaylah harganya tak terlalu mahal walaupun campur postage.. 

Beli ink printer di shopee untuk mudah mencetak kerja sekolah anak-anak..

Selamat sampai pada 27.04.2020.. Paling awal antara semua barang yang dipesan melalui shopee.. hehehe.. Cepat pantas dan selamat..

Filem United States | Extraction (2020)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Filem yang ohsem.. Misi menyelamatkan Ovi oleh Tyler bertukar jadi susah bila Saju double cross sebab tak mampu bayar duit upah Tyler.. Asif yang menculik Ovi pula telah menutup Dhaka untuk menangkap semula Ovi dan membunuh Tyler.. Memang filem yang ganas dan power.. Nampaklah Tyler tu berusaha menyelamatkan Ovi sebab dah tersuka dekat Ovi.. Ovi mengingatkan Tyler pada anaknya.. Masa babak pergaduhan itu yang paling ohsem bila tengok kamera tu ikut setiap pergerakan tanpa putus.. Pada Sha emmang ohsemlah..

Teruk juga tengok Tyler kena hentam.. Satu lagi filem ini nampak lain sebab buat dekat Dhaka, Bangladesh.. Cartel dia ganas betul.. Budak-budak pun selamba je guna pistol dan senapang.. Dengan padatnya.. Kotor lagi.. Pergh!! Seram wei.. 

A black-market mercenary who has nothing to lose is hired to rescue the kidnapped son of an imprisoned international crime lord. But in the murky underworld of weapons dealers and drug traffickers, an already deadly mission approaches the impossible.

Monday, April 27, 2020

Day 41 | Kawalan Pergerakan

Assalamualaikum..
Hye semua..

Hari ini sahur dan berbuka makan nasi goreng.. hehehe.. Lauk je berbeza.. Sahur dengan lauk ayam masak kicap.. Berbuka dengan lauk pecal.. hehehe.. Ada kuih buah melaka dan koci pulut hitam.. Gambar je tak ada.. Lupa nak amik.. Kalut-kalut siapkan makan dan panggil anak-anak terus lupa nak snap gambar.. Alhamdulillah.. 4 hari dah kita puasa dan 4 hari dah kita terawih di rumah.. 

Sha dah mula kerja arini tapi tak adalah sampai petang.. 3 kali seminggu kena masuk opis.. Jumaat hantar laporan dekat bos.. Suram je pejabat sebab tak ramai yang kerja.. Lain macam dia punya suasana..

Roti Gardenia ala John

Assalamualaikum..
Hye semua..

Saja cuba resepi Khairul Aming Roti John ini.. Walaupun tak cukup bahan tapi okaylah.. Kita olah ikut apa yang ada kat rumah je..

Bahan Inti
Bawang holand (suku dipotong dadu)
Ayam kisar (ikut suka)
Serbuk kari 2 sudu
Minyak untuk menumis
Air sikit

Cara Memasak
Panaskan minyak kemudian tumis bawang sampai naik bau.. Kemudian masukkan ayam dan kacau sampai separuh masak baru masukkan rempah kari.. Kacau dan masukkan air biar ayam masak.. Bila air kering baru tutup dan ketepikan..

Roti Gardenia ala John

1. Pecahkan 3 biji telur dalam mangkuk dan bubuh sedikit garam.. Pukul telur dan masukkan bahan inti tadi..
2. Sapukan mentega pada roti dan bakar..
3. Tuangkan bahan yang dipukil dengan telur ke atas kuali laper.. Ratakan dan susun roti diatasnya.. Setelah masaj bolehlah angkat..
4. Sapukan sos dan mayonis kemudian bubuhlah sayur.. Siap untuk dimakan..

Filem China | Shadows (2018)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Kisah mengenai seorang komander yang menggunakan seorang lelaki untuk menyamar sebagai beliau.. Ini kerana beliau sakit teruk.. Penyamar komander ini merupakan orang kuat raja namun tak disenangi raja bila beliau dengan selamba membuatk keputusan untuk berlawan dengan Yang Chang demi mendapatkan semula wilayah Jingzhou.. Komander yang sebenar punya rancangan untuk menjatuhkan raja dan membunuh penyamar beliau bila pertarungan demi merebut semula wilayah berjaya namun tak semudah yang disangka..

Shadow (2018)
To finally achieve victory over a rival kingdom, a brilliant general devises an intricate plan involving his wife, a look-alike and two kings.

Sunday, April 26, 2020

Day 40 | Kawalan Pergerakan

Assalamualaikum..
Hye semua..

Pagi ini Sha sahur lauk tomyam ayam.. Paling mudah dan cepat.. Guna pes tomyam kesukaan Sha.. hehehe.. Lupa nak ambil gambar.. hehehe.. Lepas sahur dan solat, buat kerja sikit.. Tengahari layan filem.. hehehe..

Menu berbuka Roti Gardenia ala John, Nasi putih dengan ayam masak kicap.. Anak nak makan nasi, kenalah masak lauk.. Kalau Sha dengan encik suami memang tak makan nasi..

Alhamdulillah.. Hari ini dah hari keempat kita berpuasa dan berterawih di rumah.. Tetasa sayunya dan sunyi tak macam tahun-tahun lepas.. Jalan-jalan dekat bazar online je.. Tak ada yang menarik.. Tengok dan scroll jelah..

Ayam Masak Kicap

Roti Gardenia ala John

Novel | 3 Malam oleh Cempaka Aludra, S Faizal, Tasnim Halil

Assalamualaikum..
Hye semua..

Membaca buku ini memang memberikan perasaan yang bercampur baur.. Ikutkan ceritanya menarik namun ada yang tergantung tanpa permulaan dan penghujung.. Bermula tiba-tiba dan berakhir juga tiba-tiba.. Olahannya yang tak berapa cantik tapi isinya menarik..

 Perangkap Roh oleh Cempaka Aludra
Menyeramkan.. Bayangkan kalau kita dalam keadaan itu.. Aludra diganggu sewaktu terlelap.. Namun Aludra berjaya meminta tolong.. Sampaikan dah ada anak pun makhluk tu berusaha juga mengganggu.. Seolah ada yang tak selesai.. Ceritanya tergantung..

Tiga Malam oleh Cempaka Aludra
Penceritaan yang berlaku pada 3 malam.. Memang pengalaman yang mendebarkan dan menyeramkan.. Cuma tu lah.. cerita tergantung..

 Kepulangan Yang Tak Dinanti oleh S Faizal
Rasanya dalam banyak-banyak cerita, cerita ini je ada pengenalan, penghujung dan juga penerangan.. Mengenai Pak Mahat yang dah mati tapi balik semula ke rumah dan mengganggu orang kampung.. Meminta pertolongan dan menakutkan dalam masa yang sama.. Bila disiasat rupanya ada yang tak selesai.. Namun penceritaan bagi kisah ini agak kurang menarik dan berterabur..

Mak Andam Saleha oleh S Faizal
KIsah Saleha yang dasyat.. Menuntut ilmu hitam dan melakukan kejahatan seolah-olah sangat berkuasa.. Seram membacanya.. Namun penghujungnya sedikit tergantung..

 Jambori Berdarah dan Ekspedisi Jalan Kaki oleh Tasnim Halil
Dua kisah yang saling berkait mengenai perkhemahan di hutan.. Gangguan akibat kecuaian dan hampir menyebabkan kematian dan juga sesat di hutan..

Sha baca dan selesai pada 25.04.2020..

Sha baca menggunakan aplikasi PNM e-Reader..
Published April 24th 2018 by Pukat Pikat Press

Filem Animasi | Mortal Kombat Legends : Scorpions Revenge (2020)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Filem animasi yang menarik tapi agak ganas.. Tak sesuai ditonton bersama kanak-kanak.. Aksi bunuh membunuh dia brutal sangat.. Bermula dengan seorang ayah dan anak yang balik ke rumah tapi diserang penjahat.. Memnag bestlah tengok babak lawan-lawan dia.. Mantap dan padu.. Mujurlah animasi je.. Kalau real ini mahu terjeluak balik apa yang dah dimakan.. Selamba je dia potong dan tarik kepala.. Bapa yang diserang tu akhirnya dibunuh begitu juga dengan anaknya namun bapa itu dipenjarakan di alam lain.. Mengamuk dan ingin menuntut bela namun dilepaskan untuk menyertai pertarungan dan mencuri satu kunci.. Menggunakan nama Scorpion beliau berjaya mengalahkan semua penjahat termasuklah yang membunuh anak dan isterinya.. Animasi pun bersambung.. hehehe.. 

Mortal Kombat Legends : Scorpions Revenge (2020)
The champions of Outworld and Earthrealm fight to the death in a brutal tournament that determines the fate of Earth.

Saturday, April 25, 2020

Day 39 | Kawalan Pergerakan

Assalamualaikum..
Hye semua..

Macam mana hari ini.. Sha agak kelewatan bangun sahur.. Mujurlah sempat masak dan bersahur.. Semalam tak boleh tidur kena migrain.. Lama juga migrain tak datang menyapa..

Siangnya dapat arahan dari bos untuk masuk pejabat pada hari Isnin ini.. Maka berkerjalah kita macam biasa.. Berbuka hari ini makan Gado-gado.. Encik suami bila di Food court Tanjung Malim.. Lepas tu Sha rebus satu pek nasi impit.. Cukuplah makan berempat.. Kuah kacang gado-gado tu banyak cukup untuk makan dengan nasi impit.. Alhamdulillah setakat 2 hari ini tak ada lagi pembaziran..

Hampir nak berbuka, jiran datang hantar bubur kacang hijau.. Alhamdulillah..

Malamnya kita makan buah mangga pula..

Aiskrim Keladi RM1

Assalamualaikum..
Hye semua..

Ini antara goodies yang akan Sha beli bila keluar beli barang sepanjang PKP ini.. Satu ini hanya RM1 sahaja.. Selalunya akan beli 10 ke 12 batang untuk stok dirumah.. Adalah jajan nak dimakan anak-anak.. Semuanya bermula bila minta encik suami yang beli.. Encik suami pakai ambil je.. Bila makan, eh sedap pula.. Makanya dah jadi satu kemestian untuk dibeli.. Dessert murah dan sedap..

Sedozen belinya..

Warna purple sebenarnya.. Tapi pencahayaan membuatkan aiskrim ini nampak biru.. hehehe

Filem Taiwan | Secrets in the Hot Spring (2018)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Tengok sebab teruja lepas baca review Farhana Movie Review : Secrets In The Hot Spring.. Walhal banyak je lagi filem lain dalam senarai nak ditengok.. Hahaha.. Asyik layan Tamil je, kita tukar pula.. Kebetulan Farhana cakap filem ini komedi seram.. Bolehlah layan.. Memang ending dia betul-betul tak sangka.. Hahaha.. 

Walaupun tak berapa berani.. Yellah komedi pun tetap ada babak scary.. Memang gigihlah tengok dengan Imani.. Sambil tutup-tutup mata lak tu.. Part kelakar memang gelak berdualah dengan Imani.. Sambil terangkan dekat dia.. Adoi.. Best filem ini.. Berbaloi untuk ditonton tambahan pula ada plot twist.. 

Secrets in the Hot Spring (2018) | TW Movie | Release Date: Jul 19, 2018 | Duration: 1 Hour 49 min.| Genres: Friendship, Horror, Comedy |
Three youngsters meet by accident at a mysterious hot springs hotel. There, they fall into an unforgettable adventure. It starts off scary but soon turns funny when they have to try and save a family.

Novel | Abah, Adik Nak Kahwin! oleh Aireen Erina

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sebenarnya jenuh juga nak habiskan baca.. Geram dengan watak Farhana.. Farhana dalam novel ye bukan blogger Farhana.. Hehehe..

Farhana ini buat perjanjian bodoh dengan kawan-kawan sekolah.. Bila sorang demi sorang kawannya dah kahwin, Farhana rasa tercabar.. Mulalah susah hati mencari kekasih untuk dibuat suami.. Perkenalan dengan Alif akibat pelanggaran kereta hanya membuahkan persahabatan.. Bila bertemu asyik nak bergaduh je.. Kemudia bertemu pula dengan Jay si kasanova berjaya.. Walaupun tahu Jay tu kasanova tetap hati terbuai hinggalah Jay berkahwin.. Terluka dan terjumpa semula Alif.. Pertemuan semula berakhir dengan perkahwinan.. Malangnya kahwin bukanlah perkara main-main.. Alif yang terlalu baik menjadikan Farhana rasa marah.. Geram pula bila baca babak ini.. Dia yang nak kahwin lepas tu main-main pula dengan perkahwinan.. Baru nak berbaik Jay mula kacau daun dan Salwani pula muncul.. Hubungan yang berbelit.. Berjayakah rumah tangga bila ada rahsia antara mereka..

Sha baca pada 23.04.2020 dan selesai pada 24.04.2020..

Sha baca menggunakan aplikasi PNM e-Reader
Published March 2013 by Alaf 21

Friday, April 24, 2020

Day 38 | Kawalan Pergerakan

Assalamualaikum..
Hye semua..

Macam mana hari pertama puasa di musim PKP? Harap semuanya okay.. Rasa relax sikit bila dah mula puasa ini.. Masak untuk sahur dan berbuka sahaja.. Malam lepas berbuka dah kenyang.. Tak adalah yang mencari makan lagi.. hehehe.. Lepas terawih, minum-minum dan makan kuih je.. Okaylah kan.. Ringan sikit badan bila kurang makan ini.. Tapi dahaga sungguh walaupun cuaca tak berapa panas hari ini.. Petang membawa ke malam hujan lebat.. Tapi masih lagi rasa hangat.. Memang dahaga je.. Tempat kawan-kawan macam mana pula.. Panas atau hujan.. Berbuka apa hari ini??

Hari ini dah hari ke 38 kita dalam PKP fasa 3..

Menu berbuka Sha hari ini.. Maggie goreng dan kek coklat..

Sahur makan nasi lauk ayam goreng dan sambal sardin..

Selamat bersahur dan berbuka ye..

Makanan | Cheese Tart Magnum

Assalamualaikum..
Hye semua..

Kelmarin tempah dengan jiran sebelah rumah.. Teringin pula nak makan cheese tart.. Lama tak makan kan.. Ternampak jiran jual dekat Facebook.. Terus tempah.. Murah, gebu gebas dan sedap.. 6pcs RM5 je awak dia jual.. Terus beli 12pcs.. Hari ini dah puasakan.. Boleh buat juadah berbuka sekali.. Bukan sekali hadap pun tart tu.. hehehe.. Tahanlah 2 hari.. hehehe.. Kesukaan anak-anak dan Sha..

Cheese Tart Magnum

Tengoklah kegebuan cheese nya..

Ini pula coklat cheese tart (10pcs) dan Blueberry cheese tart (20pcs)..

Drama Korea | Nobody Knows (2020)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Drama yang penuh emosi dan mendebarkan.. Penjahat dia bukan biasa-biasa dan polisnya juga bukan biasa-biasa.. Nampak perkembangan cerita dari awal pencarian hingga ke hujung pencarian.. Bermula dengan pembunuhan perempuan dan kemudiannya beralih kepada kes jenayah lain tapi saling berkait dengan pembunuhan sebelum ini..

Memang nampaklah usaha polis dalam mencari pembunuh.. Pembunuh dia memang psiko habis.. Hubungan erat antara Young Jin dan Eun Ho pun suka Sha tengok.. Akrab dan saling membantu walaupun berbeza usia.. Paling best bila tak ada polis yang mati.. Tu yang suka tu.. Kalau tak memang emosi lebih lah.. Polis pun manusia.. Berlawan dan sakit namun tetap membantu penjahat walaupun ditangkap.. Ha gitu.. Kemanusiaan..

Memang tak ada siapa yang tahu tapi jenayah tetap jenayah walaupun siapa yang lakukan.. Salah tetap salah, tak ada yang boleh justifykan salah tu sebagai betul hanya kerana niat.. 

Drama: Nobody Knows
Also Known As: Amudo Moleunda, No One Knows, Amoodo Moreunda
Directors: Lee Jung Heum
Screenwriters: Kim Eun Hyang
Genres: Mystery, Drama, Detective, Investigation
Country: South Korea
Episodes: 16
Aired: Mar 2, 2020 - Apr 21, 2020
Aired On: Monday, Tuesday
Original Network: SBS
Duration: 1 hr. 10 min.
Detective Young Jin, from the regional investigation unit, has only one thing on her mind: to catch the 'Stigmata' serial killer that murdered her friend 19 years ago. She carries guilt and trauma over the event. She has no friends and lives alone. Her downstair neighbor’s son, Eun Ho, has built a relationship with her ever since she moved above their apartment. He does menial house chores for her. One day he opens the door of the room he wasn't supposed to. 
Sun Woo, the former chairman's son and the current chairman's brother-in-law, is Eun Ho's homeroom teacher. He feels something is wrong with Eun Ho.

Salam Ramadan Al Mubarak 2020

Selamat Menyambut Bulan Ramadan Al-Mubarak. Semoga Ramadan kali ini membawa rahmah, keberkatan dan pengampunan buat kita. Marhaban Ya Ramadan.

Thursday, April 23, 2020

Day 36 & 37 | Kawalan Pergerakan

Assalamualaikum..
Hye semua..

Semalam lupa nak update blog.. hehehe.. Jadinya malam ini kita update untuk dua hari terus..

Day 36
Terima arahan kerja untuk diri sendiri dan juga anak-anak.. WFH kan.. Macam inilah.. Kerja hakiki pun nak kena buat, kerja sekolah anak-anak pun nak kena tengok.. Bila dengar ada orang suh potong gaji penjawat awam, rasa macam nak nangis.. Kenapalah nak dengki dengan penjawat awam.. Kami ini tak ganggu pun hidup korang.. Pantang ada isu sikit, semua nak dituju ke penjawat awam.. Terasa kita tau.. 

RM6.50 je.. Ada ayam, solok lada, telur masin.. Nasipun banyak..
Beli nasi kerabu dengan geng whatsapp.. Banyak.. kenyang makan ini sampai ke petang.. Tak kedekut langsung yang menjual.. Semoga murah rezeki beliau sekeluarga..

Day 37

Hari ini hari gaji.. Mulalah melunaskan bil-bil yang perlu dibayar termasuklah upah pengasuh.. Petang tu memang ke rumah pengasuh untuk jelaskan bayaran walaupun anak-anak tak dihantar ke sana.. Rezeki yang ada dikongsi bersama.. Sama-sama terkesankan.. Lagipun pengasuh anak-anak Sha ini baik sangat orangnya.. Hantar duit, diberinya Sha pulut kuning bersama rendang ayam dan Kurma sebungkus.. Alhamdulillah rezeki..

Hari ini masa dapat satu tugasan sekolah, Sha agak pening juga.. Yallah, cikgu suruh rujuk buku teks.. Masalahnya buku teks tu kat sekolah.. Memang cikgu tak bagi anak-anak darjah 1 ini bawa balik buku teks.. Menggoogle lah jawabnya.. Jenuh juga nak mencari.. hehehe.. Pengalaman dan juga kemahiran tambahan.. hehehe..

Pulut kuning dan rendang ayam..

Kurma.. Bolehlah buat makan sahur dan berbuka nanti..

Lupa pula.. Selamat berterawih kawan-kawan..
Selamat bersahur dan berpuasa..

Drama Korea | When the Weather Is Fine (2020)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Selalunya Sha tengok drama lepas habis semua episod keluar.. Tapi yang ini, tak tahulah kenapa.. Tertengok walaupun masa tu baru 4 episod bersiaran.. Memula tu sebab terbaca komen seseorang yang mengatakan cerita ini sangat cantik pemandangannya.. Bila tengok episod 1 terus jatuh cinta dengan drama ini.. Pertama sebab ada "Good Night Bookstore".. Ini sebab yang paling kuat untuk tonton drama ini bagi peminat buku.. Ada babak book club gathering.. Berkongsi mengenai buku kesukaan.. Memang best..

Satu lagi filem ini penuh dengan emosi.. Setiap episod memberikan rasa yang berbeza.. Babak sedih, gembira, sakit hati dan yang sewaktu dengannya sampai.. Tepat menuju ke hati.. Drama yang sangat indah dengan pelakon, pemandangan, emosi dan juga skrip..

Episod 15
Sha sangat terkesan dengan perbualan antara Bo Yeong dengan Hae Won ini.. Sebab apa yang dinyatakan Bo Yeong ini bukan sahaja boleh diguna pakai untuk hubungan kawan tetapi meliputi hubungan keluarga dan juga pasangan..
"It can't even have a single crack? Even if a table has a crack, you can still use it. It's only natural for things to get wear and tear with time. There's no such thing as a perfect relationship. What's wrong with a little crack? And what's wrong with hurting each other's feeling a little? No one is perfect. That's why we do things that we have to apologize for, say sorry, and mend things. That's how life goes."

Drama: When the Weather Is Fine
Also Known As: If the Weather Is Good, I'll Find You, I'll Visit You When the Weather Is Nice, I'll Come by When the Weather's Good, Nalssiga Joheumyeon Chajagagesseoyo, I'll Visit You If the Weather Is Good, I'll Go To You When The Weather Is Nice, I'll Find You on a Beautiful Day
Directors: Han Ji Seung
Screenwriters: Han Ga Ram
Genres: Friendship, Romance, Drama, Family, Melodrama
Country: South Korea
Episodes: 16
Aired: Feb 24, 2020 - Apr 21, 2020
Aired On: Monday, Tuesday
Original Network: jTBC, Viki
Duration: 1 hr. 1 min.
A story about forgiveness, healing, and love taking place around a small book store in the countryside. Hae Won is an ordinary woman with good character. She has played the cello since she was a child. Hae Won began her social life with her ability to play the cello, but, during that time, she was hurt emotionally by others. Due to that, Hae Won does not trust people and she has closed her heart to others. Hae Won becomes sick and tired of her life in Seoul and decides to move back to her hometown Bookhyun Village. There, Hae Won meets Eun Seop. He runs the bookshop "Goodnight Bookstore." Eun Seop's daily life is simple. He wakes up and drinks coffee, reads a book and writes on his blog. Eun Seop's daily life begins to change after he meets Hae Won.
(Source: Han Cinema, AsianWiki)
Adapted from a novel by Lee Do Woo Yi

Nescafe Iced Cappuccino

Assalamualaikum..
Hye semua..

Bila dapat peluang beli barang rumah, memang Sha akan singgah di 7Eleven.. Mencuci mata dengan aneka pilihan makanan dan minuman yang baru serta menarik.. Pilih punya pilih, Sha ambil Nescafe Iced Cappuccino ini.. Nampak sangat bergaya bila dia gunakan warna hitam.. Hehehe.. Cuma harganya agak menakutkan.. Sebotol ini RM6.50 tau.. Pejam mata je bayar sebab sesekali kan.. hehehe.. 

Rasa nescafe yang sedap.. Tambah bila diminum sejuk.. Sesekali okaylah.. Selalu menangis nak bayar.. hahaha..

RM6.50

Wednesday, April 22, 2020

Novel | Detour oleh Raudhatul Hifza

Assalamualaikum..
Hye semua..

Kisah ini dari sudut Raudhah yang disebut-sebut dalam novel Talhah.. Bagaimana Raudhah yang berusaha untuk mencari bahagia.. Bukan mudah bila kita meletakkan bahagia itu pada manusia.. Ianya takkan menepati apa yang kita nak.. Bila kita meletakkan bahagia pada Allah, manisnya luar biasa.. Pertemuan Raudhah dengan Talhah membibitkan perasaan yang tak terduga.. Tambahan bila Raudhah tahu keadaan Talhah.. Usaha yang Raudhah buat tergantung kerana buku tu habis tanpa perincian apakah yang terjadi antara Talhah dan Raudhah.. Harapnya ada lah lagi buku seterusnya..

Sha baca dan selesai pada 22.04.2020..

Sha baca menggunakan aplikasi PNM e-Reader..
Published January 26th 2018 by Iman Publication

Ramadan Edition: Dutch Lady Rose Bandung

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sha dah pernah beli Ros Bandung ini tahun lepas tapi kotak kecik je.. Baca entry iniDutch Lady Edisi Ramadhan.. Kali ini beli kotak besar terus sebab memang suka rasa bandung dan bau rose dia tu.. Sekotak ini RM5.90 je.. Buat stok kat rumah.. hehehe.. Minum pula sejuk-sejuk.. Pergh!! Ohsem habis la.. Ini memang kesukaan..


Tuesday, April 21, 2020

Day 35 | Kawalan Pergerakan

Assalamualaikum..
Hye semua..

Lagi dua hari je kita akan menyambut kedatangan Ramadan.. Macam manalah agaknya kalau PKP masih bersambung? Ramadan dalam PKP lah kita.. 

Berubah betul rutin kita tahun ini.. Anak-anak bersekolah dari rumah.. Kita kerja dari rumah.. Lepas ini terawih di rumah.. Tak merasa terawih di masjid.. Perancangan tahun nie nampak gayanya kena tunda ke tahun hadapan.. Itupun kalau umur panjang lagi..  Kelmarin rakan sekerja meninggal akibat kanser.. Memang tak dijangka bila terima berita itu.. Makin ramai yang pergi tinggalkan kita..  

Semoga covid 19 ini pergi hilang dari bumi ini.. Aamiin..

Filem Tamil | Evaru (2019)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Layan filem je sekarang ini.. Bukan apa, senang.. Sambil pantau anak-anak buat kerja sekolah, mak layan filem.. Hahaha.. Mak dah terpesona pula dengan filem tamil.. Sebab filemnya tak banyak lagu, lebih pada aksi dan penyiasatan..

Kali ini kes pembunuhan seorang anggota polis dengan dakwaan merogol.. Pada mulanya memang nampak macam perempuan tu tak bersalah dan polis tu jahat tapi makin nak habis makin banyak cerita dibalik tadbir yang terbongkar.. Polis yang kononnya telah dirasuah untuk membantu perempuan tu melepaskan diri dari hukuman sebenarnya bermain-main dengan perempuan itu.. Kes pembunuhan polis tu bukanlah yang utama sebaliknya ada satu lagi kes yang ingin dibongkarkan.. Bila kebenaran terbukti, polis tu rupanya bukan polis.. Memang bestlah.. Berdebar je tengok cara polis tu korek rahsia.. Memang nice..

Amazon.com: Watch Evaru | Prime Video
Director: Venkat Ramji
Actors: Adivi Sesh, Regina Cassandra, Naveen Chandra, Murli Sharma
Genres: Crime, Drama, Thriller
Vikram, a police inspector, is tasked with catching the killer of a senior officer who has allegedly raped Sameera. When he starts investigating, he encounters dark secrets tied to his past.

Buku | Cikgu Bankrap oleh Zaharoh Fajar Nina

Assalamualaikum..
Hye semua..

Buku ini memakan masa yang agak lama untuk Sha baca.. Menceritakan tentang pengalaman seorang guru yang mengajar di tadika dan sekolah menengah agama.. Pengalaman yang sangat besar dan memberikan gambaran betapa bukan mudah menjadi seorang guru.. Tanggungjawabnya besar dan juga berat.. Membaca buku ini memberikan Sha satu rasa yang sangat kagum pada mereka yang bergelar pendidik ini.. Usaha, semangat dan ketabahan mereka mendepani bukan sahaja pelajar tetapi ibu bapa mampu menimbulkan keinsafan dan kekaguman.. Memang buku yang bagus untuk dibaca semua.. Teguran-teguran sinis dan halus yang disampaikan penulis bukan sahaja mengena pelajar malah ibu bapa juga..

Sha baca pada 17.04.2020 dan selesai pada 20.04.2020..

Sha baca menggunakan aplikasi PNM e-Reader..
Published 2018 by Must Read

Filem Tamil | Homicide Intervention Team: The First Case (2020)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Filem Tamil lagi.. hehehe.. Filem-filem macam ini tak banyak adehan menari dan menyanyi tu yang syok nak tengok.. hehehe..

Filem ini best.. Penyiasatan tentang kehilangan kekasihnya Neha membawa Vikram kepada kehilangan Preeti.. Vikram yang menghadapi masalah trauma yang teruk berusaha menyelesaikan kes kehilangan Preeti.. Memang nampaklah betapa strugglenya Vikram nak cari siapa penculik tu.. Bengang gila bila tahu sebab penculik tu culik Preeti dan bunuh Preeti.. Tapi yallah penjenayah tak peduli pun sebab dia logik ke tak, janji dendam dilunaskan..

Kalau tengok ending macam akan ada scecond case.. Harapnya lebih menariklah..

Vikram is a 30-year-old cop. While he is battling with his own traumatic past, the stakes get high when a girl called Preethi mysteriously disappears in Hyderabad and Vikram has to solve the case at any cost.

Monday, April 20, 2020

Day 34 | Kawalan Pergerakan

Assalamualaikum..
Hye semua..

Buat apa tu?? Sha tengah lepak-lepak dengar radio Nasional.fm.. Sambil-sambil tu update blog dan blogwalking blog kawan-kawan.. Harap sabar ye.. InsyaAllah Sha akan usaha balas kunjungan rakan-rakan cuma lambat sikit.. Salam perkenalan juga pada rakan blogger yang baru follow blog Sha.. Terima kasih.. 

Setiap hari memberikan debaran.. Tertunggu-tunggu update mengenai kes terbaru, kematian dan juga kes pulih.. Sentiasa berdoa semoga kita semua akan diberikan kekuatan untuk melalui ujian ini bersama-sama.. Stay safe ye kawan-kawan.. Duduk rumah diam-diam.. Keluar bila perlu je.. Jangan langgar perintah kerajaan..

Novel | Kekal Abadi oleh Sharina Elisa

Assalamualaikum..
Hye semua..

Membaca novel ini memang menyakitkan hati.. Sakit hati dengan watak utama novel ini.. Yuna yang keras kepala.. Memang sesuailah dengan usianya yang 17 tahun itu.. Degil dan suka memberontak.. Hehehe.. Tapi disebabkan kedegilan itu dia belajar banyak perkara.. Ayah Yuna seorang saintis yang gila dan cuba untuk menjadi tuhan.. Ingin mencipta pil kekal abadi.. Namun tanpa disedari sesiapa rupanya ayah Yuna lagi gila daripada tu.. Bila kebenaran terbongkar Yuna menafikan namun kebenaran tetap kebenaran.. 

Satu cerita yang menarik dan mampu buat kita pembaca untuk berfikir.. Siapalah kita manusia untuk bertidak seperti tuhan..

Sha baca dan selesai pada 19.04.2020..

Koleksi peribadi Sha..
Published February 2020 by Kadokawa Gempak Starz

Filem Tamil | 118 (2019)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Best layan filem tamil sekarang ini.. Tak banyak lagu tapi lebih pada thrill dan penyiasatan.. Sha tengok dekat Facebook je.. Ada sarikata Bahasa Melayu..

Filem ini mengisahkan tentang seorang wartawan yang tidur di pusat peranginan dan mendapat mimpi seorang perempuan mati dibunuh.. Masa mula-mula dapat, wartawan tu abaikan tapi bila bermimpi kali kedua beliau mula ambil perhatian.. Tambahan pula tempat yang muncul dialam mimpi muncul juga didepan mata.. Wartawan tu pun mula menyiasat.. Memang mendebarkan.. Menyiasar dalam keadaan tak ada apa-apa klu pun kecuali mimpi.. Kes yang disiasat rupanya melibatkan salah laku ujikaji ubat secara haram.. Memang best..

Gowtham, an investigative journalist, sets out to find the truth behind his unusual dream. However, he soon realises there is more than what meets the eye.